Gambar Prospektif: Di mana keindahan itu pergi?
>> Wednesday, November 25, 2009
Indah sungguh gambar ini. Kemana dan di mana semua keindahan ini?.
Gambar ini adalah sebuah prospektif. Penampilan gambaran ini indah. Seolah-olah seperti 1Borneo. Tapi ke mana perginya Universiti Malaysia Sabah UMS dan Bangunan Pusat Pentadbiran Pesekutuan? Apa pula nama tasik atau sungai di hadapan bangunan ini? Mungkinkah ianya Laut Cina Selatan yang menjadi tenang?
Mungkinkah juga bangunan ini lain dari 1Borneo kerana kelihatan seperti Gunung Kinabalu menjadi latar belakangnya. Ke mana pula hilangnya Bangunan Innoprise dan Dewan Undangan Negeri?
Mungkinkah ini perancangan bangunan mega yang baru bersebelahan Menara Tun Mustapha dan Wisma Innoprise dan sungai yang kelihatan itu ialah Sungai Inanam yang di rentangi Jambatan Yayasan Sabah?.. Siapa yang tahu di mana tapak Cadangan Bangunan ini? Apa nama Bangunan ini?
Benarlah peribahasa "Tiada gambar seindah lukisan"
Dari Baei.
0 comments:
Post a Comment