Pemimpin Pakatan Rakyat "Berkeluaran"
>> Sunday, January 10, 2010
Logo Pakatan Rakyat ini tiada ciri-ciri yang menampakkan pengaruh Islam atau ideologi PAS
Tsunami Politik sudah benar-benar beralih arah. Hari demi hari, Tsunami ini membadai pertahanan Pakatan Rakyat. Isu Kalimah "Allah" yang disokong sebahagian besar pemimpin Pakatan Rakyat, kini mula menhantui mereka. seperti biasa bila berlaku "masalah sosial" dan ketegangan kaum, PR mengambil jalan mudah-Hentam UMNO-BN, kendatipun punca sebenar masalah adalah disemai dan dipupuk PR, disokong PR semata-mata untuk menjadikan keadaan huru-hara. Dengan demikian mudah bagi PR membalun kerajaan dan kuasa asing pula mula melihat peluang untuk kembali mengembangkan pengaruh di Malaysia khasnya dan di Asia Tenggara amnya melalui saluran istimewa khasnya , Parti pembangkang kerajaan.
Rakyat Malaysia telah lebih matang dan lebih bijaksana menilai keadaan dan perkembangan politik tanahair. Rakyat Malaysia memang tidak rela menerima pengaruh asing dan penjajahan asing untuk kembali ke Bumi Bertuah, Malaysia ini.
Setelah menjadi ahli DAP lebih 22 tahun, Ketua Pasukan Bertindak parti itu di negeri ini, Tham Weng Fatt, 54, umum keluar parti dan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) berkuat kuasa serta-merta. Beliau yang juga bekas Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuat keputusan itu kerana tidak sehaluan lagi dengan perjuangan DAP yang sejak akhir-akhir ini tidak lagi memperjuangkan kepentingan rakyat. [selanjutnya disi
Sebelum ini, pada 27 Oktober, 2009 PKR memperbesar-besarkan berita bahawa Setiausaha-Agung-PKR-letak-jawatan-tidak-benar . Bagaimanapun, akhirnya penghujung tahun 2009 telah disahkan bahawa Setiausaha Agung PKR Benar-benar telah meletakkan jawatan. Sebelum ini, politik PKR juga gempar apabila 1000 ahli PKR Ijok, Selangor keluar dari Parti.
Hubungan dan ikatan kesepakatan PR juga terlalu longgar. PAS memang tidak menerima kepimpinan Anwar dan DAP pula tidak sekali-kali dapat menerima penguasaan dan perluasan pengaruh PAS. "Bulan Di Dada Karpal Singh hanyalah retorik dan penyedap kata. Ideologi politiknya yang tulin tetap juga "over my dead body".
Presiden PAS pula lebih tahu dengan amaran seorang Ulama tersohor Yusof-Qardawi-"berhati-hati-dengan-Anwar". Tetapi kecekapan DSAI memperguna segala skilnya medekati TGNA, sering menggagalkan pergerakan TGHH untuk mengenepikan pengaruh DSAI dalam PAS dan PR. Malah TGHH dan kemnya seperti SUA PAS dan Timbalannya Ustz Nash sering menerima ancaman dan hampir-hampir diketepikan oleh kem TGNA. Apakah alasan yang kukuh untuk menafikan bahawa DSAI telah menyemai bibit ideolgi politiknya di "laman PAS"?.
Isu kalimah "Allah" yang didokong dan disokong pemimpin PR semata-mata dilarang oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri, kini tambah merunsingkan PR. Menuduh UMNO-BN sebagai dalang tidaklah mudah diterima rakyat kerana rakyat sudah mula menjadi peneliti yang bijak. Mereka tahu siapa PUNCA isu ini. Kerana isu ini, PAS sudah berbelah pendapat dan pegangan. Ramai yang menyoal "Siapa Yang Main Api" yang kini membakar diri sendiri?
Beginilah politik, its really "the game of possible". Namun yang nyata, Tsunami politik terus membadai benteng PR. Apakah lambat laun benteng itu akan pecah dan bahtera yang besar akan menjadi penyelamat mereka untuk meneruskan pelayaran kembali ke negara yang disegani di mata dunia, Malaysia yang progresif yang dihuni pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama dengan harmoni dan muhibbah.
Walahuwallam.

RELATED
Pengganti Setiausaha Agung PKR,,,,
0 comments:
Post a Comment