Kota Belud Pekan Cowboy!
>> Thursday, December 31, 2009
Lembu-lembu yang berkeliaran di Pekan KB membawa phenomena yang lain. Gambar-Sdr Azrone.
Masalah Lembu Berkeliaran di Pekan Kota Belud, sudah tidak dihiraukan oleh penduduk kawasan. Mereka menganggapnya masalah "andang-andang".
Penjaja hasil pertanian terpaksa mengawal hasil jualan mereka dari "pembeli yang tidak membayar" yang kadang-kadang mengamuk.
Saya masih teringat kata-kata seorang sahabat lama saya yang kini menjadi pegawai di Majlis Daerah di mana saya tinggal di Ibu Kota. Masa itu kami sama-sama Ahli Majlis Daerah. Saya meletakkan keahlian Majlis Daerah lebih awal sebelum tamat tempoh bukan kerana tercabar dengan kata-katanya semata-mata tetapi memang wajar Ahli Jawatankuasa MDKB perlu dipertanggungjawabkan kepada mereka "in-situ" yang dapat menumpukan sepenuh masa tenaga dan pemikiran terhadap isu-isu semasa MDKB.
Kata-kata sahabat saya itu berbunyi begini: "kalau masalah lembu yang berkeliaran di Pekan KB ini tidak mampu kita selesaikan, baiklah kita semua resign, kamu resign, saya resign dan kita kekalkanlah lambang sapi dalam logo Majlis Daerah KB".
Hari ini, sudah lebih sepuluh tahun kami resigned sebagai Ahli Majlis Daerah KB, masalah lembu berkeliaran di pekan KB dan jalan-jalan di KB masih menjadi penomena. Tidaklah bermakna kawasan lain tidak ada lansung ternakan berkeliaran di jalanraya, tetapi penomena lembu di Pekan KB agak unik dan kronik. Kadang-kadang peniaga hasil pertanian terpaksa mengawasi hasil jualan mereka kerana lembu di KB "pandai shopping" tapi tak pandai membayar". Selain itu, lembu KB pandai makan plastik sampah!!.
Kata seorang sahabat saya, "kadang-kadang lembu itu berguna di jalan raya supaya pemandu-pemandu kenderaan sentiasa "alert" bagi mengelak kemalangan". Komennya diakhiri dengan tertawa dan menoleh ke tempat lain sambil menghirup kopi pahit di tangannya. Ada logiknya, walaupun kadang-kadang lembu-lembu inilah yang 'contribute" kepada kemalangan itu sendiri.
Anda bunyikanlah "honk" kerita anda ke arah sapi-sapi yang berada di jalan-jalan raya KB, pasti sapi-sapi ini akan bergerak malas memberi anda laluan. Kadang-kadang sapi-sapi ini mengusik dengan hanya menoleh ke arah anda seolah-olah menuduh bahawa "anda adalah pemandu yang kurang sabar" atau anda bagaikan mengganggu ketenteraman mereka dan gerombolan yang sedang beristirehat.
Benarkah lembu-lembu di Pekan ini mempunyai nilai komersil? Menigkut tinjauan Jabatan Haiwan dan Perusahan Ternak, lembu-lembu yang berkeliaran di jalanraya dan dalam pekan KB adalah jenis atau baka yang "low breed". Nilai komersilnya amat rendah atau negatif dan penternak dan pemiliknya sekadar meneruskan aktiviti ini kerana hobi atau menganggapnya sebagai "pet", bukan untuk tujuan komersil. Ada juga pendapat seorang sahabat yang mengatakan bahawa "pemilik-pemilik sapi itu main "saham" dan "speculate". manalah tahu suatu waktu, peluang akan mengetuk pintu, bila terdesak menyelesaikan masalah sapi-sapi bekeliaran ini, maka akan muncul seorang "pemimpin" yang akan melonggokkan wangnya membeli semua sapi yang berkeliaran dan selanjutnya menjadi "a suddenly hero KB kalau bukan Superman".
Hanya ketegasan, understanding dan kerjasama dapat memberikan harapan untuk masalah ternakan berkeliaran di pekan dan jalanraya KB ini dapat diselesaikan. Diharapkan Projek Agropolitan yang dirancang di dua kawasan di KB akan merangkumi penyelesaian ke atas masalah ternakan di Pekan dan jalan-jalan raya di KB ini secara jangka panjang.
Undang-undang dan peraturan kecil sudah sekian lama wujud. Kadang-kadang dikuatkuasakan, selalunya dilonggarkan. dan acap kali tidak digunakan langsung. Saya tidak fikir bahawa undang-undang dan peraturan kecil menjadi jalan penyelesaian yang jitu ke atas masalah ternakan berkeliaran ini. Norma dan nilai dalam kontek ternakan ini di Pekan KB ini lebih cenderung dan condong ke arah "andang-andang,". Hukum andang-andang ini mengatasi dan sering menggagalkan usaha menegakkan undang-undang dan peraturan.
Like it or not, KB adalah pekan "Cowboy of The East". MDKB pun masih menggunakan lambang sapi. Lembu adalah lembu yang "bodoh". Lembu akan terus membiak dan bilangannya sukar menjadi pupus. Hanya pemilik-pemilik yang mengetahui rahsia sebenar lembu-lembu berkeliaran di Pekan KB. Mereka perlu memberi jawaban. Namun seperti selalunya mereka hanya berdiam diri walaupun mereka diajukan pelbagai soalan. Barangkali "biarlah rahsia" walau lembu berada "in a wrong place at a wrong time", ianya tetap menjadi perhiasan di Pekan KB, seakan menjadi pemustautin yang tetap sehinggalah para pegawai di KB berpencen.
6 comments:
salam ziarah saudara... mungkin lembu ini mahu meneruskan budaya yang hilang iaitu jualan kerbau dan lembu hidup di tamu kita....
Salam bro, kekadang tu Majlis Daerah serba salah juga nak ambil tindakan pasal lembu-lembu dalam bandar ni.... perkara ini banyak berlaku di mana-mana Majlis Daerah..... sepatutnya tuan punya lembu lebih bersikap manusia, jangan bodoh macam lembu juga....
salam sdr Kuda Berhias..
Saya tertarik dengan slot ini..
Lembu-lembu yang berkeliaran di pekan KB ini bersangkut paut dengan tradisi dan sikap masyarakat Kita, walaupun pelbagai program di rancang tetapi oleh kerana sikap adalah subjektif memerlukan masa dan temph utk dianjak, maka masalah lembu/sapi berkeliaran ini tetap berterusan...MDKB juga pernah mengadakan penangkapan ke atas Lembu/sapi yg berkeliaran ini..begitu juga ahli parlimen..membuat program sindiran "membersihkan najis lembu"..tetapi masyarakt kita tetap 'lali' seolah-olah tradisi memelihara lembu secara lepas ini adalah undang-undang semulajadi di KB..
Saya rasa adalah lebih baik pemimpin masyarakat dilibatkan..KETUA_KETUA ANAK NEGERI, OKKK dan Ketua Kampung serta JKKK harus memainkan peranan..Lembu yg berkeliaran dipekan datangnya dari perkampungan yg terdekat seperti Pirasan, Bobot, kg KOta Belud, sembirai dll. Libatkan pemimpin di kwsn ini.
sehingga itu saya terfikir...harusnya sdr menggunakan Lembu berhias sebagai trademark dlm blog supaya lebih menggambarkan ke Kota Belud-an..Hahaha..
mohon maaf, sekadar pandangan.
Salam Sdr Azrone,
Budaya menjual kerbau dan lembu hidup di Tamu sudah pupus sebab pembeli sudah mula ke ladang. Jika jualan di ladang diregularisasi barangkali dia akan hidup semula. Aatau barangkali sapi dan kerbau yang di curi akan di pamir atau di auction di tempat itu akan memberinya nafas balik.
Barangkali kerita kuda setiap hari minggu akan menarik pelancong ke kawasan itu.
SALAM ZIARAH DARIPADA YEOP PARIT
Salam Sdr. Yang Gabmbi,
Masalahnya ialah NORM masyarakat di KB yg menganggap perkara itu sudah turun temurun demikian. Untuk berubah amat sukar jika pegawai dan pemimpin tunduk kepada ugutan kekelumit pemilik yg menyusahkan majoriti.
Sdr. Kelapa Mawar,
Jika Pegawai MDKB firm dan Tegas, perkara ini sudah lama di atasi. tetapi mereka saling silih bergant, saling berlanjutan dan saling menjaga kepentingan dan kedudukan. Maka dilonggarkanlah Undang-Undang dan Peraturan.
Wajarkan Tahi Sapi orang yg memusnahkan imej pekan di basuh oleh org lain termasuk MP?
Sdr. Bujang Susah,
Terima kasih. Banyak ilmu yang saya perolehi dari blog sdr. Syukur.Alhamdulillah. Teruskan berdakwah dan berusaha pasti "reward dariNya is greater dari balasan budi makhlukNya.
Sdr, Yeop Parit,
Terima kasih kerana kunjungan sdr. Besar tapak tangan nyiru ditadahkan. Selamat menyambut tahun baru. Semoga lebih berjaya dan lebih sihat.
Wassalam Semua.
Post a Comment