Beras: Keluaran Tahap Kecukupan Sendiri-SSL kini hanyalah 20 %. Sebelumnya 30-35%. Tahap SSL 60% menjelang 2010, tersasar jauh.

>> Thursday, December 3, 2009


Inilah sebahagian dari pemandangan projek RM71.5 Juta di Daerah Kota Belud. YB, Datuk Haji Musbah Haji Jamli yang bercermin mata dan menghadap kamera (Ketiga dari kiri) adalah ADUN Kawasan Tempasuk, Kota Belud dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sabah. Gambar: Kredit Kepada : Kelapa Mawar

Sawah Padi Di Kota Belud. Jentera Moden ini menuai hasil yang tidak setimpal dengan titik peluh petani kerana kemudahan infrastuktur pengairan yang tidak memuaskan.

Bebarapa hari yang lalu, media telah menghidangkan  berita mengenai perkembangan padi di Sabah yang sepatunya menjadi perhatian kita masyarakat Kota Belud, Daerah Kuda Berhias. Berita itu agak menyedihkan kita. Walaupun demikian, harapan masih kita genggam bahawa suatu hari nanti Allah SWT mencurahkan rahmatNya di bumi kesayangan kita, maka akan berhasillah para petani kita, penanam padi, dengan rezki yang melimpah ruah.

Dasar Pertanian Negeri Sabah (lihat mukasurat 2 No. 9) sehingga tahun 2010 mensasarkan 60% Tahap Kecukupan Sendiri -SSL (self sufficiency level) hasil keluaran beras tempatan dapat dicapai menjelang 2010. Bermakna, mengikut sasaran itu kita hanya akan mengimpot sebanyak 40% terutama dari Semenanjung Malaysia, Vietnam dan Thailand.

Sebelum ini keluaran tempatan kita berkisar sekitar 30%-35% setahun. Bagimanapun, informasi terkini melalui media, kita hanya mencapai tahap SSL sebanyak 20% berbanding Semenanjung Malaysia yang mencapai 80% SSL. Dasar Pertanian Negara Malaysia (lihat mukasurat 6) menjelang tahun 2010 hanyalah mensasarkan untuk mengeluarkan 55%-65% SSL secara mapan. Dasar ini telahpun melepasi sasarannya dengan  "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang". Kita sedih kerana kita tidak cemerlang, gemilang dan terbilang. Malah keluaran  SSL kita menurun ke 20 % setahun dari 35% setahun. Lupakanlah sasaran 60% setahun SSL menjelang tahun 2010 yang bakal menjadi mustahil. Kita terima kenyataan ini sebagai cabaran yang bakal kita tempuhi. Kenyataan tidak semua yang kita hendak kita dapat sudah nyata. Namun kita jangan bersikap "sour grapes" walaupun kini kita terpaksa mengimpot 80% keperluan tempatan. Bermakna berganda duakali (double) dari sasaran SSL kita yang mensasarkan 40% impot beras.

Seorang sahabat saya yang terlibat dengan perusahaan padi di Perlis pernah mengatakan bahawa keluasan Padi di Kota Belud sahaja lebih kurang sama dengan saiz Negeri Perlis Indera kayangan. Perlis mampu mengeluarkan beras kira-kira hitung panjang 200,000 MT setahun sedangkan Negeri kita mengeluarkan kurang dari 100,000 MT setahun. Berapa pula subsidi harga padi yang dibayar di Sabah berbanding Perlis?

Sabah memerlukan peruntukkan yang setimpal jika kerajaan Malaysia hendak mengurangkan impot beras. memang benar ada 'comparative advantagenya" yakni mengimpot beras lebih murah dari mengeluarkan beras tempatan sendiri. Tetapi beras adalah makan harian. Beras adalah comoditi keselamatan. Kerana itu kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada beras impot. Jika keluaran beras dunia lumpuh maka ekonomi kita akan lumpuh jika kita menghentikan keluaran beras tempatan. Apakah tidak berbaloi jika semua pemilik tanah sawah padi di Kota Belud menukar tanaman kepada tanaman komersil seperti kelapa sawit, kacang tanah atau Jentropa?

Akhir-akhir ini projek penaik tarafan sistem pengairan Kota Belud menjadi isu kontrovesial. Sejumlah RM71.5 juta akan digunakan untuk menaikkan taraf pengairan bahagian/zon kawasan yang dicadangkan sebagai Mini Jelapang Padi di bahagian hilir atau penghujung kawasan sawah/tanaman utama. Saya bukanlah seorang jurutera atau konsultan pengairan. Tetapi masalah pengairan berlaku bermula di kawasan Tempasuk, Kg. Linau, Kg. Gunding, Kg Taun Gusi Padang,  Kg Taun Gusi, Kg. Jawi-jawi, Kg. Sangkir, Kg Labuan, Kg Kesapang, Kg. Batu Enam, Kg. Kota Peladok, Kg Merabau , Kg. Kota Bungan, Kg. Tawadakan, Kg. Penampang, Kg Pandasan dan Kg. Wakap. Tetapi projek pengairan RM71.5 juta dilaksanakan nun di hilir di Kg. Kaguraan dan Kg. Kawang-Kawang.

Saya belum mendapat gambaran sebenar kenapa projek ini bermula di hilir. Pada siapa yang tahu, saya hendak belajar dan hendak kefahaman mengenai strategi dan plan perancangan ini supaya dapat bertambah ilmu di dada. Atau sekurang kurangnya tiada masyarakat kita yang menjadi anti pembangunan atau anti "establisment".

Paparan ini adalah Sumbangan Sabahkita
Paparan berkaitan 
Bicara Tani

............................................DISELITKAN RENUNGAN HARI INI.......
Jika di kalangan kamu terdapat mereka yang berpenyakit hatinya, pincang matlamatnya, tersembunyi ketamakannya, tercalar latarbelakangnya, maka keluarkanlah mereka dari saf kamu kerana sesungguhnya mereka penghalang dari turunnya rahmah Allah, menyekat Dakwah ini dari beroleh taufiqNya” (Hasan Al-Banna)

5 comments:

kelapa mawar December 3, 2009 at 4:36 PM  

salam hormat kuda berhias..

walaupun ada yg merasakan bahawa bila berlaku kepincangan dalam pelaksanaan Jelapang padi..tidak harus melibatkan Datuk Tempasuk..namun saya merasakan bahawa Dtuk Tempasuk mempunyai maklumat penuh atas perjalanan projek itu..kerana itu ia harus diterangkan kepada rakyat..

saya mohon keizinan copy artikel ini untuk simpanan..

Kuda Berhias December 3, 2009 at 5:11 PM  

Salam Saudara Kelapa Mawar.
Paparan ini adalah paparan sdr Sabahkita. Blog beliau adalah http://sabahkita-ii.blogspot.com/. Saya tiada halangan tetapi kita akan nantikan komen beliau. Salam. Selamat berkarya.

Abang Man.

SABAHKITA December 3, 2009 at 7:12 PM  

ASKM Abang Man dan Anaknda Kelapa Mawar.

Tak ada masalah menyunting sumbangan saya dalam blog KB asalkan sumbernya dirujuk-Kuda Berhias atau Sabahkita. Bagaimanapun idea dalam paparan ini adalah untuk percambahan dan pencernaan minda. Tiada niat untuk menjaja pemikiran yang songsang.Jangan pula ia dijaja di pinggiran.

Apa yg perlu difikirkan ialah bagaimana meningkatkan keluaran padi melalui projek RM71.5 juta itu. Jangan pula dipolitikkan kerana ini bukan isu politik.

Isunya Apakah projek itu mampu meningkatkan keluaran atau hasil padi? Membantu meningkatkan pendapatan petani? Wassalam.

SMA December 4, 2009 at 12:00 AM  

Salam Ziarah dan Salam Perkenalan.

Maafkan saya kerana inikah kali pertama saya memasuki ruang yang cantik ini.

Pertama, saya tidak tahu selok belok bertanam padi. Saya hanya tahu suara ombak dan hayunan riak-riak Pulau Omadal dan Timba-Timba yang membuai dan melelapkan mata. Mengenai laut kamilah penghuninya.Tanyalah kami dan anak-anak kami yg masih belum datang baligh. Mereka pasti dapat menerangkan sesuatu yg baru bagi anda.

Cuma yg menghairankan saya ialah kenapa terlalu besar peruntukan, RM71.5 Juta tiba-tiba ada TANPA TENDER.? Kenapa YB kamu datang tengah panas tapi tidak panggil pegawainya memberi taklimat di ofis? Bukankah dia Timbalan Menteri?

Lagipun dia perlu menyebelahi dan berunding dengan rakyat yg memilih danmengundi dia. BUKAN menerangkan projek kepada rakyat bagi pihak kontraktor. Undi kontraktor berpa oranga sja? Menerangkan projek itu adalah tugas pegawai kerajaan seperi Jabatan Parit dan Taliair. YB kami di sini selalu bersama-sama rakyat.

Saya rugi tidak tahu tanam padi. RM71.5 juta terlalu besar untuk dipersia-siakan.

Kami tidak pernah bermimpi mendapat bantuan kerajaan sebanyak itu. Asalkan tiada unsur-unsur RASUAH dan penipuan......kami tidak dengki. Sekolah anak-anak kamipun sehingga kini tiada...

SMA December 4, 2009 at 12:43 AM  

Salam ziarah sekali lagi.

Kalau ombak besar dan angin bertiup kencang di Pulau Omadal kami tidak menyalahkan YB kami. Itu adalah atas Kebesaran Allah SWT.

Kalau Kelapa Mawar tidak semanis Kelapa Pandan itu kena tanya pekebun Kelapa Pandan Di Tawau.

Bila berlaku kepincangan dalam pelaksanaan Jelapang padi..tidak harus melibatkan Datuk Tempasuk... itu SALAH sebab dia wakil rakyat kamu di Tempasuk dan dia Timbalan Datuk Yahya Hussin, Pahlawan Bangsa kami juga. Ini sudah kerja "cuci tangan". Setahu saya kerja cuci tangan hanya bila mahu memakan putu dan sinagol bersama "kinilau".

Kalu Datuk Tempasuk kamu ada maklumat yg penuh, biar dia yang berikan penerangan sendiri, jangan ada orang tengah yg tidak tahu apa-apa!!!

Jangan pula datuk Tempasuk kamu suruh dan arah orang kampung yang tertindas miskin yang mahu membuat bantah supaya mengunci mulut mereka. Adakah perkara yg cuba disembunyikan? Adakah datuk Tempasuk kamu ini bekerjasama dengan Kontraktor menutup mulut rakyat?. Patut Datuk tempasuk kamu ini dicuci telinganya oleh ADUN kamu. Barangkali datuk Tempasuk kamu ini adalah rakan kongsi kontraktor kamu ini di belakang tabdir yg di peralat kontrator? ADUN kamu di Tempasuk bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan memikul amanah rakyat sebagai wakil rakyat BUKAN melindungi datuk Tempasuk.

Awasi pergerakan datuk Tempasuk. Jangan-jangan dia bercuti-cuti di luar negara atas biaya co. Kalau perlu minta kerjasama dengan ADUN Tempasuk supaya SPRM memantau perkembangan projek ini. RM71.5 Juta itu banyak dan ianya adalah duit rakyat.

Maaf saya terlebih sudah.

Post a Comment

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP