1Malaysia: Mendengar Degup Jantung Rakyat Ala Doktor Kesihatan.

>> Tuesday, December 15, 2009


Sebahagian Gerai Sepanjang Jalan Bypass Kudat -Kota Belud. Pampasan tanah menjadi masalah yang berpanjangan sejak tahun 2004 lagi. Gambar: seliu-liu


 Projek Taliair di Kg. Kawang Kawang-Kg Kaguraan Kota Belud. Masalah Pampasan Tanah belum ada ketetapan. Bagaimanapun janji-janji telahpun ditaburkan. Gambar: kelapamawar


Konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" sudah pasti turut dinilai ramai samada  ianya sekadar satu retorik atau sebaliknya. Konsep ini diperkuat dengan amalan yang disusuli melalui KPI-Key Performance Index, yang menentukan samada eksekusi peranan dan tanggungjawab dilaksanakan selaras dengan sistem penyampaian yang memenuhi keperluan rakyat yang didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Konsep ini terlalu indah untuk dibicarakan. Pengertiannya dan gagasannya sudah pasti menjadi suntikan semangat kepada setiap kita, apatah lagi apabila YAB Perdana menteri menyarankan pihak-pihak yang berwajib supaya mendengar setiap "degup jantung" 27 juta rakyat Malaysia. Agaknya pihak-pihak yang berwajib gagal mentafsir "degup jantung" yang dimaksudkan Perdana Menteri, lalu membuat tafsiran  dan kesimpulan bagai seorang Dr Kesihatan yang mengira degup jantung bagi menilai tahap kesihatan seorang pesakit!

Jika degup jantung sebahagian rakyat yang mengalami kerugian akibat tanah mereka terpaksa diacquire/ambil semula dengan pembenaan Jalan Bypass Kota Belud-Kudat didengar mengikut kehendak Perdana Menteri, mengapakah kes tuntutan pampasan mereka masih hanya didengar tanpa diambil tindakan yang wajar sejak 2004 hinggalah ke hari ini? Apakah pndekatan pihak berwajib sama seperti pendekatan seorang Dr terhadap pesakitnya? Apakah rakyat didahulukan dalam kontek ini?.

Belumpun selesai tuntutan pampasan tanah Jalan Bypass Kudat-Kota Belud, pihak berwajib sekali lagi berhadapan dengan masalah pamasan tanah Projek yang disebut  "benarkah-projek-jelapang-padi-datuk.musbah bermasalah?" yang menelan kos sebanyak RM71.5 Juta. Sehingga kini belum kelihatan tanda-tanda bahawa pampasan tanah akan mencapai ketetapan. Hak rakyat belum tentu didahulukan dan pencapaian belum pasti diutamakan.

Bagi kedua-dua projek yang disebutkan, sebaiknya "rakyatlah yang dudahulukan" terutama rakyat yang ditimpa kerugian. Kerugian ini pula bakal diwarisi oleh generasi mereka yang sepatutnya pewaris kepada tanah yang diaquire atau diambil semula. Janganlah hendaknya "compulsory acquisition" dijadikan senjata menekan pemilik tanah ini kerana  sesungguhnya "degup jantung mereka" adalah sama dengan degup jantung 27 juta rakyat Malaysia. Mereka mampu melakar politik negara.

Compulsory Acquisition: Kisah Benar

Seorang pemilik tanah seluas lebih kurang 2 ekar di jalan Tuaran-Telipok berhampiran Kota Kinabalu Induistrial Park-KKIP telah terpaksa menerima pampasan sejumlah lebih kurang RM95,000.00 di bawah kategori "compulsory acquisition-CA" kerana tanah miliknya termasuk dalam kawasan program KKIP. Hendak tak hendak , pemilik terpaksa menerima pampasan itu walaupun berat hati melepaskan tanah yang bakal diwarisi generasinya.


Selang beberapa bulan selepas dia menerima pampasan itu, pihak KKIP telah menghubunginya dan menawarkan kepadanya tanahnya yang diaquire itu dengan harga RM300,000.00. Katanya "KKIP bagai memasak hati dan jantungnya untuk dihidangkan sebagai santapannya". Apakah CA-tindakan itu "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"? Apakah itu senjata halus atau racun berbisa compulsory acquisition?

Jika PM berjuang bermati-matian menjunjung "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", Apakah pihak berwajib , khasnya mereka yang menerajui sektor awam akan menjadi "Doktor Kesihatan"? Jika rakyat menemui jalan buntu dan "degup jantung" mereka masih tidak didengar sewajarnya, siapakah yang harus dan perlu dipersalahkan jika rakyat bangun memberontak? Atau mereka masih berpegang kepada kepercayaan bahawa "politicians come and go, before they left, a lot of damages done" sedang mereka masih tetap dan berpencen sebelum berpencen walaupun "nothing is done".

BERITA BERKAITAN:-
Menteri KPI Diminta Perbaiki Respon Kerajaan

8 comments:

Ajin b. Gagah December 16, 2009 at 2:12 AM  

Salam Kuda Berhias,

Analisis yang dipaparkan dalam blog sdra kali ini amat menarik lagi mendebarkan. Kalau kita perhalusi dan selami isi kandungan penulisan ini dengan lebih mendalam, mungkin kita akan terasa bahawa ia nya mengandungi ‘message’ yang serius disamping mempunyai ‘class’ nya yang tersendiri.

Pada saya, walau pun fakta yang di beri mungkin tidak berapa jelas, namun ia nya sudah cukup digunakan sebagai bukti bahawa sesuatu kejadian telah dilakukan oleh pehak yang ditujukan (Kerajaan).
Justru itu, analisis ini tidak mudah untuk dipertikaikan.

Dalam beberapa paragraph, di tekan kan bahawa kerajaan atau pun wakil telah tidak adil dalam usaha nya untuk melaksanakan pembangunan untuk rakyat. Terutama sekali dalam kes pembayaran pampasan kepada tanah perseorangan akibat pengambilan tanah tersebut.

Justru itu dari kontek ideologi , tingkah laku saperti ini seakan-akan tidak melambangkan konsep yang diagung-agungkan kini, ia itu 1Malaysia; "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".
Dengan itu (pada pendapat saya), penulisan ini memang logik, releven dan menapati sasaran.

However, ada lah baik nya kalau penulis lebih jelas dan ‘specific’ untuk kategorikan individu atau pun kumpulan yang disasarkan bertanggung dalam mengexploitasi kan hak-hak rakyat tersebut. Jangan sampai ia nya di labelkan sebagai serampang 10 mata…

Otherwise, dalam kekeliruan ini akan timbul pula persepsi kita yang mungkin prasangka dengan menuduh sembarangan terhadap mereka-mereka yang tidak bersalah? Dalam kes ini siapa yang kita tuduh? mungkin kah PM ? , KM atau Kerajaan Negeri Sabah ?, Menteri-Menteri ? JKR ? Konsultant ? Pemaju? atau semua nya sekali?

Selalu nya, kita akan hanya dapat menyelesaikan sesuatu masaalah itu kira nya kita lebih tepat dalam mengenali punca-punca nya.
Disamping itu ada lah lebih changgih lagi kalau kita sertakan cadangan atau 'alternative' yang bolih digunapakai sebagai rujukan.

Walau macam mana pun, ini hanya lah pendapat saya. Semuga sukses

Kuda Berhias December 16, 2009 at 2:45 AM  

Salam Sdr Eng. Solymone,
Lojiknya serampang 10 Mata lebih baik dari satu mata. Anyway, standard procedure bermula dengan land acquisition untuk sesuatu projek kemudian diwartakan. Selepas itu tawaran pampasan akan dimaklumkan kepada pemegang hartanah. Proses negotiation biasanya akan berlaku. Kemudian akan diikuti pernilaian semula. Compulsory acquisation tidak sepatutnya "menggelapkan" masa depan pemilik dan warisnya. Oleh itu nilai pampasan yang wajar perlu dipertimbangkan.

Soalnya ialah pihak yg bertanggungjawab terhadap penilaian hartanah hendaklah lebih telus dan TIDAK terbeli dengan apa-apa bentuk habuan dari pemaju atau kontraktor pelaksana sesebuah projek.

Kita tahu ada pihak yg pernah diberi pampasan mencecah RM500,000.00 misalnya di Daerah Tuaran. Apakah hak warga Tuaran berbeza dengan hak warga Kota Belud? Di mana silapnya?

Kalaupun tidak mencapai tahap itu kerana nilai hartanah di Tuaran lebih tinggi berbanding di KB, tetapi tidaklah sampai ke tahap yang terlalu jauh sehingga ke tahap bagai "pengemis" seperti yang dikatakan oleh pemilik tanah di Kota Belud.

Saya faham Sdr Engr. lebih arif tentang hal ini. tetapi masa yang diambil bertahun-tahun lamanya tanpa penyelesaian akan merebak kepada isu yang lain jika tindakan "berkesan" tidak diambil.

Apa yang menrisaukan saya ialah pihak berwajib "take for granted" bahawa jalan dan taliair adalah keperluan ramai atau utiliti awam. Dengan demikian hak mereka yang sedikit terus saja dinafikan malah dilupakan.

Terima kasih., saya tahu Sdr Solymone juga pejuang hak asasi rakyat.

watasikadi December 16, 2009 at 11:17 AM  

jadi mau sukung lagika kerajaan cakap tak serupa bikin ni?

kelapa mawar December 16, 2009 at 11:40 AM  

Pertama sekali..saya mengucapkan salam perjuangan buat Sdr Kuda berhias..

