Parang Kota Belud

>> Wednesday, October 7, 2009


Hasil Kerjatangan yang popular di Kota Belud, Parang Kota Belud.

Terangganu dan Kelantan terkenal dengan Batiknya, Melaka dengan cencalunya. Kota Belud tidak ketinggalan dengan parangnya. Pelbagai bentuk seni ukiran terdapat pada sarung dan hulu parang. semuanya hasil kerja tangan atau "hand made". Ianya menjadi bahan perniagaan di Pekan Kota Belud secara terbuka.

Bagi mereka yang baru berkunjung ke Kota Belud barangkali akan merasa hairan atau gerun melihat orang-orang yang sudah agak lanjut usianya menjadikan parang sebagai perhiasan yang terikat di pinggang mereka seperi menggantikan tali pinggang. Beberapa kakitangan pejabat polis daerah yang baru ditempatkan di Kota Belud, pada mulanya mempersoalkan kebiasaan sebilangan masyarakat membawa "senjata tajam" ini di merata pekan. Namun setelah mengenali budaya dan adat resam penduduk di Kota Belud, maka tidaklah ia menjadi keganjilan. Malah terkadang terdapat sebilangan penduduk yang memakai "perhiasan pinggang" ini, parang Kota Belud,  kendatipun mereka berkunjung ke Pejabat Kerajaan ataupun Balai Polis.

Agak unik pula ialah mereka tidak membawa "perhiasan pinggang" ini bila mereka berkunjung ke Ibu Kota, Kota Kinabalu atau pekan-pekan besar yang lain. Agaknya kerana perhiasan pinggang ini milik asli atau budaya penduduk Kota Belud bila berada di Kota Belud sahaja. Atau barangkali orang Kota Belud hormat akan budaya orang lain. Sebagai genarasi baru, saya kurang arif mengenai perkara ini secara detail, namun saya sudah biasa melihatnya di Kota Belud.

2 comments:

Tudung Duang October 7, 2009 at 9:55 PM  

Salam Kuda Berhias...

Demikian lah identiti beliau2 di Kota Belud...
Justeru perlu ada usaha bersungguh-sungguh untuk terus mempopularkan 'Parang-Bajau Making'...

Usaha murni ini pernah dilakukan oleh Pemuda Umno Kota Belud (Biro Kebudayaan)...YB. Datuk Japlin Hj Akim dilihat bersungguh-sungguh mempromosikan hasil kraftangan ini..

Sekarang peluang terbuka untuk DSSK selaku Pengerusi Kraftangan Malaysia..melakukan sesuatu...

Kuda Berhias October 8, 2009 at 2:40 AM  

Wslm Sdr Tudung Duang,
Terima kasih atas kunjungan saudara. memang menjadi hasrat kita semua untuk mempromosi Kota belud dan hasil masyulnya. Banyak lagi perkara lain seperti kain tenunan dastar, Sarimpak dan kuih-kuih tradisi. Kebudayaan kita juga tidak kurang hebat dan keasliannya terpelihara. Sama kita berbakti buat Kota Belud.

Untuk makluman, DSSK BUKAN lagi sebagai Pengerusi Kraftangan Malaysia masa ini. Khidmatnya sudahpun tamat. Dia mungkin dilantik ke Jawatan lain namun dia tetap perlu mambantu mempromosi Kota Belud bersama pemimpin lain.

Wassalam.

Post a Comment

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP