Program Juara Rakyat
>> Monday, January 11, 2010
NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada majlis perasmian Program Juara Rakyat di Bandar Bukit Sentosa, semalam.
BUKIT BERUNTUNG: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan program Juara Rakyat bagi meneruskan tradisi Umno menjaga kebajikan rakyat, selain membolehkan parti itu mendekatkan diri, peka dan prihatin dengan pemasalahan orang ramai di seluruh negara. [Berita penuh di sini]
Program Juara Rakyat ini baru sahaja dilancarkan. Ramai pihak yang sudah mengecap bahawa ini langkah "terdesak UMNO-BN untuk memenangi hari rakyat". Saya dan rakan-rakan kata, ""ramai pihak yang sudah kecut dengan program ini kerana tidak lagi dapat membohongi dan mengabui mata rakyat".
4 comments:
Salam Sdr. Kuda Berhias,Parti UMNO mutakhir ini yang dilanda krisis kepimpinan dan keyakinan rakyat mula insaf dan sedar bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat perlu ditatang,didokong dan dipelihara dengan baik.Kemahuan rakyat,rintihan rakyat,kesusahan rakyat, masalah rakyat dan gagasan pemikiran rakyat yang inginkan perubahan dan anjakan pembaharuan itu perlu ditagani dengan segera.Barangkali atas dasar keinsafan inilah maka program Juara Rakyat telah dilaksanakan dan akan diadakan dikesuma Bahagian UMNO seluruh negara.Semoga program ini dapat mengubati luka hati rakyat dan berjaya memenangi hati rakyat.
Salam bro, tahniah dan syabas program 'Juara Rakyat' menampakkan cahayanya.....
Mohd Amini, UMNO-Bn sebenarnya telah lama perihatin dengan rakyat, sudah besar budinya kepada rakyat.... tetapi sesetengah rakyat telah dibutakan mata oleh anasir-anasir yang tamak kuasa.........
SALAM...
KALAU BETUL UMNO JUARA RAKYAT, KENAPA KETUA UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD ENGGAN TURUN PADANG MENEMUI RAKYAT WAKAP DAN LABUAN YANG KEHILANGAN TANAH SAWAH AKIBAT PEMBINAAN KUDAT BYPASS....
KENAPA SSK TIDAK TURUN PADANG KETIKA RAKYAT WAKAP DAN LABUAN DIARAHKAN ROBOH WARUNG YANG DIBINA DI TANAH SENDIRI DI LALUAN KUDAT BYPASS... ITU TANAH MILIK KAMI SENDIRI BAH!
KENAPA SSK TIDAK AMBIL KISAH SEDANG DIA YANG CADANG PEMBINAAN JALAN KUDAT BYPASS ITU....
KALAU UMNO JUARA RAKYAT APA LAGI BELA LAH KAMI... KAMI PUN AHLI UMNO BAH...
Salam Rakan-rakan kalian.
Sdr Mohd. Amini. Bagus juga ada program sebegitu. Sebenarnya program seperi itu tak payah tunggu PM pun dan sudah awal-awal lagi di buat pemimpin jika mereka menyedari keperitan rakyat.
Sdr Yang Gambi, Usaha kerajaan perlulah berterusan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Usaha pihak lawan kerajaan sudah tentu membangkang dan melihat kelemahan kerajaan. Itu Normal. Akhirnya rakyat yang menentukan hak demokrasi mereka. Kerajaan juga akan mempertahankan maruah mereka. Yang benar akan mendapat restu.
Sdr Panglima Embo Wakap. Terima kasih atas ketegasan Komen Saudara. Saya fikir ada baiknya jika pemimpin kawasan menyediakan lapuran lengkap mengenai perkara tuntutan pampasan tanah ini. Saya ada bercerita dengan seorang peguam yg bersedia mengambil kes ini untuk diurus secara professional. Saya telah lama mengikuti kes ini di bloi sdr. Seliu-liu-Azrone dan saya for one setuju nasib mereka dibela dengan lebih professional dan mengikut prosedur. Lepas itu kita boleh minta bantuan semua pemimpin KB. Siapa yg tak mahu membantu kita, masa itu kita tahu siapa pemimpimpin sebenar kita.
Kalo ada yang mulakan kerja ataupun more or lee telah tersedia, saya boleh confirm dengan peguam itu selepas kita semua bersedia.
Salam sekali lagi.
Post a Comment