Inilah yang berlaku..pada masyarakat kita..kerana itu apabila kita memaparkan keadaan ini teruatam berkait denga realiti politik di Kb..banyak sangat yang memperli bahkan ada yang mencadangkan Kelapa Mawar menjadi wakil rakyat..tetapi itu semua tidak mematikan hasrat dan niat utk menegur pemimpin..

Masalah jelapang padi, juga jalan bypass ini begitu mengambil tempat dikalangan blogger Kb termasuk Sdr Kuda berhias..tahniah kerana paparan ini begitu terperinci dan wajar di ambil kira..

Antara yang bersangkutan dgn pembangunan ialah hak rakyat yakni tanah yang wajar diberikan pampasan kerana terlibat dalam pembangunan itu..

paparan saya BENARKAH PROJEK JELAPANG PADI DATUK MUSBAH BERMASALAH? adalah lahir dari tinjauan dan temu bual saya dengan beberapa orang penduduk di Kg Kaguraan yg kebetulan juga ada kaitan persaudaraan..

bila saya mengambil keputusan memaparkan berita itu..maka Datuk YB Tempasuk telah memberikan response positif dan antara janji YB datuk Musbah ialah beliau akan berbincanga dengan konsultan tersebut mengenai perbincangan permasalahan yg dihadapi oleh penduduk..saya belum lagi follow up perkara ini...saya berterima kasih kp sdr Kuda berhias kerana memberikan sudut pandang mengenai hal ini..
sayugia saya mengharapkan agar cetusan sdr menubuhkan satu persatuan blogger KB menjadi realiti..

Salam hormat.
Kelapa mawar.(KM)

DEPU-DEPU December 16, 2009 at 11:47 AM  

ziarah Sdr..

paparan kali ini begitu menarik dan menyentuh hati saya di kejauhan ini..saya rasa begitu dekat dengan hati masayarakat yang teraniaya..bukan sekadar perasaan tetapi bercampur dengan harapan tinggi supaya masalah ini dapat ditangani dengan cukup berhemah..

ketika bertemu dengan sdr Seliu-liu..seperti yg pernah saya paparkan dalam blog saya..kami ada juga menyentuh hal ini..(jalan Bypass)- dan secara peribadi saya akui..projek ini tidak sangat menyelesaikan masalah kesesakan di Kb kerana setiap kali saya pulang, masalah itu masih berlaku..
Apa yang saya dapati masalah pengambilan tanah itu belum selesai..
Mungkin sebabnya ialah kerana kita di daerah ini terlalu sangat berpolitik sehingga hal sekecil pun yg melibatkan pembangunan dan keselesaan rakyat di politikkan..oleh yg demikian tidak hairan jika rakyat sentiasa menyalahkan YB..
Tidaka ada gunanya projek yg menelan kos berbilion jika impak kepada hati dan jantung rakyat tidak ditangani dengan jujur dan bertanggungjawab..

Kuda Berhias December 16, 2009 at 12:46 PM  

Salam Buat Anaknda Wataskadi, Kelapa Mawar dan Depu-Depu. Saya bersyukur kerana kit mempunyai kesedaran tinggi mengenai program kerajaan yang bermotifkan untuk kesejahteraan rakyat. Kiranya ianya tesasar dari matlamat ini, kita yang lebih sedar awal kerana terdedah dengan dunia informasi dan dunia yang lebih luas. Kita harap kita semua menjadi insan yang mengajak masyarakat kita tentang "kesedaran dan hak" agar tiada pihak yang sewenang wenangnya menafikan hak rakyat. Kita faham setiap tindakan dan keputusan mempunyai "extended conseqencies" yang akan diterima oleh masyarakat kita dan generasi kita. Semoga kesedaran kita ini dapat dihargai oleh pihak lain dan mereka menjadi masyarakat vigilant yang mengambil tahu apa yang belaku di sekeliling mereka secara positif.Salam dan terima kasih.

Seliu Liu December 17, 2009 at 2:52 PM  

Salam persaudaraan saudara Kuda Berhias, Solymone, Watasikadi, Kelapa Mawar dan Depu-Depu kerana membantu rakyat tertindas dari segi perjuangan, idea dan sokongan moral.
Semoga perjuangan kita diberkati Ilahi dengan memberikan kejayaan kepada rakyat teraniaya.

Kuda Berhias December 22, 2009 at 3:05 AM  

Salam Sdr. Azrone.
Seperti kata pepatah "Lidah lebih tajam dari pisau" agaknya mata pena juga seperti lidah" dan paparan kita sewaktu dengannya.

Semoga kita terus diberi kekuatan untuk berkarya.

Post a Comment

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP