Pulang Kampung, Balik Kampung.

>> Saturday, November 28, 2009


Bayangkan makanan yang kelihatan menarik ini akan menjadi tumpuan ramai Jika disediakan tempat yang "convinient' dan mesra rakyat. (gambar: mainborneo.com)

Baru beberapa jam tadi saya sampai di rumah. Saya balik kampung menemui sanak saudara bersama suami dan anak-anak. Pakcik Sabahkita tidak balik. Katanya dia ada kelas. Dulu saya tertanya-tanya juga kenapa dia sering mengasing diri dari sahabat-sahabatnya. Rupanya di sibuk dengan "anak-anak" di kelas. Seperti biasa saya dan keluarga akan singgah di pasar Kota Belud beli kuih mueh. Biasalah kueh penjaram, kueh jala, kueh cincin yang menjadi kebanggaan. Saya tidak terlepas juga membeli ikan "liking" berlada Selepas itu kami berpusing balik mengikuti jalan pintas kota Belud-Kudat. Syukulah ada jalan ini, jika tidak alamat terhambatlah perjalanan kerana pekan KB masa itu sesak dengan kenderaan.

Perjalanan melintasi Jalan Pintas KB-Kudat ini amat lulus namun saya sering mengingatkan suami saya agar memandu dengan cermat. Maklumlah, kadang-kadang terlalu banyak ternakan lembu yang masih berkeliaran di jalanraya. Kadang-kadang lembu-lembu ini jugalah yang mengajar para pemandu supaya berhati-hati melintasi jalan ini. Kata kawan saya "polis traffik empat kaki mengawasi pemanduan anda".


Handicraft ini juga akan terpamir dan pastinya akan menjadi tarikan pelanggan. Bukan sekadar pada Tamu Besar Sahaja. (gambar: mainborneo.com)

Saya lihat banyak gerai-gerai sepanjang jalan yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman. Saya teringat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Di sepanjang jalan kami sering bertemu penjual buah-buah dan makanan tradisi seperti lemang, pelbagai juadah dan keropok ubi. Saya terfikir jika sekiranya jalan KB-Kudat ini seperti di sana, tentu sekali ramai peniaga akan memperagakan jualan dan menawarkan pelbagai jualan. Barangkali juga kerajaan perlu memikirkan mengadakan "rest area" yang friendly kepada peniaga tempatan dengan menyediakan tandas awam dan surau dan kawasan rehat yang selamat kepada pemandu yang keletihan. Tempat ini memang sesuai. Para peniaga yang beserakan di sepanjang jalan itu dapat juga disatukan dengan tersusun. Peniaga-peniaga di sepanjang jalan Kg. Gayang Jalan Sulaman-Tuaran selepas Poletiknik Kota Kinabalu lebih ramai dikunjungi pelanggan kerana mereka tertumpu pada satu kawasan dan berhampiran Pusat Bandar dan pekan-pekan..

Di Kota Marudu, tempat menjual "Kacang Kudat" juga tertumpu pada satu kawasan. Tentunya menjadi sumber pendapatan yang baik untuk rakyat. Saya rasa Kota Belud juga mampu mewujudkan suasana perniagaan seperi mereka jika diberikan peluang, sokongan dan dorongan. Inipun jika benar "Rakyat Didahulukan".

5 comments:

Seliu Liu November 29, 2009 at 10:29 AM  

Salam Aidiladha Saudara...

Jalan Kudat Bypass hanya baik pada luaran tapi derita bagi pemilik tanah yang dirampas hak oleh kerajaan.

Warung yang saudara maksudkan tu pun sudah dapat notis akan dirobohkan.

Kalau tidak MDKB akan ranapkan pakai bulldozer.

Salam ukhuwah saudaraku Kuda Berhias.

kelapa mawar November 29, 2009 at 11:41 AM  

salam Kuda berhias..

balik kampung adalah sesuatru yg menyeronokkan..saya dan keluara juga kerap kali balik kampung..setiap kali cuti sekolah..tambahan lagi KK-KB tidak sangat jauh..

salam hormat bt Kuda Berhias.

Kuda Berhias November 29, 2009 at 11:45 AM  

Salam Ukhuwah Kembali Saudara Azrone.

Saya banyak mengikuti coretan mengenai jalan bypass Kota Belud-Kudat. Penduduk Kg. Wakap dan labuan yang terjejas pendapatan mereka perlu menuntut hak mereka melalui proses dan landasan yang tersedia. Mereka mempunyai hak yang sama seperti rakyat Malaysia yang lain. Projek Jalan itu adalah projek kerajaan untuk semua rakyat. Sebilangan rakyat yang mengalami kerugian ini mesti diberi hak mereka. Penduduk Kota, Peladok, Marabau dan Kota Bungan juga terlibat mengalami kerugian ke atas tanah yang terlibat. Kenapa penduduk yang terlibat ini tidak menuntut hak mereka?

Tidak dapat dinafikan bahawa nilai hartanah disepanjang jalan ini telah juga meningkat belipat ganda akibat pembinaan jalan raya ini. Ini sesuatu yang positif yang harus dilihat oleh semua pihak.

Majlis Daerah yg ingin merobohkan gerai-gerai di sepanjang jalan ini tidak wajar melakukannya. Ini perbuatan TIDAK prihatin dan bertentangan dengan konsep "Rakyat Didahulukan" Apa kerugian Majlis Daerah? Apa pula keuntungannya jika gerai-gerai ini wujud? Saya rasa keputusan Majlis ini TIDAK justified. Patut mereka bantu buat gerai BUKAN roboh gerai.

Kuda Berhias November 29, 2009 at 11:10 PM  

Salam Sdr Kelapa Mawar,
memang seronok balik kampung. Bagi yang tinggal di kampung mereka tak pakai istilah "balik kampung lagi" tapi "balik rumah".

adios now.

Seliu Liu November 30, 2009 at 8:45 AM  

Salam saudaraku Kuda Berhias...
Terima kasih atas percambahan idea yang bernas saudara.
Jika ada 9 menyokong pembinaan Kudat Bypass, ada 1 menentang... adakah kita wajar mengeji yang seorang itu dalam konsep suara majoriti.
Ketika kita berada di zon selesa menggunakan Kudat Bypass, adakah orang yang berlapar kerana ketiadan tanah untuk mencari rezeki itu kita biarkan?
Seliu-liu hanya mahu membela mereka dan berharap isu ini diberi perhatian oleh kerajaan?
Soal menyaman kerajaan malaysia, kami belum sampai ke tahap itu.
Namun, jika ada yang sanggup membantu kami bersedia ke arah itu.
Dan jika pun anggap jalan itu sangat baik...
maka janganlah berterima kasih kepada pemerintah kerana membantu memendekkan laluan, sebaliknya doakan supaya pemilik tanah hidup sejahtera dalam lindungan Allah. Amin.
Terima kasih juga atas idea mengenai MDKB dan warung tu.

Post a Comment

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP