IMAGINASI LEBURAYA PINTAS KOTA BELUD-KUDAT
>> Wednesday, December 9, 2009
Pejamkan mata kita. Kemudian tanya selera kita. Apa keutamaan (prioriti) kita? Apakah keputusan kita memiliki nilai/moral etika yang telus?
Lembu dan Mat Remit yang dijadikan isu lebuhraya Pintas Kota Belud-Kudat adalah dua phenomea yang sepatutnya "isolated". Penomena itu bukanlah termasuk dalam agenda pembangunan yang dirancang atau dilaksanakan kerajaan. Kesalan dan kepedihan yang timbul akibat dari perancangan ini perlulah dijadikan cabaran baru bagi menempuh luku-liku hidup yang terbentang jauh di hadapan kita.
Pembinaan lebuh raya ini sudah pasti menjadi fakor utama kehilangan "pelanggan potensi" kepada peniaga di Pekan Kota Belud. Pengguna jalan raya itu sepatutnya singgah di Pekan Kota Belud. Bilangan mereka pula bukanlah sedikit. Dalam masa yang sama, ianya juga dapat sedikit sebanyak mengurangkan bilangan kenderaan di dalam pekan yang sememangnya masih sedia sibok dengan kenderaan seharian sehinggalah ke hari ini. Dalam hal ini "kita sudah mendepani pilihan dan alternatif yang dipilih ialah membina Jalanraya Pintas Kota Belud-Kudat" kerana "utilitinya" lebih tinggi, selaras dengan pemikiran kumpulan "self-enlightened thinkers" dan sehaluan konsep "the greatest good for the greatest number".
Sudah menjadi lumrah manusia (human nature) bahawa "kita memiliki keinginan yang tidak terbatas sedangkan keupayaan kita terhad". Kata orang putih "unlimited wants but with limited resources" (rule No 1). Sebah itu ianya menjadi salah satu dari "masalah ekonomi" yang tidak berkesudahan.
Oleh itu kita berdepan dengan pelbagai "pilihan" atau "terpaksa membuat pilihan". Mana satu pilihan atau kombinasi pilihan yang menjadi keutamaan kita agar penggunaan sumber yang ada dapat mencapai "kepuasan' (utiliti) yang optimum. Lalu kita bertanya apa keutamaan atau prioriti kita? jalan raya atau sawah bendang?, kemudahan ramai atau kepentingan sedikit?, pusat pertumbuhan baru atau parit taliair untuk 200 ekar tanah sawah?. Kita barangkali akan ke hulu ke hilir mencari jawaban atau pemikiran "wiseman" untuk memberi "kepuasan" kepada setiap penghuni kawasan yang terlibat dengan pembinaan lebuhraya Kota Belud-Kudat. Namun "kepuasan" itu tidak akan terpenuhi. So refer to Rule No 1.
Imaginasi. Di Bahu Lebuhraya Pintas Kota Belud-Kudat.
Gambar di atas mengajak kita untuk memejamkan mata "mengimaginasi before dan after" atau barangkali lebih hebat dari "after" yang digambarkan dalam gambar imaginasi itu. Namun kita tidak dapat dipisahkan dari membuat pilihan. Rasanya projek RM71.5 juta seperti gambar 2 di atas yang direncanakan akan melibatkan 1,382 hektar diramalkan hanya akan memberi impak atau berkesan ketara kepada pemilik seluas lebih kurang 200 ekar menanam padi di sekitar Kg. Kaguraan dan Kg. Kawang-Kawang. Apakah benar bahawa prioriti projek yang besar itu telah tersasar jauh?
Imagine bahawa peruntukkan sebesar itu juga diberikan untuk membangunkan kawasan sepanjang jalan Lebuhraya Pintas Kota Belud-Kudat dengan pusat pertumbuhan ekonomi yang baru misalnya "leaf frogging-Kawsan pertumbuhan ekonomi yang baru yang lengkap dengan pintu kedai dan shopping mall. Manakah di antaranya yang akan memberi impak kepada ekonomi kawasan Kota Belud dan penduduknya dan masyarakat umum amnya?
Kata orang putih "if you can imagine it, you can do it". Kita akan selalu berdoa semoga prioriti kita semua menyusuri landasan yang lurus, benar dan diredhaiNya.
8 comments:
Saudaraku Kuda Berhias - Pampasan tanah pun belum habis dibayar...
Sudahlah kecil macam bagi pengemis sedekah dilengah-lengahkan lagi.
Salam Hukhuwa Saudara Azrone.
Rasanya kita boleh tolong mereka membuat tuntutan secara formal. Lepas itu bantu mereka buat follow-up. Sekurang-kurangnya kita dapat bantu mengemukakan permasalahan mereka.
Pressure group boleh juga buat peranan.
brilliant posting...
Brothe Sekali Ketuk-MO.
Thank You.
Salam Saudara Musli.
Paparan ini hanyalah pandangan yang "conventional" tanpa terbawa-bawa dengan isu politik dan peribadi mana-mana pihak.
Saya yakin tidak semua menghargai paparan ini seprti sdr. melihatnya. Namun saya hanya mengambil yang positif yang dan difikirkan baik. Saya juga yakin ada lagi pandangan yang lebih baik untuk kesejahteraan ummah di KB.
Saya hanya mengharapkan ini sebagai satu, atau salah satu permulaan dan lontaran idea. Masih banyak para ilmuan diluar sana yang mempunyai idea yang baik.Insyahallah.
Salam ziarah Kuda berhias..
Dalam pembangunan hatta dalam kehidupan manusia sendiri wujud keperluan dan kehendak..justeru bila menghadapi kemelut dalam hidup biasanya pertimbangan akan mengambil kira kehendak dan keperluan ini..
Jika diikut kehendak..maka sampai bila pun ia akan sukar dipenuhi..tetapi bila mempertimbangkan keperluan..justeru wujud apa yg sdr katakan itu sebagai Utiliti atau kepuasan..
Bagi saya , dalam soal pembangunan itu..keperluan harus menjadi motif utama dan bukannya kehendak..
bila wujud apa yg seharusnya didahulukan..maka kembali kepada keperluan...kalau ia memberikan ramai kebaikan atas keperluan yang sedikit mungkin boleh dipertim,bangkan tetapi bila melibatkan kehendak dan impak kepada masayarakat setempat begitu mengusarkan , elok difikirkan semula..
biarpun saya dikejauhan ini..saya tetap cintakan daerah KB dan begitu mengambil berat atas apa yang berlaku..
mungkin perjuangan sdr Kuda berhias dan juga Saudaraku Seliu-liu dapat dimaksimumkan melalui idea sdr mencadangkan persatuan Blogger KB..itu//
selamat berkarya.
Salam Kesyukuran Sdr Depu-Depu,
Besyukur sekali kerana kita dekat dalam dunia cyber.
Insyahallah kita akan realisasaikan.
Salam Kuda Berhias,Masalah pampsan tanah yang belum selasai ini sudah berlarutan.Kenapa para bolgger sahaja yang terjerit-jerit dalam blog dan media massa mengetengahkan masalah ini?Kenapa ADUN yang besar pengaruhnya dalam masyarakat tidak mahu menjengok masalah ini?
Post a Comment