SMS "HAL MENGADU DOMBA"
>> Sunday, December 6, 2009
"Mengadu domba atau domba beradu"
Saya menerima pesanan ringkas SMS yang tidak ringkas sebenarnya kerana ianya panjang dan saya terima dalam empat peringkat kerana phone saya tidak secanggih phone kebanyakan. Ada manusia yang pernah menyenangkan hati saya dengan berjanji akan menghadiahkan saya HP "blackberry" tetapi saya tidak pernah bergantung harap kepada janji.Terima kasih dan doa semoga terus berjaya kerana menyenangkan hati saya.
Peringkat I.
"sdr, di KB ini terdapat pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi YB tetapi dia adalah seorang yang berketurunan Afghanistan. Bila dia berada di kalangan masyarakat Iranun dia akan mengatakan Iranun adalah suku kaum yang terbaik dan bergelar pahlawan lalu menmperkecilkan Bajau".
Peringkat II.
".......Bila dia berada di kalangan orang Bajau, dia memuji Bajau sebagai bangsa yang Bertamadun dan berfikiran terbuka serta mudah bertolak ansur dan mengutuk pula Iranun sebagai bangsa yang "keras kxxxxx dan garang dan kasar".
Peringkat III
".....bila pemimpin Afghanistan ini bertemu SSK dan TSP, dia mengutuk HMHJ dan DARD dan menyanjung SSK dan TSP. Dia mengaku Tulen Bajau bila bertemu DARD HMHJ dan SSK dan mengaku Iranun Tulen bila bertemu TSP.
Peringkat IV
"..dia mengaku sebagai pejuang dan pemimpin sejak zaman USNO hinggalah UMNO kini yg tidak pernah lari dari lansasan perjuangan. Oleh itu depan SSK dan TSP dia mengutuk HMHJ. Manakala dihadapan HMHJ dia mengaku layak mengambil tempat JA lalu menguruk SSK, TSP dan sedikit DARD ...fikir-fikirkanlah"
Saya membalas SMS tersebut" "Sdr. Siapa?". Namun sampai kini belum mendapat jawaban. Sepanjang pengalaman hidup saya tiada seorangpun yang saya kenali sebagai "Afghan" di Kota Belud, bumi kelahiran saya.
6 comments:
Baik juga lah tak dapat HP mahal dan canggih..nanti semua SMS dipaparkan dalam blog
Salam Persaudaraan Saudaraku Kuda Berhias...
Ini orang politik tahap penyakit kronik yang jika kita undi pun akan lompat parti atau mati.
Bagus tolak saja.
Bagi saya, undi saya adalah pemimpin seagama tanpa mengira bangsa Bajau, Iranun dan Dusun.
Saya juga akan tolak pemimpin adu domba dan memperalatkan bangsa kerana mereka ini tiada prinsip perjuangan.
Salam anaknda KM dan Saudaraku Azrone,
Apa yang saya dapat simpulkan ialah bertapa keinginan untuk berpolitik di KB mencapai tahap yang menghampiri kronik bagaikan makan,minum tidur bangun berfikir politik. Tiada salah orang bergiat dalam politik. Biarlah kita bersikap adil dengan tidak membuat andaian seperti SMS ini.
Paparan ini untuk menyedarkan bahawa "sikap" berpolitik tidak wise melalui proses seperti ini. pengamal pegangan seperti ini perlu sedar bahawa ianya merugikan dirinya sendiri malah menumpaskan perjuangannya sendiri sebelum berjuang di medan rakyat. Walahuwallam.
Salam Ziarah.
Siapa makan lada biarlah dia rasa pedas. Jika asyik meracuni fikiran orang lain biar terus terang siapa dia....
Jangan lain yg makan nangka lain yang kena getah. Selagi kamu berkata benar untuk kebaikan semua berkatalah.
Akhirnya orang yang mengadu domba ini akan dibenci oleh semua.
Maaf kali ini saya datang lagi. Saaya tidak terkejut. Sekadar menyatakan bahawa di Bumi Kami yang "Semporna" ini rakyatnya masih ada juga yang melaga-laga kan semut hitam atau domba.
konon bersiap siaga untuk menumpaskan "Pendikar kami" kerna Komunis mengatakan BELB itu diselewengkan. Mcm Pendikar kamilah yg berkuasa memberi kelulusan. Tabiat ini hanya untuk memburuk-burukkan pendikar kami agar dia boleh ganti sedangkan main "hilang deposit" ada asam garamnya.
Rupanya di Negeri Kuda Berhias juga ada specis yg mcm ini. Bagi taulah dia itu sama seperti tabiat orang kami zaman batu. Akhirnya dibenci semua pihak dan kehilangan sahabat.
Kami dilautan terbentang di Pulau omadal ini dilihat sebagai mundur..tapi dalam kehidupan kami hanya "mundu" yang bersikap "uncivilise" bagi kami pengadu domba itu mcm "mundu".
Pengadu doba ini biasanya suka mengatur-ngatur orang untuk diporak-perandakan tapi dihujung waktu seperti senja pulau Omadal, pengadu domba ini adalah "loser".
Salam Kuda Berhias,
Barangkali lama saya tidak akan dapat kembali berkunjung ke sini. Arus deras ke Sulawesi barangkali akan membawa kami ke Menado dan bertemu sanak saudara di sana.
Paculah kuda berhiasmu. Kami akan merindui Kuda Berhias buat sepurnama dua.
Post a Comment