CETUSAN IDEA: EXCLUSVELY BUAT BLOGGER KB
>> Tuesday, December 8, 2009
Cadangan Logo: Kumpulan/Rakan Blogger Kota Belud.
Salam Rakan-rakan Blogger Kota Belud.
Saya melihat peluang dan potensi untuk blogger Kota Belud untuk maju setapak demi setapak ke arah yang lebih baik dan tersusun dengan lebih positif. Meskipun ramai para blogger KB yang masih berselindung di sebalik nama samaran namun menampakkan bahawa anda mempunyai kemampuan mengendalikan blog. Oleh itu, tidak terdapat halangan untuk kita bersatu padu dalam satu kumpulan misalnya Kelab Blogger KB atau Rakan Blogger KB yang tidak banyak "red tape" untuk diwujudkan.
Jika mampu mencipta blog dengan nama samaran tentu sekali rakan-rakan mampu membuat blog dengan membawa identiti atau pemilik yang jelas. Ini akan mempermudah kita membentuk kumpulan yang berwibawa.
Pada ketika itulah keperluan untuk membentuk kumpulan, kelab atau rakan amat penting. Rakan rakan yang masih ingin memeruskan blog rahsianya tidak dihalang meneruskan blognya, namun dalam rakan blogger ini kita hendaklah ada blog yang ada identiti, barangkali membuat satu yang baru.. Tujuannya untuk mencipta satu kumpulan yang dianggap relevent atau diperlukan oleh masyarakat. Diberi penghormatan, disegani dan sebagainya.
Sebagai langkah awal, saya lontarkan idea ini untuk saudara sekalian. Beri pendapat samada ianya perlu kita wujudkan atau apa juga cadangan termasuk objektif dan tujuan.. Kepada anda sekalian blogger KB, berilah komen, pandangan anda. Nyatakan Nama anda dan e-mail. Anda tidak perlu menggunakan "blog rahsia anda". Anonymouspun boleh. Cukup dengan nama anda dan bagaimana menghubungi anda-misalnya melalui e-mail dan sebagainnya.
Kepada yang tiada web blog tetapi berminat untuk memlikinya, juga digalakkan memberikan pendapat. Barangkali suatu hari nanti anda akan memiliki blog yang anda sukai atau inginkan.
Apa pendapat anda?- Terima Kasih. Salam Cyber dan Salam 1Malaysia.
Sebagai langkah awal, saya lontarkan idea ini untuk saudara sekalian. Beri pendapat samada ianya perlu kita wujudkan atau apa juga cadangan termasuk objektif dan tujuan.. Kepada anda sekalian blogger KB, berilah komen, pandangan anda. Nyatakan Nama anda dan e-mail. Anda tidak perlu menggunakan "blog rahsia anda". Anonymouspun boleh. Cukup dengan nama anda dan bagaimana menghubungi anda-misalnya melalui e-mail dan sebagainnya.
Kepada yang tiada web blog tetapi berminat untuk memlikinya, juga digalakkan memberikan pendapat. Barangkali suatu hari nanti anda akan memiliki blog yang anda sukai atau inginkan.
Apa pendapat anda?- Terima Kasih. Salam Cyber dan Salam 1Malaysia.
12 comments:
salam 1malaysia
sdr kuda berhias..
saya setuju pada dasarnya idea sdr namun timbul kemusykilan saya..siapa yang seharusnya menjadi pengerusi Penaja..
kalauu tak silap saya..ada juga blogger yg paparkan dulu idea murni ini..dgn mencadangkan sdr Musli sebagai pengerusi tetapi hilang begitu sahaja...
kalau idea yang baik harus dipercepatkan jangan dilambatkan takut diambil oleh syaitan..(kata orang alim )
harap idea ini dapat direalisasikan
Salam Pagari Depu-Depu.
Kita Tunggu respon rakan-rakan lain. Bagi saya biarlah anak-anak muda KB yg menjadi engine utama dan kami di sini dapat membantu menyemarakkan, memandu atau turut serta. Dengan demikian nawaitu kita tetap teguh dan telus. Kita perlu lebih kurang 10-20 orang. MCM mana Batu Gadung, Paikan, Watasakadi, Di ambang sore, Pandikar Tua, Belum Pendekar, Kelapa Mawar, Tudung Duang, Apa yang Tersirat, Mambangtiora, Si Rengit, Siti Farhana, Idahan, Watababai,Tawadakan, Anak Watan, Paling Berani, Si Datu Pitung, Abdul Gawis dan ramai lagi termasuk yang tiada blog tapi berkeinginan untuk memiliki blog. Saya tunggu respon anda. Salam.
Kita juga mengharapkan pandangan Sdr. Naddin, Matanam, Journal Minda, Sabahkita, Sekali Ketuk, Nurul Fazilah, Orang Kuat Lilud,Wata Sa Tamau, Marampayan, Harapan, Solymone, Wanita Pencerus Minda...dan lain-lain
Salam Semua.
tentunya saya tidak lupa Sdt Seliu Liu dengan Kaban Mentelo + Sdr Azrone, Suara Kampung, Wanita Pencetus Aspirasi, Nujum Pak Belalang, Mapait Tantu, Bungkal Gamut, Lantang Berfikir..Pls respond.
Salam sekali lagi,
Barangkali ramuan kita tidak cukup kalo tiada "Sambal Belacan". Silalah.
Idea cukup baik dan saya setuju demi kebaikan.
Setuju dari jauh tapi Siti tidak dapat bergiat aktif sebab sudah bawa diri ke padang pasir.
salam kuda berhias..sory agak lambat bagi respon..saya sangat bersetuju..tapi mungkin tidak dapat menyertai namun bersedia memberi pendapat jika diberi ruang.namun apapun keputusan diambil adalah dari pendapat kolektif..jika saya menyertai saya risau menjejaskan nama dek kerana yang keterlaluan kadang-kadang dari saya..dan memang kompom kena reject kalau mintak kerja...seribu kemaafan dihulurkan namun tetap menyokong penubuhan kelab ini...
Saya setuju..
Tuan,Saya sudah memahami tujuan menubuhkan satu ikatan bloger di KB ini.Tiada halangan bagi saya, teruskan usaha murni ini semoga daya intelek para bloger terus berkembangang dan berjaya mencapai matlamatnya.
Post a Comment