Majlis Daerah Cap Lembu: Antara Membina dan Meroboh Gerai
>> Sunday, November 29, 2009
Bangunan Gerai MDKB-MARA?: Pada banguanan ini tergantung plastik tanda Majlis Amanah Rakyat-MARA dan Majlis Daerah Kota Belud Cap Lembu.
Meraung hati saya bila mendengar keputusan Majlis Daerah Kota Belud Cap Lembu hendak merobohkan gerai-gerai sepanjang jalan pintas Kota Belud-Kudat. Keputusan ini akan menzalimi rakyat yang mencari sesuap nasi dari rezeki yang halal. Di Bandar-bandar seluruh Sabah, penjual rokok haram, penjaja VCD haram, barangan tiruan dan penjaja barangan harian haram menjadi sampah di hadapan mata Penguatkuasa Majlis Daerah, pihak berkuasa tempatan dan Majlis Perbandaran tetapi tidak adapun langkah-langkah tegas yang mereka ambil bagi menbendung gejala ini. Jangan jadikan tiada lapuran rasmi dibuat sebagai alasan. Kenapa rakyat Marahaen Kota Belud di Jalan Pintas Kota Belud-Kudat perlu dizalimi. Cukuplah jika kerajaan melalui "Majlis Daerah Kota Belud Cap Lembu" mengambil langkah regulate supaya perniagaan terjamin keselamatan dan kesihatannya. "BUKAN MEMBUNUH" rakyat dengan merobohkan gerai tempat mereka mencari rezeki.
Dua gambar di atas ialah dua deret bangunan gerai di Pekan Nabalu, Jalan Tamparuli-Ranau. PEKAN NABALU ADALAH DI BAWAH RATING Majlis Daerah Cap Lembu. Gerai-gerai ini kosong sementara gerai lain yang dibina sendiri oleh penduduk dengan sedikit bantuan YB mereka menjalankan perniagaan dan dipenuhi pelanggan. Kosong! kerana tidak digunakan oleh peniaga. Di hampir setiap pintu gerai ini tergantung "plastik tanda yang mahal", lambang "MARA dan Majlis Daerah Kota Belud Cap Lembu". Sudah bertahun bangunan ini berdiri di situ. Namun masih tiada "penghuni". "Lembu barangkali boleh berlindung di situ"
Jika Majlis Daerah Cap Lembu hendak merobohkan bangunan gerai para Marahaen di Jalan Pintas Kota Belud-Kudat, renung-renungkanlah bangunan dalam gambar ini dan beberapa deretan gerai peniaga yang membina banguan mereka sendiri di Jalan Ranau-Tamparuli di Pekan Nabalu. Berapa ratus ribu duit rakyat diguna untuk membina bangunan-bangunan di Pekan Nabu seperti gambar di atas? Berapa $$$$ pula pungutan dan kutipan cukai kepala dan cukai pintu MDKB untuk membina Gerai-gerai Para Marahean di Jalan Pintas KB-Kudat? Siapa authoriti/boss Majlis Daerah semasa Bangunan Di Pekan Nabalu itu dibina? Apakah dia dikenakan surchage kerana melaksanakan projek tanpa penyelidikan dan terabai serta membazir wang rakyat?
Peranan dan tanggungjawab kadang-kadang perlu dilaksanakan menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan. Jika peraturan dan undang undang kecil @ Kerdil terpaksa diketepikan demi kepenting manusia, manusia harus mengenepikkannya. After all, peraturan dan undang-undang kecil @ Kerdil itu adalah ciptaan manusia untuk kesejahteraan manusia juga.
-abang man.
-abang man.
6 comments:
Salam Ziarah.
salam kuda berhias,
saya amat setuju paparan kali ini diedarkan kepada semua ahli MDKB agar menjadi panduan kepada mereka.
Saya harap ada pihak yg mengambil inisiatif print out paparan ini dan buat beberapa salinan dan agih-agihkan kepada Ahli MDKB termasuk tuan DO.
tahniah!
Salam saudara Mohd, Amin dan Saudara Sekali Ketuk, MUsli Haji Oli,
Saya juga sanjung tlisan saudara yang membela orang kita yang dianggap kecil sedangkan meraka adlah pribumi yang mengaharp rezeki yang halal ditanah sendri. Baagaiman pula dengan pelarian dan pendataang assing yg menguasai pasar malam dan peniagaan penjaja haram?
Kita sedih dengan tindakan "double standard" dan tidak berperi kemanusiaan.
Salam Ukhuwah Saudara, seperti saudara Musli saya menyanjung tinggi tulisan ini.
MDKB patut memberi perhatian serius terhadap pendedahan eksklusif ini.
Print dan agihkan kepada DO, Ahli-ahli Majlis Daerah, YB-YB dan pegawai-pegawai kerajaan berkepentingan.
Terima kasih saudaraku.
Salam perjuangan, semoga terus membongkar salah tadbir yang dilakukan oleh mereka2 demi penambahbaikan kepada rakyat..
Salam ukhuwwah..
Wsalam. Salam Perjuangan kembali buat Kuda Perang. Terharu dengan semangat perjuangan itu.
Paparan ini sekadar menceritakan sesuatu yang telah terbentang di hadapan mata kita semua secara umum. Ianya jelas dan dapat menjadi "sempadan".
Ianya selaras dengan konsep "transparency policy" dan "good governing". Tidaklah terlalu membongkar. Tapi jika untuk kebaikan umum dan semua pihak, membongkarpun tidak ada salahnya.
Salam ukhuwah. dan Selamat kembali lagi buat semua dan Kuda perang,
Post a Comment