Pejamkan mata kita. Kemudian tanya selera kita. Apa keutamaan (prioriti) kita? Apakah keputusan kita memiliki nilai/moral etika yang telus?
Lembu dan Mat Remit yang dijadikan isu lebuhraya Pintas Kota Belud-Kudat adalah dua phenomea yang sepatutnya "isolated". Penomena itu bukanlah termasuk dalam agenda pembangunan yang dirancang atau dilaksanakan kerajaan. Kesalan dan kepedihan yang timbul akibat dari perancangan ini perlulah dijadikan cabaran baru bagi menempuh luku-liku hidup yang terbentang jauh di hadapan kita.
Pembinaan lebuh raya ini sudah pasti menjadi fakor utama kehilangan "pelanggan potensi" kepada peniaga di Pekan Kota Belud. Pengguna jalan raya itu sepatutnya singgah di Pekan Kota Belud. Bilangan mereka pula bukanlah sedikit. Dalam masa yang sama, ianya juga dapat sedikit sebanyak mengurangkan bilangan kenderaan di dalam pekan yang sememangnya masih sedia sibok dengan kenderaan seharian sehinggalah ke hari ini. Dalam hal ini "kita sudah mendepani pilihan dan alternatif yang dipilih ialah membina Jalanraya Pintas Kota Belud-Kudat" kerana "utilitinya" lebih tinggi, selaras dengan pemikiran kumpulan "self-enlightened thinkers" dan sehaluan konsep "the greatest good for the greatest number".
Sudah menjadi lumrah manusia (human nature) bahawa "kita memiliki keinginan yang tidak terbatas sedangkan keupayaan kita terhad". Kata orang putih "unlimited wants but with limited resources" (rule No 1). Sebah itu ianya menjadi salah satu dari "masalah ekonomi" yang tidak berkesudahan.
Oleh itu kita berdepan dengan pelbagai "pilihan" atau "terpaksa membuat pilihan". Mana satu pilihan atau kombinasi pilihan yang menjadi keutamaan kita agar penggunaan sumber yang ada dapat mencapai "kepuasan' (utiliti) yang optimum. Lalu kita bertanya apa keutamaan atau prioriti kita? jalan raya atau sawah bendang?, kemudahan ramai atau kepentingan sedikit?, pusat pertumbuhan baru atau parit taliair untuk 200 ekar tanah sawah?. Kita barangkali akan ke hulu ke hilir mencari jawaban atau pemikiran "wiseman" untuk memberi "kepuasan" kepada setiap penghuni kawasan yang terlibat dengan pembinaan lebuhraya Kota Belud-Kudat. Namun "kepuasan" itu tidak akan terpenuhi. So refer to Rule No 1.
Imaginasi. Di Bahu Lebuhraya Pintas Kota Belud-Kudat.
Gambar di atas mengajak kita untuk memejamkan mata "mengimaginasi before dan after" atau barangkali lebih hebat dari "after" yang digambarkan dalam gambar imaginasi itu. Namun kita tidak dapat dipisahkan dari membuat pilihan. Rasanya projek RM71.5 juta seperti gambar 2 di atas yang direncanakan akan melibatkan 1,382 hektar diramalkan hanya akan memberi impak atau berkesan ketara kepada pemilik seluas lebih kurang 200 ekar menanam padi di sekitar Kg. Kaguraan dan Kg. Kawang-Kawang. Apakah benar bahawa prioriti projek yang besar itu telah tersasar jauh?
Imagine bahawa peruntukkan sebesar itu juga diberikan untuk membangunkan kawasan sepanjang jalan Lebuhraya Pintas Kota Belud-Kudat dengan pusat pertumbuhan ekonomi yang baru misalnya "leaf frogging-Kawsan pertumbuhan ekonomi yang baru yang lengkap dengan pintu kedai dan shopping mall. Manakah di antaranya yang akan memberi impak kepada ekonomi kawasan Kota Belud dan penduduknya dan masyarakat umum amnya?
Kata orang putih "if you can imagine it, you can do it". Kita akan selalu berdoa semoga prioriti kita semua menyusuri landasan yang lurus, benar dan diredhaiNya.
Read more...