Kedatangan "Senyum Kambing" yang tidak diundang
>> Monday, November 23, 2009
Pagi tadi saya berbual dengan seorang sahabat yang memang pro dalam dunia penulisan. Dia menulis agak "ganas" juga tetapi tulisannya selalu dipertahankan dengan fakta dan logika yang dapat diterima akal yang waras. Ganas tetapi berhemah, beretika dan bermaruah. Tidak menghina individu dan mengenepikan soal remeh-temeh dalam kehidupan seharian seperti "menjaga kesilapan orang" lalu menggunakan kesilapan yang sedikit itu untuk "membunuh" seluruh kehidupannya.
Saya mengikuti segenap paparan blogger KB. Dari kecil sehingga yang besar sehinggalah ke komennya yang sekecil-kecilpun. Saya selalu memperincikan bagaimana matang dan tidak matangnya paparan mereka. Kebanyakannya masih agresif seperti "penyerang dalam pasukan bola".
Dalam dunia cyber yang tiada sempadan, semuapun kita tulis dan boleh tulis tetapi dalam "dunia yang nyata, kita berhukum dan beradat". Kita tidaklah memiliki hak yang hakiki dan mutlak untuk mengaibkan mana-mana individu kerana kita terikat dengan HUKUM. "Dunia cyber tiada hari kiamatnya dan bakal tiada tiupan sangkakalanya. Manakala dunia kita, ada kiamatnya dan pasti tiupan sangkakal akan membelah bumi kita". Dunia cyber tidak ada rukunnya yang lima, dunia kita memerintahkan kita menunaikan rukun yang lima itu dan yang kelima jika kita berkemampuan. Ingatan saya pada diri saya dan sudara-saudara dan anak-anak buah, jika anda memasuki dunia cyber jangan lupakan "syahdah kita" kerana dunia cyber itu dunia "atheist".
Senyum Kambing telah memasuki Dunia Cyber Daerah kita dengan senyumnya yang bersalutkan "kebencian". Penuh dengan muslihat di sebalik senyumannya. Dia umpama Dzajjal. Bagi mendepaninya, Kita perlu ada "kekebalan" agar tidak terheret ke jurang kehinaan sehingga kita meniru kehidupan Dzajjal dan menganut pula fahaman seperti yang dibawanya.
Saya berdoa agar kita semua selamat dan kembali berpegang kepada hukum yang digariskanNya. jangalah lupa syahada kita bila kita memasuki dunia cyber. Jangan sekali-kali kita meninggalkan syahadah apabila kita membuka kekunci dan mula memasuki alam cyber. Kita jangan mengutuk kerana kita merasa terlindung di sebalik tabir dunia cyber. Seolah-olah kita mengenepikan syahadah kita dan menolak dan menidakkan kenyataan bahawa "SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MELIHAT SESUATU SAMADA YANG NYATA ATAU TERSEMBUNYI".
Pada ketika ini, mungkin sesetengah paparan kita terbawa-bawa oleh desakan emosi kerana kelemahan kita sendiri. Jika kita terus berusaha meningkatkan kualiti tulisan kita, lambat laun kita akan matang dan laman-laman web blog kita akan menjadi laman yang ditumbuhi bunga-bunga kasih sayang yang amat berguna kepada masyarakat kita dan menjadi pujian dunia luar.
Saya masih sedih kerana paparan kita masih di tahap yang rendah dan menjadi "lelucuon" bloger-bloger luar yang juga melihat dan mengintai kita dalam dunia cyber. Kadang saya rasa terkilan dengan tanggapan mereka tetapi sebagai manusia yang menghormati "kebebasan dan hak", kelemahan kita blogger KB tetap saya pertahankan dari serangan mereka.
Dengan doa semoga kita terus berfikir dan mudah-mudahan blogger kita akan cukup mantap dan matang. jangan juga lupa bahawa kta semua berkongsi kelemahan dan kekurangan sebagai blogger KB. Natizahnya, "rosak susu sebelanga kerana nila setitik" namun kita harus berusaha memperbaiki kelemahan. Dengan niat ikhlas kita semua, insyahallah kita akan terus diberi kekuatan berfikir dan ilham yang bernas.
Kepada Senyum Kambing, "Pulanglah ke dunia yang kamu sukai". Jangan lupa beli langsat, Kueh Jala dan pinjaram yang enak dari Daerah saya. Sesungguhnya saya lebih rela kamu tidak berkunjung lagi ke daerah saya dari mengotori minda-minda bloger-bloger KB dan laman mereka yang masih di tahap untuk belajar terbang menjadi "rajawali yang menguasai angkasa".
Paparan Berkaitan
Dari Saudara Naddin Haji Sahidin
Orang-orangan, penjaja kebencian, si dalomangkob dan bloggers kita
Senyum Kambing telah memasuki Dunia Cyber Daerah kita dengan senyumnya yang bersalutkan "kebencian". Penuh dengan muslihat di sebalik senyumannya. Dia umpama Dzajjal. Bagi mendepaninya, Kita perlu ada "kekebalan" agar tidak terheret ke jurang kehinaan sehingga kita meniru kehidupan Dzajjal dan menganut pula fahaman seperti yang dibawanya.
Saya berdoa agar kita semua selamat dan kembali berpegang kepada hukum yang digariskanNya. jangalah lupa syahada kita bila kita memasuki dunia cyber. Jangan sekali-kali kita meninggalkan syahadah apabila kita membuka kekunci dan mula memasuki alam cyber. Kita jangan mengutuk kerana kita merasa terlindung di sebalik tabir dunia cyber. Seolah-olah kita mengenepikan syahadah kita dan menolak dan menidakkan kenyataan bahawa "SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MELIHAT SESUATU SAMADA YANG NYATA ATAU TERSEMBUNYI".
Pada ketika ini, mungkin sesetengah paparan kita terbawa-bawa oleh desakan emosi kerana kelemahan kita sendiri. Jika kita terus berusaha meningkatkan kualiti tulisan kita, lambat laun kita akan matang dan laman-laman web blog kita akan menjadi laman yang ditumbuhi bunga-bunga kasih sayang yang amat berguna kepada masyarakat kita dan menjadi pujian dunia luar.
Saya masih sedih kerana paparan kita masih di tahap yang rendah dan menjadi "lelucuon" bloger-bloger luar yang juga melihat dan mengintai kita dalam dunia cyber. Kadang saya rasa terkilan dengan tanggapan mereka tetapi sebagai manusia yang menghormati "kebebasan dan hak", kelemahan kita blogger KB tetap saya pertahankan dari serangan mereka.
Dengan doa semoga kita terus berfikir dan mudah-mudahan blogger kita akan cukup mantap dan matang. jangan juga lupa bahawa kta semua berkongsi kelemahan dan kekurangan sebagai blogger KB. Natizahnya, "rosak susu sebelanga kerana nila setitik" namun kita harus berusaha memperbaiki kelemahan. Dengan niat ikhlas kita semua, insyahallah kita akan terus diberi kekuatan berfikir dan ilham yang bernas.
Paparan Berkaitan
Dari Saudara Naddin Haji Sahidin
Orang-orangan, penjaja kebencian, si dalomangkob dan bloggers kita
2 comments:
kuda berhias jangan bermada.. kao mana tau. itu bloger kb semua suka fitnah...orang x kacau pun mereka kacau.. itu pandikar, itu salleh, itu japlin itu musbah itu bagdad, itu bukan kacau mereka.. tapi mereka kacau.. ssaya tidak suka orang kacau buat fitnah, bohong..itu rosalan manssur.. buat kacau bloger.. dia gaji orang hantam itu pamimpin. hantam orang ini orang itu...tapi dia sandiri tiada blog... itu apa nama kuda berhias.. itu ako kata.. kau mana tau itu kota belud.. hari hari saya limpas sana juga.. itu hari ako ada beli itu langsat itu pinjaram..kawan ako orang kanigau. sukak botol.
kuda berhias..tengok itu blog betul sabahkita; suara bebas tuaran, sekaliketuk, apa yang tersirat, ako tiada kritik.. sabb mereka tulis botolpunya.. ada baik punya. ako suka internt baca news botol.. bukan fitnah punya.. what i want is a good news and a true news, not lying...paham ka kuda berhias...
ssaya tidak suka orang kacau buat fitnah, bohong..itu rosalan manssur.. buat kacau bloger.. dia gaji orang hantam itu pamimpin. hantam orang ini orang itu...tapi dia sandiri tiada blog...Dari Komen Senyum Kambing.
Senyum Kambing,
Pandai cakap DAN komen ROSLAN MANSUR!!. Kita pula nak tengok posting senyum kambing dalam blog Senyum kambing sendiri. "Fair and Just"
Benarkah Roslan penaja utama bloger KB untuk publisiti dirinya? Siapa yang tahu?
Post a Comment