RENUNGAN KITA SEMUA. Siapa sebenar musuh kita?
>> Monday, November 30, 2009
Saya sengaja paparkan klip video ini sekadar memberikan kita keinsafan dan dapat mencerna minda kita untuk meyelami dengan lebih mendalam dan mengenalpasti siapa sebenarnya musuh kita. Kadang-kadang kita bertelagah sesama sendiri dan bersikap mengancam antara satu dengan yang lain, yang sebenarnya bukan musuh kita. Ini hanya akan melemahkan kita sendiri bersama-sama semua komuniti yang hendak kita perjuangkan.
Selalunya musuh yang "sukar" kita hadapi ialah diri kita sendiri selain dari "nafsu, syaitan dan iblis" yang memang fitrahnya menyesatkan kita sebagai anak cucu Adam. Kita menjadi musuh pada diri kita bila kita gagal mengawal "kehendak kita yang tidak terbatas". Terkadang, walaupun kita tidak mampu membohongi diri kita, namun kita cuba menyakinkan orang lain bahawa kita bercakap benar sedangkan pada hakikatnya kita berdusta. Satu perangai yang wajib kita hindari. Kerana itulah kita menjadi musuh pada diri kita sendiri. Kita gagal mengawal diri.
Beberapa hari yang lalu, media telah menghidangkan kita dengan cerita "Maguindanao Massacre". Sesama saudara berbunuhan kerana merebut pangkat dan kedudukan. Di Palestine, walaupun tidak seperti video di atas ini, saling berbunuhan antara pengikut Hamas dan Fatah. Mereka sebenarnya gagal mengenalpasti siapa musuh mereka. Mereka alpa tentang siapa "jamaah" mereka sebenarnya.
Dijauhkan oleh Allah SWT dan "44 malaikat" agar perkara ini tidak terjadi di Bumi Bertuah kita, Kota Belud. Ingatlah "Peperangan hujah lebih berbahaya dari peperangan bersenjata". Jika ada di antara kita yang merasa telah mendustai dirinya dan cuba meyakinankan orang lain mengenai "dusta" itu, maka alangkah malangnya kita. Kita lupa siapa sebenar musuh kita. Beristhigafarlah dan berhentilah melakukan dusta itu dan kembalilah ke jalan yang lurus. Sesungguhnya kerja-kerja memfitnah dan berdusta itu amat dikutuk oleh Allah SWT. Maaf. Segala yang benar dan baik itu datang dari Allah SWT dan yang tidak baik itu datang dari diri saya yang lemah ini. Wassalam.
(Terima kasih buat Ustaz Masykur Nasution yang Pernah bercerita tentang perkara ini)
-sabahkita-
Paparan Yang Berkaitan - klik berikut:-
News in Iranun laguage-Maguindanao.
Sedikit Catatan Mengenai Ampatuan dan Magundadatu
0 comments:
Post a Comment