Sabah Mengorak Langkah Sebagai Pengeluar Makanan

>> Thursday, November 12, 2009

KOTA KINABALU, 11 Nov (Bernama) -- Selepas Datuk Yahya Hussin menjawat tugas sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, antara perubahan yang telah beliau lakukan ialah menubuhkan sebuah 'pasar mini' di ruang pejabat kementerian tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai urusan di pejabat menteri di Wisma Pertanian di sini, mereka sudah pasti tidak akan terlepas pandang pelbagai barangan industri tani dalam bungkusan yang menarik dipamer di bahagian kiri dan kanan pintu masuk. Bila diajukan pertanyaan sama ada barangan serta produk tani ini adalah sebahagian daripada 'hiasan', menteri tersebut ketawa besar sebelum menerangkan ia sebenarnya adalah untuk memberitahu umum tentang kesungguhan kerajaan negeri menjadikan sektor pertanian sebagai bidang penjana ekonomi.

Menurut Yahya, mesej yang mahu beliau sampaikan ialah hakikatnya Sabah sudah sampai ke tahap di mana sektor pertanian di negeri ini sudah mampu melangkah ke era komersil. "Kami (Kerajaan) mahu pelabur tempatan dan asing tahu bahawa Sabah serius dalam pengeluaran produk tani yang mempunyai nilai tambah", kata beliau.

POTENSI BESAR DALAM PERTANIAN


Selepas menerajui kementerian tersebut 20 bulan lepas, Yahya telah mengorak langkah ke arah membangunkan potensi besar yang wujud dalam sektor pertanian Sabah. Menurut Yahya, walaupun kerajaan memang komited terhadap program pembangunan, perhatian serta fokus yang spesifik juga diberikan untuk meningkatkan pengeluaran makanan.

Di bawah dasar ini, pengeluaran padi diberi keutamaan kerana 70 peratus daripada keperluan beras Sabah masih diimport dari luar negara. "Kita tidak boleh membiarkan situasi terlalu bergantung ini berterusan, terutamanya beras. Apa akan berlaku jika sesuatu terjadi kepada negara pengeksport beras utama seperti Thailand dan Vietnam.

"Oleh itu, atas sebab-sebab yang strategik adalah penting bagi Sabah menerokai penanaman padi secara komersil dan berskala besar", kata beliau sambil menambah Sabah masih lagi agak ketinggalan dari segi infrastruktur moden seperti sistem saliran dan pengairan.

KAWASAN BARU PENANAMAN PADI

Menurut Yahya, selain daripada usaha untuk membuka kawasan baru bagi penanaman padi kerajaan juga akan menambahbaik keperluan infrastruktur bagi kawasan tanaman padi yang sedia ada berkeluasan 35,500 hektar di negeri ini.

Hanya 10,400 hektar daripada kawasan ini yang mampu mengeluarkan 5.0-10.0 tan metrik bagi setiap hektar kerana mempunyai sistem saliran dan pengairan yang baik. Yang selebihnya kurang produktif kerana mempunyai masalah saliran dan pengairan. Kementerian juga telah memulakan perancangan merancakkan lagi pengeluaran beras seperti menggalakkan petani menanam padi dari jenis benih yang mempunyai daya pengeluaran tinggi. "Jabatan Pertanian telah menyediakan 19 jenis padi pengeluaran tinggi yang sesuai dengan keadaan tempatan", kata beliau sambil memberi contoh benih padi jenis IR73, MR84, MR159, TQR1, IR72 dan TQR2.

SUBSIDI MEMBAJAK

"Kerajaan juga telah menambah subsidi bajak dari RM100 ke RM200 setiap ekar dan subsidi itu tidak lagi tertakluk hanya untuk lima ekar seperti yang diamalkan dulu," kata beliau. Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM) yang diperkenal dalam Rancangan Malaysia Ke-9 juga turut menyokong dasar menambah pengeluaran makanan. Menurut Yahya, TPKM di Tawau (satu daripada lima dalam usaha program tersebut) sudah siap dan usaha sedang dilakukan untuk mengambil peserta yang mahu berkhidmat sebagai petani kontrak.

Dalam konsep TPKM, semua aktiviti pertanian akan dipusatkan dan setiap peserta akan diberi sebidang tanah untuk diusahakan secara kontrak. Mengenai bidang penternakan, dengan penguatkuasaan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar (Kawalan Pencemaran Penternakan Babi) 2008 Februari tahun ini, semua ladang ternak babi di Sabah diberi tempoh sehingga 2011 untuk mempunyai lesen operasi.

"Enakmen tersebut adalah untuk memastikan ladang babi tidak menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar dan mana-mana kawasan ternakan haram babi akan ditutup," kata beliau. Bagi sektor tenusu, Yahya berharap kenaikan harga susu segar dari RM1.50 ke RM2.50 seliter mulai Julai 2008 akan menjadikan industri tenusu lebih kompetitif.

TIDAK LAGI PRAKTIKAL

Yahya juga berkata pendekatan 'perancangan dari atas ke bawah' dalam pelaksanaan projek pembangunan tidak lagi sesuai pada masa kini. "Saya mahu semua pegawai kementerian mendekati dan mengenali apa yang rakyat perlu dan mahukan. Input ini akan digunakan dalam perancangan program pembangunan untuk memastikan pelaksanaan menepati keperluan rakyat.

"Saya juga mahu semua jabatan dan agensi di bawah kementerian lebih fokus kepada keperluan (pembangunan) kumpulan sasar termasuk mengenalpasti program yang kritikal bagi rakyat", kata beliau. Menurut Yahya, sebelum ini terdapat sikap perancang dasar yang menganggap diri mereka lebih tahu tentang apa yang umum perlukan dan mereka melaksanakan projek tanpa mengambil kira apa keperluan rakyat yang sebenarnya.

"Kerajaan sekarang mahu memastikan segala program pembangunan bukan sahaja sampai kepada rakyat tetapi apa yang lebih penting program tersebut benar-benar diperlukan oleh rakyat di kawasan tersebut," kata beliau. Yahya juga berharap agar Sabah menempa nama dalam industri pengeluaran makanan antarabangsa walaupun ia terpaksa mempromosikan satu atau dua produk pengeluaran berasas makanan.

"Saya menyeru semua pihak utama dalam sektor pertanian supaya mencari jalan bagaimana Sabah boleh mencapai objektif ini. Sabah mempunyai produk tani yang unik seperti limau bali keluaran Tenom dan halia dari Tambunan", tambah Yahya.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP