Kota Belud Pekan Cowboy!

>> Thursday, December 31, 2009


Lembu-lembu yang berkeliaran di Pekan KB membawa phenomena yang lain. Gambar-Sdr Azrone.

Masalah Lembu Berkeliaran di Pekan Kota Belud, sudah tidak dihiraukan oleh penduduk kawasan. Mereka menganggapnya masalah "andang-andang".
Penjaja hasil pertanian terpaksa mengawal hasil jualan mereka dari "pembeli yang tidak membayar" yang kadang-kadang mengamuk.

Saya masih teringat kata-kata seorang sahabat lama saya yang kini menjadi pegawai di Majlis Daerah di mana saya tinggal di Ibu Kota. Masa itu kami sama-sama Ahli Majlis Daerah. Saya meletakkan keahlian Majlis Daerah lebih awal sebelum tamat tempoh bukan kerana tercabar dengan kata-katanya semata-mata tetapi memang wajar Ahli Jawatankuasa MDKB perlu dipertanggungjawabkan kepada mereka "in-situ" yang dapat menumpukan sepenuh masa tenaga dan pemikiran terhadap isu-isu semasa MDKB.

Kata-kata sahabat saya itu berbunyi begini: "kalau masalah lembu yang berkeliaran di Pekan KB ini tidak mampu kita selesaikan, baiklah kita semua resign, kamu resign, saya resign dan kita kekalkanlah lambang sapi dalam logo Majlis Daerah KB".

Hari ini, sudah lebih sepuluh tahun kami resigned sebagai Ahli Majlis Daerah KB, masalah lembu berkeliaran di pekan KB dan jalan-jalan di KB masih menjadi penomena. Tidaklah bermakna kawasan lain tidak ada lansung ternakan berkeliaran di jalanraya, tetapi penomena lembu di Pekan KB agak unik dan kronik. Kadang-kadang peniaga hasil pertanian terpaksa mengawasi hasil jualan mereka kerana lembu di KB "pandai shopping" tapi tak pandai membayar". Selain itu, lembu KB pandai makan plastik sampah!!.

Kata seorang sahabat saya, "kadang-kadang lembu itu berguna di jalan raya supaya pemandu-pemandu kenderaan sentiasa "alert" bagi mengelak kemalangan". Komennya diakhiri dengan tertawa dan menoleh ke tempat lain sambil menghirup kopi pahit di tangannya. Ada logiknya, walaupun kadang-kadang lembu-lembu inilah yang 'contribute" kepada kemalangan itu sendiri.

Anda bunyikanlah "honk" kerita anda ke arah sapi-sapi yang berada di jalan-jalan raya KB, pasti sapi-sapi ini akan bergerak malas memberi anda laluan. Kadang-kadang sapi-sapi ini mengusik dengan hanya menoleh ke arah anda seolah-olah menuduh bahawa "anda adalah pemandu yang kurang sabar" atau anda bagaikan mengganggu ketenteraman mereka dan gerombolan yang sedang beristirehat.

Benarkah lembu-lembu di Pekan ini mempunyai nilai komersil? Menigkut tinjauan Jabatan Haiwan dan Perusahan Ternak, lembu-lembu yang berkeliaran di jalanraya dan dalam pekan KB adalah jenis atau baka yang "low breed". Nilai komersilnya amat rendah atau negatif dan penternak dan pemiliknya sekadar meneruskan aktiviti ini kerana hobi atau menganggapnya sebagai "pet", bukan untuk tujuan komersil. Ada juga pendapat seorang sahabat yang mengatakan bahawa "pemilik-pemilik sapi itu main "saham" dan "speculate". manalah tahu suatu waktu, peluang akan mengetuk pintu, bila terdesak menyelesaikan masalah sapi-sapi bekeliaran ini, maka akan muncul seorang "pemimpin" yang akan melonggokkan wangnya membeli semua sapi yang berkeliaran dan selanjutnya menjadi "a suddenly hero KB kalau bukan Superman".

Hanya ketegasan, understanding dan kerjasama dapat memberikan harapan untuk masalah ternakan berkeliaran di pekan dan jalanraya KB ini dapat diselesaikan. Diharapkan Projek Agropolitan yang dirancang di dua kawasan di KB akan merangkumi penyelesaian ke atas masalah ternakan di Pekan dan jalan-jalan raya di KB ini secara jangka panjang.

Undang-undang dan peraturan kecil sudah sekian lama wujud. Kadang-kadang dikuatkuasakan, selalunya dilonggarkan. dan acap kali tidak digunakan langsung. Saya tidak fikir bahawa undang-undang dan peraturan kecil menjadi jalan penyelesaian yang jitu ke atas masalah ternakan berkeliaran ini. Norma dan nilai dalam kontek ternakan ini di Pekan KB ini lebih cenderung dan condong ke arah "andang-andang,". Hukum andang-andang ini mengatasi dan sering menggagalkan usaha menegakkan undang-undang dan peraturan.

Like it or not, KB adalah pekan "Cowboy of The East". MDKB pun masih menggunakan lambang sapi. Lembu adalah lembu yang "bodoh". Lembu akan terus membiak dan bilangannya sukar menjadi pupus. Hanya pemilik-pemilik yang mengetahui rahsia sebenar lembu-lembu berkeliaran di Pekan KB. Mereka perlu memberi jawaban. Namun seperti selalunya mereka hanya berdiam diri walaupun mereka diajukan pelbagai soalan. Barangkali "biarlah rahsia" walau lembu berada "in a wrong place at a wrong time", ianya tetap menjadi perhiasan di Pekan KB, seakan menjadi pemustautin yang tetap sehinggalah para pegawai di KB berpencen.

Read more...

Dalang?

>> Tuesday, December 29, 2009

Read more...

Ancaman gempa sekuat 8.6 skala Richter

>> Friday, December 25, 2009


JIKA gempa berlaku di Pulau Siberut dan mencetuskan tsunami, rakyat Malaysia di kawasan pantai barat Semenanjung hanya ada masa tidak sampai empat jam untuk menyelamatkan diri.

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.

Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang. Selanjutnya

Read more...

Pendaftaran Pakatan Rakyat Akan Mengambil Masa

>> Tuesday, December 22, 2009

 
Gambar Hiasan:  Kenapa Tuan Guru Haji Hadi Awang dilapurkan oleh Akhbar Cina "tidak berminat untuk menjadikan Pakatan Rakyat secara rasmi? Adakah image sepert ini yang menahan TGHH?

SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti komponen rasmi akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangkakan. Bagaimanapun, beliau mendakwa, pakatan itu kini memiliki formula tersendiri yang kolektif dan pendirian yang sama.

“Akan ambil masa lama sikit untuk mendaftarkan pakatan ini," katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar bahasa Cina yang memetik Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadikan pakatan pembangkang secara rasmi. Selanjutnya

Persoalan:
  • Kenapakah pendaftaran Parti Makkal Sakti tidak mengambil masa yang lama?
  • Kenapa Tuan Guru Haji Hadi Awang dilapurkan oleh Akhbar Cina "tidak berminat untuk menjadikan Pakatan Rakyat secara rasmi?" 
  • Adakah pilihan lain TGHH selain Pakatan Rakyat? Apakah ia ada kaitan dengan Kerajaan Perpaduan cadangan TGHH dulu?
  • Anwar bin Ibrahim pula kata Pendaftaran Pakatan Rakyat Sedang dalam Proses dan telahpun dipersetujui PAS, DAP dan PKR. MANA YANG BETUL? Atau PAKATAN RAKYAT MEMANG TIDAK SEHALUAN KERANA MASING-MASING MAU JADI PERDANA MENTERI? Agaknya NAJIB tersenyum simpul.
BERIKUT ADALAH KOMEN BRIGET PKR.
presiden-pas-bertahap-budak-kerani.
Cerita Putar Alam

    Read more...

    Bila duit menjadi senjata utama politik untuk mengekalkan kekuasaan.

    >> Sunday, December 20, 2009


    So Politik Wang dengan beli undi jadi penentu kemenangan lah!!

    Kadang-kadang anda hanya mampu tersenyum sedang hati kecil terusik untuk berkata-kata tentang politik apabila orang politik mula menjadikan agenda dan kekuasaan politik bersenjatakan kuantiti duit di saku kiri dan kanan atau berlambak tersimpan dalam bank di dalam atau di luar negara atau dalam akaun amanah atau dalam safety box atau sudah dilaburkan membeli tanah rakyat yang miskin.

    Bagi mereka yang telah membina foundasi kuasa politik di atas lambakan wang dan harta benda, samada diwarisi atau dari sumber yang kabur, duit adalah kuasa, duit adalah satu kemestian untuk menawan dan menghimpun seberapa banyak penyokong dan menjamin undi terbanyak. Terpenting, dapat mengekalkan kuasa. Apa saja masalah yang dihadapi, yang hadir terdahulu dibenaknya sebagai pemudah cara dan penyelesaian ialah “duit”. "Is one million enough for you?". Marchevillian barangkali!

    Kadang-kadang anda tidak menyedari bahawa pemegang-pemegang kuasa yang meletakkan segala kekuasaanya di atas duit ini sering melihat dan menilai sebahagian masyarakat samada daif relatif, daif minda atau daif tegar ini dengan peka dan “prihatian ala wang-wangan” bila bertandang di hadapannya. Apakala marahein berada di hadapan pemimpin ini, mereka bagai dilihat, seakan berkumat-kamit mulut mereka, “tuan saya ada masalah, tolonglah sikit”, walaupun pada hakikatnya kehadiran marahein ini sekadar rasa hormat terhadap “kepimpinan”.

    Apakah nanti satu produk berjenama “kemerdekaan”, “hak kebebasan memilih” dan “hak demokrasi” mula di diperdagangkan atau diperagakan di pasaran? Berapakah harganya?. Sudah pasti jenama-jenama itu akan laris di pasaran menjelang pilihanraya atau pemilihan bahagian walaupun “bukan musim mega sale”, “No Discount” atau “Sale is over”. Barangkali juga ketika itu “old arrival” masih di tahap “fixed price”, RM50.00 per head bagi ordinary dan RM200. per head bagi “specially touched a.k.a groomed”.

    Bagi “new arrival” pastinya lebih mahal atau bakal menikmati “harga prime” walaupun kualitinya masih diragui. Bagi jenama yang sudah biasa digunakan dan sudah diketahui tinggi rendahnya langit dan cetek dalamnya lautan, kadang-kadang berpeluh duit di tangan mereka yang menggelar diri pemimpin atau tidak mustahil terus dinafikan demi “save cost” atau langkah berjimat cermat. “Ikan sudah pasti di dalam bubu”, “perangkap sudah mengena”.

    Bilakah Politik Wang Akan Berakhir?


    Jika “yang penting saya sudah kasi tahu dan dia tahu no AC, dia kasi atau tidak kasi, cerita lain”, dijadikan sebagai “hadis”, selagi itu politik wang tidak akan berakhir. Selagi itu “Tuan Tanah Kedaung” yang memegang kuasa atas kesuburan timbunan tanah gembur humas hitam jenis duit tetap mendabik dada dengan penuh yakin dan percaya pada diri dan perjuangan peribadinya bahawa “hasil tuaian” esuk hari pasti akan berkontan-kontan. (Na’ujubillah)

    Semarak mekar lagi bila pemimpin ini menyedari bahawa “mekanisasi pertanian” yang bernama “prinsip” dan prosedur berjenama “etika” mudah di belakangi kerana kebergantungan kepada dedaun pokok-pokok subur yang nama saintifiknya “general works order” atau kadang-kadang disebut LA-“letter of award” mudah diperolehi dengan kuasa duit selaras dengan polisi dan strategi “wang Buat Wang”.

    Berterusanlah budaya “hulur” yang menjadi asas politik wang yang menerangi empayar dan kuasa politik. Terserlah konsep “1Malaysia rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” kerana rakyat yang dibeli menjamin tanah terus subur, didahulukan; dan hasil tuaian terus berkontan-kontan, diutamakan.

    Apalah erti “rebah atau berubah” yang ditiupkan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak jika falsafah pegangan hidup sesetengah pemimpin disandarkan kepada “rebahpun di atas timbunan duit?’ Atau tidak mampu menganalisa bahawa makan babi itu sama dengan makan rasuah!. Maka berterusanlah kenduri kendara “kesyukuran” kerana kekuasaan masih terjamin dalam genggaman. Pulanglah mereka yang mengamin membawa “sedikit percikan” dari hasil sesungai.

    Kadang-kadang sukar kita membaca samada “tangan yang menghulur itu ikhlas atau tangan yang menerima lebih jahil”. Lebih sukar bila kebanyakan menganggapnya “ditanggung halal”..

    Kita akan berhutang teramat besar kepada genarasi kita atas segala apa yang kita lakukan di bumi kita ini jika kita hanya melihat kemusnahan bermaharajalela dan pasrah ke atasnya.

    Dengan itu, mudahlah kita menjawab bahawa politik wang a.k.a. kuasa duit itu hanya akan berakhir bila sangkakala ditiupkan nanti. Masa itu, pelaburan antarabangsa dan kod rahsia peti besi keselamatan serta nombor akaun sudah tidak bererti atau memiliki kuasa lagi. Kekasih yang dulu kita abaikan pasti menimbang BUKAN menggunakan dacing libra tetapi dengan timbangan berjenama “amal”. “Sesal dahululah pendapatan dan sesal kemudian tetap tidak beguna”. Allahu’allam.

    Abang Man.

    Read more...

    Apakah PAS sekadar tempat bertenggek DAP buat sementara?

    >> Friday, December 18, 2009



    Kuda Berhias tertarik dengan gambar paparan senjaliza ini. Membuat KB banyak berfikir mengenai intipatinya. Ikuti paparanya selanjutnya



    Related Stories;

    Nik Aziz Kabur Royalti Minyak
    Apa Ada Pada Pakatan Rakyat? 
    Percaturan-politik-malaysia-PAS-dan.UMNO Pemain utama

    Read more...

    Luahan Hati Seorang Negarawan: Ketepikan Perbezaan Yang Remeh, Perkukuh Umat

    >> Thursday, December 17, 2009



    DR MAHATHIR mendengar sesuatu daripada Muhammad (kanan) sambil diperhati ahli panel perbincangan dari kiri Dr Robert Farook, Dr Abdur Rahman dan Dr Shaykh Abdullah di PWTC, semalam.

    Dr Mahathir seru diketepi perbezaan, perkukuh umat

    KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perselisihan pendapat antara umat Islam dalam isu membabitkan fahaman tidak akan membantu menyatukan umat.

    Bekas Perdana Menteri berkata, umat Islam tanpa mengira fahaman dan pegangan perlu berusaha mengetepikan perbezaan yang wujud antara mereka.
    "Pertelingkahan umat Islam dalam perkara kecil seperti menganggap mereka yang berfahaman Wahabi terkeluar dari ajaran Islam adalah sesuatu yang tidak kondusif.

    "Kita seharusnya mengetepikan segala perbezaan yang wujud, sebaliknya perlu berusaha mengenali antara satu sama lain dan bersatu bagi mengukuhkan umat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan sesi perbincangan bertajuk Adakah Perlu Pergerakan Alternatif Dalam Pertubuhan Awam sempena Konvensyen Perpaduan Islam, semalam. Read More

    Read more...

    1Malaysia: Mendengar Degup Jantung Rakyat Ala Doktor Kesihatan.

    >> Tuesday, December 15, 2009


    Sebahagian Gerai Sepanjang Jalan Bypass Kudat -Kota Belud. Pampasan tanah menjadi masalah yang berpanjangan sejak tahun 2004 lagi. Gambar: seliu-liu


     Projek Taliair di Kg. Kawang Kawang-Kg Kaguraan Kota Belud. Masalah Pampasan Tanah belum ada ketetapan. Bagaimanapun janji-janji telahpun ditaburkan. Gambar: kelapamawar


    Konsep 1Malaysia "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" sudah pasti turut dinilai ramai samada  ianya sekadar satu retorik atau sebaliknya. Konsep ini diperkuat dengan amalan yang disusuli melalui KPI-Key Performance Index, yang menentukan samada eksekusi peranan dan tanggungjawab dilaksanakan selaras dengan sistem penyampaian yang memenuhi keperluan rakyat yang didahulukan dan pencapaian diutamakan.

    Konsep ini terlalu indah untuk dibicarakan. Pengertiannya dan gagasannya sudah pasti menjadi suntikan semangat kepada setiap kita, apatah lagi apabila YAB Perdana menteri menyarankan pihak-pihak yang berwajib supaya mendengar setiap "degup jantung" 27 juta rakyat Malaysia. Agaknya pihak-pihak yang berwajib gagal mentafsir "degup jantung" yang dimaksudkan Perdana Menteri, lalu membuat tafsiran  dan kesimpulan bagai seorang Dr Kesihatan yang mengira degup jantung bagi menilai tahap kesihatan seorang pesakit!

    Jika degup jantung sebahagian rakyat yang mengalami kerugian akibat tanah mereka terpaksa diacquire/ambil semula dengan pembenaan Jalan Bypass Kota Belud-Kudat didengar mengikut kehendak Perdana Menteri, mengapakah kes tuntutan pampasan mereka masih hanya didengar tanpa diambil tindakan yang wajar sejak 2004 hinggalah ke hari ini? Apakah pndekatan pihak berwajib sama seperti pendekatan seorang Dr terhadap pesakitnya? Apakah rakyat didahulukan dalam kontek ini?.

    Belumpun selesai tuntutan pampasan tanah Jalan Bypass Kudat-Kota Belud, pihak berwajib sekali lagi berhadapan dengan masalah pamasan tanah Projek yang disebut  "benarkah-projek-jelapang-padi-datuk.musbah bermasalah?" yang menelan kos sebanyak RM71.5 Juta. Sehingga kini belum kelihatan tanda-tanda bahawa pampasan tanah akan mencapai ketetapan. Hak rakyat belum tentu didahulukan dan pencapaian belum pasti diutamakan.

    Bagi kedua-dua projek yang disebutkan, sebaiknya "rakyatlah yang dudahulukan" terutama rakyat yang ditimpa kerugian. Kerugian ini pula bakal diwarisi oleh generasi mereka yang sepatutnya pewaris kepada tanah yang diaquire atau diambil semula. Janganlah hendaknya "compulsory acquisition" dijadikan senjata menekan pemilik tanah ini kerana  sesungguhnya "degup jantung mereka" adalah sama dengan degup jantung 27 juta rakyat Malaysia. Mereka mampu melakar politik negara.

    Compulsory Acquisition: Kisah Benar

    Seorang pemilik tanah seluas lebih kurang 2 ekar di jalan Tuaran-Telipok berhampiran Kota Kinabalu Induistrial Park-KKIP telah terpaksa menerima pampasan sejumlah lebih kurang RM95,000.00 di bawah kategori "compulsory acquisition-CA" kerana tanah miliknya termasuk dalam kawasan program KKIP. Hendak tak hendak , pemilik terpaksa menerima pampasan itu walaupun berat hati melepaskan tanah yang bakal diwarisi generasinya.


    Selang beberapa bulan selepas dia menerima pampasan itu, pihak KKIP telah menghubunginya dan menawarkan kepadanya tanahnya yang diaquire itu dengan harga RM300,000.00. Katanya "KKIP bagai memasak hati dan jantungnya untuk dihidangkan sebagai santapannya". Apakah CA-tindakan itu "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"? Apakah itu senjata halus atau racun berbisa compulsory acquisition?

    Jika PM berjuang bermati-matian menjunjung "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan", Apakah pihak berwajib , khasnya mereka yang menerajui sektor awam akan menjadi "Doktor Kesihatan"? Jika rakyat menemui jalan buntu dan "degup jantung" mereka masih tidak didengar sewajarnya, siapakah yang harus dan perlu dipersalahkan jika rakyat bangun memberontak? Atau mereka masih berpegang kepada kepercayaan bahawa "politicians come and go, before they left, a lot of damages done" sedang mereka masih tetap dan berpencen sebelum berpencen walaupun "nothing is done".

    BERITA BERKAITAN:-
    Menteri KPI Diminta Perbaiki Respon Kerajaan

    Read more...

    Ada penulis blok tidak beretika: Hishammuddin

    KUALA TERENGGANU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein berkata ada antara penulis blog menulis tanpa mengikut peraturan dan etika kewartawanan untuk meraih populariti berbanding wartawan tempatan yang berpegang kepada etika penulisan yang betul.

    "Kita ada etika dan mereka tidak ada dan tidak mengamalkan etika kewartawanan. Inilah yang membezakan kita dengan mereka," katanya pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 di sini, malam tadi.

    Hishamuddin berkata wartawan di negara ini tidak perlu bimbang kerana selagi laporan yang dibuat berpegang kepada etika kewartawanan, ia akan diterima baik oleh masyarakat.

    Katanya tidak mungkin wartawan yang berada di atas dasar yang benar akan dihukum dan tidak mungkin yang menabur fitnah akan berjaya. - Bernama

    Read more...

    RENUNGAN HARI INI.

    "Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.'' (Al-Hujurat: 6 ). Dan "Maka bertanyalah kamu semua kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.'' (An-Nahl: 43).

    Read more...

    IMAGINASI LEBURAYA PINTAS KOTA BELUD-KUDAT

    >> Wednesday, December 9, 2009


     
    Pejamkan mata kita. Kemudian tanya selera kita. Apa keutamaan (prioriti) kita? Apakah keputusan kita memiliki nilai/moral etika yang telus?

    Dua gambar di atas dari Seliu Liu dan gambar di bawah dari Kelapa Mawar

    Lembu dan Mat Remit yang dijadikan isu lebuhraya Pintas Kota Belud-Kudat adalah dua phenomea yang sepatutnya "isolated". Penomena itu bukanlah termasuk dalam agenda pembangunan yang dirancang atau dilaksanakan kerajaan. Kesalan dan kepedihan yang timbul akibat dari perancangan ini perlulah dijadikan cabaran baru bagi menempuh luku-liku hidup yang terbentang jauh di hadapan kita.

    Pembinaan lebuh raya ini sudah pasti menjadi fakor utama kehilangan "pelanggan potensi"  kepada peniaga di Pekan Kota Belud. Pengguna jalan raya itu sepatutnya singgah di Pekan Kota Belud. Bilangan mereka pula bukanlah sedikit. Dalam masa yang sama, ianya juga  dapat sedikit sebanyak mengurangkan bilangan kenderaan di dalam pekan yang sememangnya masih sedia sibok dengan kenderaan seharian sehinggalah ke hari ini. Dalam hal ini "kita sudah mendepani pilihan dan alternatif yang dipilih ialah membina Jalanraya Pintas Kota Belud-Kudat" kerana "utilitinya" lebih tinggi, selaras dengan pemikiran kumpulan "self-enlightened thinkers" dan sehaluan konsep "the greatest good for the greatest number".

    Sudah menjadi lumrah manusia (human nature) bahawa "kita memiliki keinginan yang tidak terbatas sedangkan keupayaan kita terhad". Kata orang putih "unlimited wants but with limited resources" (rule No 1). Sebah itu ianya menjadi salah satu dari "masalah ekonomi" yang tidak berkesudahan.

    Oleh itu kita berdepan dengan  pelbagai "pilihan" atau "terpaksa membuat pilihan". Mana satu pilihan atau kombinasi pilihan yang menjadi keutamaan kita agar penggunaan sumber yang ada dapat mencapai "kepuasan' (utiliti) yang optimum. Lalu kita bertanya apa keutamaan atau prioriti kita? jalan raya atau sawah bendang?, kemudahan ramai atau kepentingan sedikit?, pusat pertumbuhan baru atau parit taliair untuk 200 ekar tanah sawah?. Kita barangkali akan ke hulu ke hilir mencari jawaban atau pemikiran "wiseman" untuk memberi "kepuasan" kepada setiap penghuni kawasan yang terlibat dengan pembinaan lebuhraya Kota Belud-Kudat. Namun "kepuasan" itu tidak akan terpenuhi. So refer to Rule No 1.

    Imaginasi. Di Bahu Lebuhraya Pintas Kota Belud-Kudat.

    Gambar di atas mengajak kita untuk memejamkan mata "mengimaginasi before dan after" atau barangkali lebih hebat dari "after" yang digambarkan dalam gambar imaginasi itu. Namun kita tidak dapat dipisahkan dari membuat pilihan. Rasanya projek RM71.5 juta seperti gambar 2 di atas yang direncanakan akan melibatkan 1,382 hektar diramalkan hanya akan memberi impak atau berkesan ketara kepada pemilik seluas lebih kurang 200 ekar menanam padi di sekitar  Kg. Kaguraan dan Kg. Kawang-Kawang. Apakah benar bahawa prioriti projek yang besar itu telah tersasar jauh?

    Imagine bahawa peruntukkan sebesar itu juga diberikan untuk membangunkan kawasan sepanjang jalan Lebuhraya Pintas Kota Belud-Kudat dengan pusat pertumbuhan ekonomi yang baru misalnya "leaf frogging-Kawsan pertumbuhan ekonomi yang baru yang lengkap dengan pintu kedai dan shopping mall. Manakah di antaranya yang akan memberi impak kepada ekonomi kawasan Kota Belud dan penduduknya dan masyarakat umum amnya?

    Kata orang putih "if you can imagine it, you can do it". Kita akan selalu berdoa semoga prioriti kita  semua menyusuri landasan yang lurus, benar dan diredhaiNya.

    Read more...

    CETUSAN IDEA: EXCLUSVELY BUAT BLOGGER KB

    >> Tuesday, December 8, 2009



    Cadangan Logo: Kumpulan/Rakan Blogger Kota Belud.

    Salam Rakan-rakan Blogger Kota Belud.

    Saya melihat peluang dan potensi untuk blogger Kota Belud untuk maju setapak demi setapak ke arah yang lebih baik dan tersusun dengan lebih positif. Meskipun ramai para blogger KB yang masih berselindung di sebalik nama samaran namun menampakkan bahawa anda mempunyai kemampuan mengendalikan blog. Oleh itu, tidak terdapat halangan untuk kita bersatu padu dalam satu kumpulan misalnya  Kelab  Blogger KB atau Rakan Blogger KB yang tidak banyak "red tape" untuk diwujudkan.

    Jika mampu mencipta blog dengan nama samaran tentu sekali rakan-rakan mampu membuat blog dengan membawa identiti atau pemilik yang jelas. Ini akan mempermudah kita membentuk kumpulan yang berwibawa.

    Pada ketika itulah keperluan untuk membentuk kumpulan, kelab atau rakan amat penting. Rakan rakan yang masih ingin memeruskan blog rahsianya tidak dihalang meneruskan blognya, namun dalam rakan blogger ini kita hendaklah ada blog yang ada identiti, barangkali membuat satu yang baru.. Tujuannya untuk mencipta satu kumpulan yang dianggap relevent atau diperlukan oleh masyarakat. Diberi penghormatan, disegani dan sebagainya.

    Sebagai langkah awal, saya lontarkan idea ini untuk saudara sekalian. Beri pendapat samada ianya perlu kita wujudkan atau apa juga cadangan termasuk objektif dan tujuan.. Kepada anda sekalian blogger KB, berilah komen, pandangan anda. Nyatakan Nama anda dan e-mail. Anda tidak perlu menggunakan "blog rahsia anda". Anonymouspun boleh. Cukup dengan nama anda dan bagaimana menghubungi anda-misalnya melalui e-mail dan sebagainnya.

    Kepada yang tiada web blog tetapi berminat untuk memlikinya, juga digalakkan memberikan pendapat. Barangkali suatu hari nanti anda akan memiliki blog yang anda sukai atau inginkan.

    Apa pendapat anda?- Terima Kasih. Salam Cyber dan Salam 1Malaysia.

    Read more...

    PROJEK RM71.5 JUTA: Analisa dan andaian Pengeluaran Padi.- Sambungan

    >> Monday, December 7, 2009


    Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Haji Musbah Haji Jamli bersama Konsultan projek dan Pegawai Jabatan Pengairan Dan Saliran meninjau Projek RM71.5 Juta. (gambar: kelapa mawar)

    (NOTA: Paparan ini adalah sambungan kepada: Projek RM715-juta: Analisa dan andaian yang disiarkan sebelum ini.)

    Projek Jabatan Pengairan dan Saliran, yang di pertahan sesetengah di Kawasan Tempasuk Kota Belud yang bernilai RM71.5 juta melibatkan pembinaan jalan ladang, pembinaan "taliair" dan penyelenggaraan kemudahan yang sedia wujud iaitu dua parit pengairan yang besar merentangi tanah sawah terbiar sejak berpuluh-puluh tahun lamanya yang berhampiran tanah sawah di Kg. Kaguraan dan Kg Kawang-Kawang. Pesawah di kawasan itu mengusaha lebih kurang 200 ekar sahaja sebagai aktiviti sambilan, manakala tanah-tanah sawah yang lain terlalu rendah, tidak sesuai diusahakan dengan tanaman padi. Kawasan lain adalah bekas tanah sawah yang sudah dijadikan tapak rumah dan kini didiami pennduduk sebagai pemilik. Mereka semua adalah bumiputera yang memilih bidang lain untuk kehidupan dari bersawah padi.

    Kenapa Perlu adanya 3 buah Parit Besar pengairan yang saling bersebelahan antara satu dengan yang lain di Kg. Kaguraan dan Kg. Kawang-Kawang?

    Dua parit besar yang sedia wujud di Kg Kaguraan dan Kg Kawang-kawang sudah pasti mampu mengairkan sawah yang tidak begitu luas di kawasan itu. Namun pengakuan Pegawai JPS Kota Belud yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu menahu kewujudan parit itu, sesuatu yang kurang wajar dan dapat dianggap cuai terhadap tanggungjawab walau apapun alasan yang diberikan. Kenapa mereka tidak memberi jawaban bahawa mereka tidak pernah dilibatkan mengenai perancangan projek itu jika sebenarnya demikian?

    Juru Perunding a.k.a Konsultant pula mereka bentuk parit baru seiring dengan jalan ladang yang baru. di kawsan bersebelahan dengan dua parit pengairan besar yang sedia wujud.. Kenapa dua parit pengairan yang sedia wujud itu tidak dinaiktaraf? "Biasanya" jurutera perunding ini akan mengenepikan soal-soal yang berkait dengan pertanian tetapi akan menumpukan keutamaan kepada bidang kepakarannya, membina dan mereka bentuk.

    Teringat saya satu joke:-

    A. "Dato Seri Kita Tak bole bina jambatan Dato Seri"
    B Kenapa?
    A.. Tiada sungai macamana buat jambatan Dato Seri?
    B. "Tiada sungai kita bikin sungai"
    A. &%$#@)(*&^%$??!! emmm. Ok lah..


    Apakah justifikasi kewujudan TIGA buah parit besar di kawasan tanaman padi yang sesuai seluas lebih kurang lebih 200 ekar dan kosnya sebanyak RM71.5 Juta. Jika ini berlaku di zaman BERJAYA, sudah pasri Datuk Harris Mohd Salleh, "Bapa Pembangunan Sabah yang terbukti" akan sekali lagi bertanya, "di mana kamu belajar engineering kamu"? Kenapa pula ianya dikatakan melibatkan 1,382 hektar sedangkan kawasan seluas itu terasing jauh dari projek yang sedang dilaksanakan?

    Status Tanah. Digazet menurut Jururperunding. Bila pula Jabatan Tanah menurunkan Kuasanya Kepada Juru Perunding Swasta?

    Juru perunding dikatakan telah memaklumkan penduduk bahawa kawasan tapak projek RM71.5 Juta ini telahpun di gazet sebagai laluan taliair. Bagaimanapun, tiada seorang pun penduduk atau pemilik tanah yang mendapat notis mengenai "land aquisation" ataupun "compulsory aquisation" sebelum ini. Hanya juruperunding yang memaklumkannya kepada penduduk "bahawa tapak projek sudah digazet"!!. Kenapa BUKAN Jabatan Tanah dan Ukur yang memaklumkan kepada pemilik tanah atau penduduk mengenai status tanah mereka?. Di mana warta atau gazet itu? Bilakah pula kuasa Jabatan Tanah diperturunkan kepada Perunding swasta? Rasanya bila tiada notis awal kepada pemilik tanah dalam proses land aquisation maka mustahil pengazetan telah dilaksanakan atau mengambil tempat. Atau barangkali kita sudah terlalu moden , advance dan "Malaysia Boleh"!! lalu buat projek dulu, gazet kemudian?

    Saya amat rapat dengan Jabatan Tanah Daerah saya. Saya tidak fikir bahawa mereka akan menyembunyikan sesuatu dari pemilik tanah. Sebagai anak-anak pribumi tempatan, mereka adalah pembela yang tidak akan mengkhianati masa depan anak bangsa mereka.

    Kata seorang sahabat; barangkali pihak pemilik yang daif sudah tertutup mulutnya atau ketakutan dari membuat bantahan dan aduan. Saya tidak pasti mengenai keadaan ini.

    Ganti Rugi.

    Oleh kerana tiadanya Notis aquisation atau pengambilalihan tanah oleh pihak kerajaan, maka soal "gantirugi" ke atas tanah rakyat yang terlibat dengan projek ini tidak dibuat ketetapan. Ada pihak-pihak yang faham akan prosedur dan faham mengenai haknya, telah menolak untuk menandatangi kebenaran projek berkenaan melewati atau meliwati tanah mereka. Dengan demikian dikatakan bahawa wujudlah "taliair bengkok" di Kg. Kaguraan, barangkali mengambil sempena "Jambatan Bengkok" di Tambak Johor. Bila ada pihak yang "berpengetahuan" dan disegani membantah laluan projek RM71.5 juta itu, maka laluan projek dialihkan. Maka bertambah nyatalah bahawa KETERANGAN BESAR PENGAZETAN tidak pernah berlaku. Rupanya orang Siangapura ramai yang disegani dan berpendidikan tinggi kerana itu terjadi Rancangan Jambatan Bengkok di Tambak Johor!!

    Pihak yang bertanggungjawab mengenai gantirugi kerana kerugian ke atas hartanah (tanah) tidak pula diketahui. Namun yang jelas, projek ini dibiayai Kerajaan Persekutuan. Pasti ada papan tanda" yang bertulis "Satu lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" atau "Satu Lagi Perojek Kerajaan Persekutuan"

    Projek Gajah Putih?.

    Sebelum pun projek ini separuh jalan, ramai yang sudah membuat kesimpulan BUKAN lagi andaian bahawa projek berniali RM71.5 juta ini merupakan Projek Gajah Putih. Kenyataan bahawa ianya melibatkan tanah seluas 1,382 Hektar adalah "misleading" atau mengelirukan. Sama mengelirukan apabila dikatakan tapak projek sudah digazet. Jika demikian halnya, maka impian rakyat Tempasuk untuk memperolehi Jelapang Padi telah dimulai dengan kegagalan pada langkah pertama. Perbelanjaan RM71.5 Juta bukanlah pembaziran yang sedikit. Sepatutnya dihalakan atau disasarkan kepada kawasan yang amat pemerlukan perhatian mendesak supaya penamana padi dapat dirancakkan; BUKAN di kawasan yang sudah lama meninggalkan padi sebagai pencarian atau sumber pendapatan seperti Kg. Kaguraan dan Kg. Kawang-kawang. Kerana itu siapapun berhak melebel projek ini sebagai projek gajah putih, besar dari segi kos namun kesannya terhadap "pengkomersilan hasil tanaman padi" amat memilukan dan terlalu sedikit.

    Jika ini boleh protes, apakah anda tidak boleh? (klik tajuk ini)
    INFO DARI TANAH KAGURAAN.
    Besambung....
    Tajuk akan datang.......
    "Projek RM71.5 Juta: Pelanggaran Hak dan Prosedur-Punca Kemunduran dan Kemiskinan Berantai".

    Read more...

    SMS "HAL MENGADU DOMBA"

    >> Sunday, December 6, 2009


    "Mengadu domba atau domba beradu"

    Saya menerima pesanan ringkas SMS yang tidak ringkas sebenarnya kerana  ianya panjang dan saya terima dalam empat peringkat kerana phone saya tidak secanggih phone kebanyakan. Ada manusia yang pernah menyenangkan hati saya dengan berjanji akan menghadiahkan saya HP "blackberry" tetapi saya tidak pernah bergantung harap kepada janji.Terima kasih dan doa semoga terus berjaya kerana menyenangkan hati saya.

    Peringkat I.
    "sdr, di KB ini terdapat pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi YB tetapi dia adalah seorang yang berketurunan Afghanistan. Bila dia berada di kalangan masyarakat Iranun dia akan mengatakan Iranun adalah suku kaum yang terbaik dan bergelar pahlawan lalu menmperkecilkan Bajau".

    Peringkat II.
    ".......Bila dia berada di kalangan orang Bajau, dia memuji Bajau sebagai bangsa yang Bertamadun dan berfikiran terbuka serta mudah bertolak ansur dan mengutuk pula Iranun sebagai bangsa yang "keras  kxxxxx dan garang dan kasar".

    Peringkat III
    ".....bila pemimpin Afghanistan ini bertemu SSK dan TSP, dia mengutuk HMHJ dan DARD dan menyanjung SSK dan TSP. Dia mengaku Tulen Bajau bila bertemu DARD HMHJ dan SSK dan mengaku Iranun Tulen bila bertemu TSP.

    Peringkat IV
    "..dia mengaku sebagai pejuang dan pemimpin sejak zaman USNO hinggalah UMNO kini yg tidak pernah lari dari lansasan perjuangan. Oleh itu depan SSK dan TSP dia mengutuk HMHJ. Manakala dihadapan HMHJ dia mengaku layak mengambil tempat JA  lalu menguruk  SSK, TSP dan sedikit DARD ...fikir-fikirkanlah"

    Saya membalas SMS tersebut" "Sdr. Siapa?". Namun sampai kini belum mendapat jawaban. Sepanjang pengalaman hidup saya  tiada seorangpun yang saya kenali sebagai "Afghan" di Kota Belud, bumi kelahiran saya.

    Read more...

    PROJEK RM71.5 JUTA: Analisa dan andaian Pengeluaran Padi.

    >> Friday, December 4, 2009



     Kawasan Projek Pengairan yang memakan kos RM71.5 Juta. Terletak berhampiran Kawasan Kg. Kaguraan  dan Kawang-Kawang

     
    Analisa keluaran hasil padi dikawasan seluas 1,382 hektar yang terlibat dengan projek sejumlah RM71.5 Juta mengikut "kiraan di atas atas kertas" berdasarkan unjuran penulis. (klik imej untuk melihat gambar yang jelas)


    Projek Pengairan Sawah Padi  yang dilaksanakan di kawasan Tempasuk khasnya di kawasan Kg. Kaguraan dan Kg Kawang-kawang Kota Belud di katakan akan meliputi keperluan seluas 1,382 hektar tanah sawah. rakyat, para marahaen pesawah  Samada kawasan yang disebutkan akan terlibat menikmati kemajuan keperluan pengairan yang akan dilaksanakan ini, masih terlalu awal untuk dibenarkan atau menjadi fakta kerana projek ini hanya akan dijangka disiapkan menjelang tahun 2011, jika tiada halangan atau alar melintang.

    Projek ini pula dilaksanakan di kawasan hilir dan jauh terasing dari kawasan penanaman padi utama yang terdapat di kawasan kampung lain terutama kg. Linau, Kg Taun Gusi, Kg, Sangkir, Kg Taun Gusi Peninting, Kg. Labuan, Kg. Wakap, Kg. Jawi-Jawi Kg. Kesapang dan beberapa kampung yang menjadi kawasan utama penanam padi. manakala Kg Kaguraan dan Kawang-kawang sudah sekian lama tidak menjadikan penanaman padi sebagai sumber pendapatan utama kerana keadaan pengairan yang kurang baik dan level tanah yang terlalu rendah yang tidak dapat di usahakan dengan tanaman padi di antara Kg. Kesapang dan Kawang-Kawang.

    Andaian atau Unjuran

    Analisa ini bagaimanapun mengandaikan bahawa tanah seluas 1,382 hektar itu benar-benar dapat diterokai dengan tanaman padi sepenuhnya dan harga padi, subsisi dan sebagainya masih berkuatkuasa sehingga tahun 2011 ke tahun 2016. Manakala Pesawah atau pemilik tanah  pula menanam padi keseluruhan tanah seluas 1,382 hektar itu. Keluaran padi pula meningkat ke 6MT dari 4.5 MT se hektar pada masakini sehektar kerana adanya kemudahan pengairan tersebut. Harga padi pula ditahap RM900.00 per MT dan subsisi harga padi masih di tahan RM284.10 per MT.

    Unjuran Hasil.

    Unjuran ini adalah  untuk tujuan penganalisaan semata-mata. Tidak semestinya ia akan bakal terjadi sebagai realiti sepenuhnya. Bagaimanapun ianya disandarkan kepada "sample" asas yang kukuh tetang keadaan sebenaran yang terdapat  di Daerah Kota Belud masakini.

    Berdasarkan kepada data di atas (dalam table 1), dan berasakan kepada andaian yang di sebutkan di atas, kawasan seluas 1,382 itu akan bakal menghasikan sebanyak 16,584 MT bagi dua musim setahun atau 8,292 MT semusim dan nilai harga hasilnya dalam RM ialah RM14,924,600.00 setahun atau RM7,462,800 semusim..

    Keadaan ini menunjukkan bahawa pelaburan kerajaan sebanyak RM71.5 Juta akan kembali  semula ke tangan rakyat dalam bentuk harga hasil padi (tidak termasuk nilai titik peluh mereka) selama 4.79 tahun atau say 5 tahun bermula tahu 2011. Bermakna, di atas kertas, bermula pada  2011 hingga tahun 2016 pendapatan petani secara aggregate akan berjumlah sebanyak RM71.5 juta.

    Apakah "Anggaran Di Atas Kertas" ini akan  dapat di realisaikan?

    BERSAMBUNG.......

    Read more...

    Beras: Keluaran Tahap Kecukupan Sendiri-SSL kini hanyalah 20 %. Sebelumnya 30-35%. Tahap SSL 60% menjelang 2010, tersasar jauh.

    >> Thursday, December 3, 2009


    Inilah sebahagian dari pemandangan projek RM71.5 Juta di Daerah Kota Belud. YB, Datuk Haji Musbah Haji Jamli yang bercermin mata dan menghadap kamera (Ketiga dari kiri) adalah ADUN Kawasan Tempasuk, Kota Belud dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sabah. Gambar: Kredit Kepada : Kelapa Mawar

    Sawah Padi Di Kota Belud. Jentera Moden ini menuai hasil yang tidak setimpal dengan titik peluh petani kerana kemudahan infrastuktur pengairan yang tidak memuaskan.

    Bebarapa hari yang lalu, media telah menghidangkan  berita mengenai perkembangan padi di Sabah yang sepatunya menjadi perhatian kita masyarakat Kota Belud, Daerah Kuda Berhias. Berita itu agak menyedihkan kita. Walaupun demikian, harapan masih kita genggam bahawa suatu hari nanti Allah SWT mencurahkan rahmatNya di bumi kesayangan kita, maka akan berhasillah para petani kita, penanam padi, dengan rezki yang melimpah ruah.

    Dasar Pertanian Negeri Sabah (lihat mukasurat 2 No. 9) sehingga tahun 2010 mensasarkan 60% Tahap Kecukupan Sendiri -SSL (self sufficiency level) hasil keluaran beras tempatan dapat dicapai menjelang 2010. Bermakna, mengikut sasaran itu kita hanya akan mengimpot sebanyak 40% terutama dari Semenanjung Malaysia, Vietnam dan Thailand.

    Sebelum ini keluaran tempatan kita berkisar sekitar 30%-35% setahun. Bagimanapun, informasi terkini melalui media, kita hanya mencapai tahap SSL sebanyak 20% berbanding Semenanjung Malaysia yang mencapai 80% SSL. Dasar Pertanian Negara Malaysia (lihat mukasurat 6) menjelang tahun 2010 hanyalah mensasarkan untuk mengeluarkan 55%-65% SSL secara mapan. Dasar ini telahpun melepasi sasarannya dengan  "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang". Kita sedih kerana kita tidak cemerlang, gemilang dan terbilang. Malah keluaran  SSL kita menurun ke 20 % setahun dari 35% setahun. Lupakanlah sasaran 60% setahun SSL menjelang tahun 2010 yang bakal menjadi mustahil. Kita terima kenyataan ini sebagai cabaran yang bakal kita tempuhi. Kenyataan tidak semua yang kita hendak kita dapat sudah nyata. Namun kita jangan bersikap "sour grapes" walaupun kini kita terpaksa mengimpot 80% keperluan tempatan. Bermakna berganda duakali (double) dari sasaran SSL kita yang mensasarkan 40% impot beras.

    Seorang sahabat saya yang terlibat dengan perusahaan padi di Perlis pernah mengatakan bahawa keluasan Padi di Kota Belud sahaja lebih kurang sama dengan saiz Negeri Perlis Indera kayangan. Perlis mampu mengeluarkan beras kira-kira hitung panjang 200,000 MT setahun sedangkan Negeri kita mengeluarkan kurang dari 100,000 MT setahun. Berapa pula subsidi harga padi yang dibayar di Sabah berbanding Perlis?

