"BERAHI POLITIK" DI COWBOY TOWN OF THE EAST, KB.

>> Sunday, November 15, 2009


 Pemimpin Politik di Kota Belud, The Cowboy Town of The East". Nak ikut berahi politik di sini, semua mereka ini "nak" diganti oleh "Nahh! akulah. Siapa lagi kalo bukan aku?"

Pelbagai keunikan sering terjadi dalam politik. "Lain padang lain belalang". Di Cowboy Town of The East, bila saja bercakap politik, kedai kopi adalah lapangan yang paling ramai peminat. Asap rokok bagai kan asap serombong kapal dan pelayan kena cekap dan memberi keutamaan pada kumpulan, bak penglipurlara pengkhususan dalam bidang politik, yang menjadi pelanggan. Maklumlah, mereka datang "bawa angin", "ada ummph" dan ramai "peminat"-Peminat yang belum tentu penyokong.. Lambat dan kurang baik sedikit layanan, maka beredarlah mereka "in-bulk". Hilanglah pelanggan yang ramai dan berpotensi untuk tidak kembali. Jadi, pelayan dan pemilik kedai kopi kenalah "mesra pelanggan" seperti kumpulan ini.

Bila tajuk politik agak panas maka ramai lagi yang akan turut serta berbondong-bondong menjadi pelanggan atau mengambil peluang minum percuma. Kadang-kadang nasib baik dapat "tapau" sekotak rokok atau sebungkus mee goreng. Halal tetap halal. Ketuanya memang pemurah dan mudah senyum. Cuma kadang awas! nanti air liurnya terpercik ke minuman anda. Kadang-kadang cuba meraba poketnya kalau-kalau dompetnya terjatuh atau tertinggal dalam kerita.

Tajuk cerita...POLITIK. Harakian, maka dibukalah cerita. Bermula dari pemimpin Kota Belud yang ada. Biasanya kebaikan mereka dicampur-tolak akhirnya tinggal sedikit dan tidak cukup memuaskan untuk rakyat Kota Belud. Kadang dinilai good but NOT good enough. Kadang dipuji sedikit tetapi dicondemn banyak.Maklumlah padang terbuka; jangan kelihatan terlalu "bias" nanti tak dapat populariti maka rugilah pula membayar taukee atau mamak atau denakan-pagari.

Teringat saya "kisah benar yang saya lalui" bertahun lalu sebelum PRU11. Seorang nelayan bukan nelayan, petani bukan petani, pengusaha bukan pun pengusaha. Entah apa sebenar dilakukannya untuk kehidupan Katanya "Kalau YB itu dicalon juga, kalah kita. Dia itu bapanya saja yang berpengaruh. Nasib baik jasa bapanya kalo tidak dia sudah lama jatuh. Sekarang bapanya sudah tiada nahh susah kita. Dia tidak boleh menang"- begitulah cerita hamba Allah itu. Lalu saya bertanya. "Jadi siapa yang layak?". Dia cepat menjawab dengan yakin. "Nahh! akulah. Siapa lagi kalo bukan aku?". Sebenarnya saya sendiri tidak tahu nama orang itu sehingga kini. Hampir terjatuh fail di bawah ketiak saya bila mendengar jawabannya. Saya sungguh tidak menduga jawabannya sebegitu rupa. Apapun itu adalah haknya. Saya membawanya ke kantin dan menjamunya. Matanya bersinar-sinar bagaikan puas dapat melahirkan "berahi" politiknya. Namun saya tetap juga bercerita mengenai makanan dan minuman kami. Dia seakan menunggu jawaban yang tak termampu saya berikan.

Berahi politik di Cowboy Town of the East hampir-hampir sama walau tidak serupa dengan kisah saya bertahun lalu. Zaman moden dan dunia ICT yang berlegar ligat menjadikan informasi begerak pantas. Bloggers KB banyak mempromosi beberapa individu. Hanya 'degree" berahi yang membezakan mereka dengan orang yang berkata "Nahh! akulah. Siapa lagi kalo bukan aku?" ialah mereka ini ada agen promosi. Macam jual barang. Laku atau tak laku ,"belakang cerita"

Realitinya, at the end of the day, Bagi calon-calon BN, Pengerusi BN KB, Datuk Salleh Tun Said, akan dirujuk. Pengeusi BN Sabah akan dirujuk. Pemimpin tempatan seperti TSP, DARD, HMHJ, JA dan ATL akan dirujuk. Agensi yang bertaraf ISO dan sewaktu dengannya akan melapur. (Awas!!kalo terlalu bantai mereka ini, nama anda mungkin akan terpadam dalam senarai).

Saya khuatir, mereka yang cuba menonjolkan diri ini terpaksa menelan air liur berahi politiknya atau jika terpaksa hanya akan bertanding sebagai "Bebas" atau nasib baik dapat menumpang di bantera pembangkang. Apapun, Tabik semangat anda. Siapa yang berani merampas hak demokrasi anda?.Kalau ada perigi di ladang, bolih saya menumpang mandi, kalau ada rezki yang panjang, boleh tuan belanja lagi. Salam.- Nukilan- ABANG MAN.

3 comments:

SUARA RAKYAT November 15, 2009 at 2:55 PM  

Salam Kuda Berhias dan Abang Man? cerita sdr memang benar-benar senerio di Kota Belud terutama dekat-dekat pilihanraya, dekat-dekat pemelihan parti.

Keadaan seumpama ini telah mentradisi..cuba tanya Raslin Gayong, bagdad turugan, muar Haji Mulia dan Norjam endingan,haji kajul dsbnya.

Unknown November 15, 2009 at 4:36 PM  

salam sdri,

biasanya dari dulu nama-nama yg muncul dari bibir kebibir setiap kali dekat pilihan raya ialah Pak cik Datu 13, Pak cik Digong, Hj abdullah sibil, Jenar Lamdah, dan ada beberapa nama lagi. Pak Cik Digong sdh rasa jadi calon Bebas pada 2004.

Sekarang sudah berbeza kerana lebih banyak nama muncul. selain penyandang YB, nama lain yg jadi polemik Serin Sudah, Naumul, Ruslan Hj Mansur, Barur Sawi, dan ramai lagi pemimpin muda.

dari segi "marketing politik" biasanya strategi begini berkesan kerana bila nama sudah dalam "market" agensi seperti BTN, MIO, SB akan turut senaraikan nama-nama yg jadi bahan perbualan.

Jika nasib baik maka ada juga yg terpilih.

ini adalah lumrah politik.

salam MO

Kuda Berhias November 15, 2009 at 6:25 PM  

Salam Hukhuah Mrakunman dan Musli Oli.

Politik KB pasti selalu panas sebab dalam satu parti ramai yg bersaing. Hrap harap tiada yg main sabotage dalam PRU13 seperti PRU12. Kalo tidak KB akan rugi, Tiadaa guna dapat Pembantu Menteri saja. Kita mahu Ketua Menteri dan Menteri Penuh mcm dulu.

Kenapa masih ramai mau tonjol diri jika tahu ada SSK dan lain-lain MCM TSP MHJ. Rasanya JA out. Musli gantilah. KB @ Kuda Berhias sua juga kalo Musli jadi YB KB. Mudah berurusan dan tidak pilih bulu. lagi satu rakyat ada FREEDOM. Tidak juga beli sijil Master Degree. Tulin punya.

Post a Comment

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP