Pesawah Langkawi mohon tiga empangan baru

>> Wednesday, January 6, 2010

LANGKAWI: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta membina tiga empangan bagi membekalkan air kepada lebih 1,000 hektar tanah sawah yang melaksanakan tanaman padi dua kali setahun.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi, Adnan Muda, berharap kementerian dapat membina empangan itu di Lubuk Semilang, Telaga Tujuh dan Durian Peranginan bagi memudahkan bekalan air disalur ke sawah terbabit.

"PPK Langkawi telah mengemukakan permohonan kepada kementerian berkenaan supaya menyegerakan pembinaan tiga empangan itu," katanya di sini hari ini. Selanjutnya

Agaknya Langkawi minta yang BETUL. KB minta juga yang betul tapi dapat yang salah sehingga kawasan utama pengeluar padi di ketepikan untuk mendapat kemudahan pengairan yang baik dan moden. Projek Pengairan Kota Belud di Kg. Kawang-Kawang dan Kg. Kaguraan pada lajimnya adalah kawasan yang selalu di sewa oleh syarikat swasta untuk menanam padi, Kawasannya kecil sekitar 200-300 ekar sahaja. Kawasan padi sudah mula dijadikan kawasan perumahan dan aktiviti perniagaan lain seperti penternakan komersil. Oleh itu keluasan tanah sawah sudah menyusut.

Apakah Persatuan Peladang KB harus mencontohi Langkawi supaya kawasan penanam utama yg tidak terlibat dengan projek Pengairan Kg. Kawang-kawang -Kg Kaguraan yg bernilai RM71.5 Juta dapat diberi perhatian? Apakah pengusaha-pengusaha tanam padi di kawasan utama seperti Kg. labuan, Taun Gusi, Linau, Sangkir, Jawi-jawi ini akan terbela dengan adanya projek 71.5 juta di Kg Kaguraan Kg Kawang-kawang itu? Apakah dapat dinafikan bahawa projek jutaan ringgit itu hanya akan menjadi kemudahan mereka yang lajimnya menyewa beberapa keping tanah sawah yang keluaannya sekitar 20-0300 ekar sahaja? Kenapa Kos begitu besar?

-Titipan Anak Tani dari KB-

1 comments:

Senjaliza January 7, 2010 at 5:13 PM  

Langkawi fikirkan rakyat dan impak kepada ekonomi rakyat dan negara. barangkali tempat engau orang ni fikir pasal MASYUUK jee..

Jika penyalagunaan kuasa dan korupsi tidak dibendung, rakyat juga yang akan merana. Program yang salah juga adalah penyalahgunaan kuasa! Kenapa ada pihak yg masih bangga dengan projek JPS itu?

Post a Comment

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP