PROJEK RM71.5 JUTA: Analisa dan andaian Pengeluaran Padi.
>> Friday, December 4, 2009
Kawasan Projek Pengairan yang memakan kos RM71.5 Juta. Terletak berhampiran Kawasan Kg. Kaguraan dan Kawang-Kawang

Analisa keluaran hasil padi dikawasan seluas 1,382 hektar yang terlibat dengan projek sejumlah RM71.5 Juta mengikut "kiraan di atas atas kertas" berdasarkan unjuran penulis. (klik imej untuk melihat gambar yang jelas)
Projek Pengairan Sawah Padi yang dilaksanakan di kawasan Tempasuk khasnya di kawasan Kg. Kaguraan dan Kg Kawang-kawang Kota Belud di katakan akan meliputi keperluan seluas 1,382 hektar tanah sawah. rakyat, para marahaen pesawah Samada kawasan yang disebutkan akan terlibat menikmati kemajuan keperluan pengairan yang akan dilaksanakan ini, masih terlalu awal untuk dibenarkan atau menjadi fakta kerana projek ini hanya akan dijangka disiapkan menjelang tahun 2011, jika tiada halangan atau alar melintang.
Projek ini pula dilaksanakan di kawasan hilir dan jauh terasing dari kawasan penanaman padi utama yang terdapat di kawasan kampung lain terutama kg. Linau, Kg Taun Gusi, Kg, Sangkir, Kg Taun Gusi Peninting, Kg. Labuan, Kg. Wakap, Kg. Jawi-Jawi Kg. Kesapang dan beberapa kampung yang menjadi kawasan utama penanam padi. manakala Kg Kaguraan dan Kawang-kawang sudah sekian lama tidak menjadikan penanaman padi sebagai sumber pendapatan utama kerana keadaan pengairan yang kurang baik dan level tanah yang terlalu rendah yang tidak dapat di usahakan dengan tanaman padi di antara Kg. Kesapang dan Kawang-Kawang.

Andaian atau Unjuran
Analisa ini bagaimanapun mengandaikan bahawa tanah seluas 1,382 hektar itu benar-benar dapat diterokai dengan tanaman padi sepenuhnya dan harga padi, subsisi dan sebagainya masih berkuatkuasa sehingga tahun 2011 ke tahun 2016. Manakala Pesawah atau pemilik tanah pula menanam padi keseluruhan tanah seluas 1,382 hektar itu. Keluaran padi pula meningkat ke 6MT dari 4.5 MT se hektar pada masakini sehektar kerana adanya kemudahan pengairan tersebut. Harga padi pula ditahap RM900.00 per MT dan subsisi harga padi masih di tahan RM284.10 per MT.
Unjuran Hasil.
Unjuran ini adalah untuk tujuan penganalisaan semata-mata. Tidak semestinya ia akan bakal terjadi sebagai realiti sepenuhnya. Bagaimanapun ianya disandarkan kepada "sample" asas yang kukuh tetang keadaan sebenaran yang terdapat di Daerah Kota Belud masakini.
Berdasarkan kepada data di atas (dalam table 1), dan berasakan kepada andaian yang di sebutkan di atas, kawasan seluas 1,382 itu akan bakal menghasikan sebanyak 16,584 MT bagi dua musim setahun atau 8,292 MT semusim dan nilai harga hasilnya dalam RM ialah RM14,924,600.00 setahun atau RM7,462,800 semusim..
Keadaan ini menunjukkan bahawa pelaburan kerajaan sebanyak RM71.5 Juta akan kembali semula ke tangan rakyat dalam bentuk harga hasil padi (tidak termasuk nilai titik peluh mereka) selama 4.79 tahun atau say 5 tahun bermula tahu 2011. Bermakna, di atas kertas, bermula pada 2011 hingga tahun 2016 pendapatan petani secara aggregate akan berjumlah sebanyak RM71.5 juta.
Apakah "Anggaran Di Atas Kertas" ini akan dapat di realisaikan?
BERSAMBUNG.......
0 comments:
Post a Comment