    Sabah memerlukan peruntukkan yang setimpal jika kerajaan Malaysia hendak mengurangkan impot beras. memang benar ada 'comparative advantagenya" yakni mengimpot beras lebih murah dari mengeluarkan beras tempatan sendiri. Tetapi beras adalah makan harian. Beras adalah comoditi keselamatan. Kerana itu kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada beras impot. Jika keluaran beras dunia lumpuh maka ekonomi kita akan lumpuh jika kita menghentikan keluaran beras tempatan. Apakah tidak berbaloi jika semua pemilik tanah sawah padi di Kota Belud menukar tanaman kepada tanaman komersil seperti kelapa sawit, kacang tanah atau Jentropa?

    Akhir-akhir ini projek penaik tarafan sistem pengairan Kota Belud menjadi isu kontrovesial. Sejumlah RM71.5 juta akan digunakan untuk menaikkan taraf pengairan bahagian/zon kawasan yang dicadangkan sebagai Mini Jelapang Padi di bahagian hilir atau penghujung kawasan sawah/tanaman utama. Saya bukanlah seorang jurutera atau konsultan pengairan. Tetapi masalah pengairan berlaku bermula di kawasan Tempasuk, Kg. Linau, Kg. Gunding, Kg Taun Gusi Padang,  Kg Taun Gusi, Kg. Jawi-jawi, Kg. Sangkir, Kg Labuan, Kg Kesapang, Kg. Batu Enam, Kg. Kota Peladok, Kg Merabau , Kg. Kota Bungan, Kg. Tawadakan, Kg. Penampang, Kg Pandasan dan Kg. Wakap. Tetapi projek pengairan RM71.5 juta dilaksanakan nun di hilir di Kg. Kaguraan dan Kg. Kawang-Kawang.

    Saya belum mendapat gambaran sebenar kenapa projek ini bermula di hilir. Pada siapa yang tahu, saya hendak belajar dan hendak kefahaman mengenai strategi dan plan perancangan ini supaya dapat bertambah ilmu di dada. Atau sekurang kurangnya tiada masyarakat kita yang menjadi anti pembangunan atau anti "establisment".

    Paparan ini adalah Sumbangan Sabahkita
    Paparan berkaitan 
    Bicara Tani

    ............................................DISELITKAN RENUNGAN HARI INI.......
    Jika di kalangan kamu terdapat mereka yang berpenyakit hatinya, pincang matlamatnya, tersembunyi ketamakannya, tercalar latarbelakangnya, maka keluarkanlah mereka dari saf kamu kerana sesungguhnya mereka penghalang dari turunnya rahmah Allah, menyekat Dakwah ini dari beroleh taufiqNya” (Hasan Al-Banna)

    Read more...

    Elakkan Berkata ”Kalau”

    >> Wednesday, December 2, 2009

    Hadith :

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” Riwayat Muslim

    Huraian:

    1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.

    2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.

    3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.


    Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Read more...

    RENUNGAN HARI INI. "Bila Kera mendapat Bunga"

    >> Tuesday, December 1, 2009


     Bunga yang indah itu tiada nilai baginya.

    "Seperti Kera Mendapat Bunga" satu perumamaan Melayu yang amat halus dan teliti bila diungkapkan. Pada dasarnya maksud perumpamaan ini ialah lebih kurang: sesuatu yang indah, baik dan berguna bila jatuh ke tangan orang yang tidak tahu menilai dan mengguankannya akan menjadi sia-sia malah akan merosakkannya.

    Dalam kehidupan kita seharian, banyak perkara yang baik, indah dan berguna yang kita temui. Tetapi  bila kita tidak tahu menghargai dan menilainya dengan baik maka ianya menjadi sia-sia dan tidak memebawa erti. dan manfaat. Malah terkadang ianya disalagunakan atau dirosakkan atau diperguankan untuk merosakkan pihak lain.

    Bisakah kita andaikan dengan personafikasi bahawa kera itu manusia yang mengendalikan blog dan bunga itu adalah laman webblog yang percuma?

    Read more...

    28 Pelacur Warga China Ditahan

    SUBANG, 30 Nov (Bernama) -- Dua puluh lapan pelacur warga China ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan polis dari Bukit Aman di pusat karaoke sebuah hotel mewah di sini, malam Isnin.

    Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, ada di antara mereka sedang melayan pelanggan dan terdapat kira-kira 230 pelanggan berada di 15 bilik karaoke. Mereka yang ditahan berumur antara 25 hingga 30 tahun dan memasuki negara ini menggunakan visa pelajar.

    Kesemua mereka yang ditahan dan dibawa ke Bukit Aman untuk disiasat mengikut Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas pelajar. Sumber polis berkata pusat itu telah diserbu sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun. Modus operandi sindiket ialah kereta mewah membawa wanita berkenaan ke hotel dan kemudian berjumpa dengan pelanggan di bilik karaoke untuk urusan lanjut.

    BERNAMA

    PERSOALANNYA:

    1. Bagaimana mereka mendapat Visa Pelajar?
    2. Kenapa hotel mewah tidak dikenakan tindakan?
    3. Kenapa kerita mewah yang membawa mereka tidak disiasat?
    4. Kenapa lesen perniagaan karaoke ini tidak dibatalkan?
    5. Kenapa pemilik perniagaan tidak ditahan untuk soal siasat?

    Read more...

    Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

    FINDER

    MENGENAI BLOG INI

    Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
    Related Posts with Thumbnails

    CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

    CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
    (Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

    CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

    Yang DiPertua: Solymone
    Timbalan YDP: Sekali Ketuk
    Setiausaha: Seliu-liu
    Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
    Bendahari: Depu-Depu
    Tim Bendahari: Puteri Senja
    Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
    Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
    Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
    Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
    Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
    Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

    NOTA:
    Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
    "Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

    "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

    “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

    Search This Blog

    PUISI

    Luah Pandasan ngogo Labuan
    Gelungan tenara mo atai aseh
    aturan Ilahi masa Parang Pandasan
    mah kami ai kendoon kasih

    Kami moo diri memiah keluman baau
    ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
    luah kampung niogo a tekito belud nibaau
    Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

    Baya ni susah reta
    dong pekiran dokon abu
    baya ni matai mensari
    dong kiti ngeliit umbuh

    Dunjara dunjara
    belapik duun booh
    jerah no kau jerah
    niah kau booi senooh

    Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

    Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

    FEEDJIT Live Traffic Feed

      © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP