SALLEH SAID KERUAK. ITU BOLEH, INI LAGI BOLEH-"RUMPUN USBO PARTI UMNO"
>> Wednesday, November 18, 2009
Kalo yang itu boleh....
..Yang ini lagi boleh.
Kisah 1.
YANG ITU BOLEH...........Dan saya mencabar YB Siva, sila letak jawatan beliau sebagai Naib Presiden dalam tempoh 24 jam dan mari kita bertanding satu lawan satu. Mari kita berikan hak demokrasi dan bersuara kepada ahli akar umbi PKR membuat keputusan samada mempertahan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim menjadi dasar PKR ataupun tidak. Jika saya tertewas, maka saya bersedia pada bila-bila masa untuk meninggalkan PKR, kerana parti yang tidak mahu mempertahan, membela dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim bukanlah parti yang saya mahu bersekutu dengannya.............
Kisah 1 ini menggambarkan perselisihan antara Naib Presiden PKR, Sivarasa dengan Zulkifli Noridn MP Bandar Baru Kulim yang juga YB PKR. Akhirnya mereka berdamai demi kelangsungan PKR dan Pakatan Rakyat.
Kisah 2
YANG INI LAGI BOLEH,,,,,Kisah 2 ialah mengenai SSK yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Sebelumnya, dalam PRU12, SSK dinafikan dari bercalon semula sebagai MP Kota Belud atau DUN N.8 Usukan, Kota Belud, Sabah. Dia tidak juga dilantik Senator. Cuma diberikan jawatan sebagai Pengerusi Kraftangan Malaysia. Orang KB kata, kalo Pengerusi Kraftangan Malaysia dia cuma jaga kraftangan. Business "Parang Kota Belud" masih juga tetap laku seperti dulu. "Kuih Jala Kota Belud" tetap juga sebesar Sarimpak. Kota Belud mahu pemimpin rakyat yang BOLEH macam SSK. Macam TSP. Mereka mampu jadi menteri penuh. Jadi Ketua Menteri pun layak. Mereka baru ada ummph!
SSK dan TSP mampu menyatupadukan semula kekuatan BN Sabah. Kerana itu YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sudah mula yakin dengan mereka ini. Dulu DSMA memang kena "cucuk. konon kumpulan USBO anti Musa. Tapi Musa sudah mengenal antara "batu dengan permata". Musa sudah jadi "Jauhari yang mengenal manikam". SSK, TSP dan Amir Kahar itu adalah "Manikam" yang menerajui rumpun besar dalam Negeri Sabah yang menjadi akar tunjang kekuatan UMNO. Sesuailah kalau dijadikan slogan "Rumpun USBO Parti UMNO".
USBO diam. USBO senyap. Tetapi USBO mempunyai kekuatan dalaman yang hanya menunggu untuk "dipetik lalu lampunya menyala" menerangi rumpun bangsa yang besar bersama rakyat Sabah yang terdiri dari berbilang kaum.
Bila SSK bertemu DSMA sekaligus telah menghapuskan cerita lalu yang digembar gembur oleh pihak yang berangan-angan mau "melapis". Ada juga pihak yang cuba "meminjam pisau SSK dan TSP" untuk menikam mereka berdua" kembali.
Kalau yang itu boleh yang ini lagi boleh.
Politik "is a game of possible". Hidup Rumpun USBO.
Oleh: abangman
Oleh: abangman
0 comments:
Post a Comment