RENUNGAN KITA SEMUA. Siapa sebenar musuh kita?

>> Monday, November 30, 2009



Saya sengaja paparkan klip video ini sekadar memberikan kita keinsafan dan dapat mencerna minda kita untuk meyelami dengan lebih mendalam dan mengenalpasti siapa sebenarnya musuh kita. Kadang-kadang kita bertelagah sesama sendiri dan bersikap mengancam antara satu dengan yang lain, yang sebenarnya bukan musuh kita. Ini hanya akan melemahkan kita sendiri bersama-sama semua komuniti yang hendak kita perjuangkan.

Selalunya musuh yang "sukar" kita hadapi ialah diri kita sendiri selain dari "nafsu, syaitan dan iblis" yang memang fitrahnya menyesatkan kita sebagai anak cucu Adam. Kita menjadi musuh pada diri kita bila kita gagal mengawal "kehendak kita yang tidak terbatas". Terkadang, walaupun kita tidak mampu membohongi diri kita, namun kita cuba menyakinkan orang lain bahawa kita bercakap benar sedangkan pada hakikatnya kita berdusta. Satu perangai yang wajib kita hindari. Kerana itulah kita menjadi musuh pada diri kita sendiri. Kita gagal mengawal diri.

Beberapa hari yang lalu, media telah menghidangkan kita dengan cerita  "Maguindanao Massacre". Sesama saudara berbunuhan kerana merebut pangkat dan kedudukan. Di Palestine, walaupun tidak seperti  video  di atas ini, saling berbunuhan antara pengikut Hamas dan Fatah. Mereka sebenarnya gagal mengenalpasti siapa musuh mereka. Mereka alpa tentang siapa "jamaah" mereka sebenarnya.


Dijauhkan oleh  Allah SWT dan "44 malaikat" agar perkara ini tidak terjadi di Bumi Bertuah kita, Kota Belud. Ingatlah "Peperangan hujah lebih berbahaya dari peperangan bersenjata". Jika ada di antara kita yang merasa telah mendustai dirinya dan cuba meyakinankan orang lain mengenai "dusta" itu, maka alangkah malangnya kita. Kita lupa siapa sebenar musuh kita. Beristhigafarlah dan berhentilah melakukan dusta itu dan kembalilah ke jalan yang lurus. Sesungguhnya kerja-kerja memfitnah dan berdusta itu amat dikutuk oleh Allah SWT. Maaf. Segala yang benar dan baik itu datang dari Allah SWT dan yang tidak baik itu datang dari diri saya yang lemah ini. Wassalam.

(Terima kasih buat Ustaz Masykur Nasution yang Pernah bercerita tentang perkara ini) 
-sabahkita-

Paparan Yang Berkaitan - klik berikut:-
News in Iranun laguage-Maguindanao.
Sedikit Catatan Mengenai Ampatuan dan Magundadatu 

Read more...

Majlis Daerah Cap Lembu: Antara Membina dan Meroboh Gerai

>> Sunday, November 29, 2009



Bangunan Gerai MDKB-MARA?: Pada banguanan ini tergantung plastik tanda Majlis Amanah Rakyat-MARA dan Majlis Daerah Kota Belud Cap Lembu.

Meraung hati saya bila mendengar keputusan Majlis Daerah Kota Belud Cap Lembu hendak merobohkan gerai-gerai sepanjang jalan pintas Kota Belud-Kudat. Keputusan ini akan menzalimi rakyat yang mencari sesuap nasi dari rezeki yang halal. Di Bandar-bandar seluruh Sabah, penjual rokok haram, penjaja VCD haram, barangan tiruan dan penjaja barangan harian haram menjadi sampah di hadapan mata Penguatkuasa Majlis Daerah, pihak berkuasa tempatan dan Majlis Perbandaran tetapi tidak adapun langkah-langkah tegas yang mereka ambil bagi menbendung gejala ini. Jangan jadikan tiada lapuran rasmi dibuat sebagai alasan. Kenapa rakyat Marahaen Kota Belud di Jalan Pintas Kota Belud-Kudat perlu dizalimi. Cukuplah jika kerajaan melalui "Majlis Daerah Kota Belud Cap Lembu" mengambil langkah regulate supaya perniagaan terjamin keselamatan dan kesihatannya. "BUKAN MEMBUNUH" rakyat dengan merobohkan gerai tempat mereka mencari rezeki.

Dua gambar di atas ialah dua deret bangunan gerai di Pekan Nabalu, Jalan Tamparuli-Ranau. PEKAN NABALU ADALAH DI BAWAH RATING Majlis Daerah Cap Lembu. Gerai-gerai ini kosong sementara gerai lain yang dibina sendiri oleh penduduk dengan sedikit bantuan YB mereka menjalankan perniagaan dan dipenuhi pelanggan. Kosong! kerana tidak digunakan oleh peniaga. Di hampir setiap pintu gerai ini tergantung "plastik tanda yang mahal", lambang "MARA dan Majlis Daerah Kota Belud Cap Lembu". Sudah bertahun bangunan ini berdiri di situ. Namun masih tiada "penghuni". "Lembu barangkali boleh berlindung di situ"

Jika Majlis Daerah Cap Lembu hendak merobohkan bangunan gerai para Marahaen di Jalan Pintas Kota Belud-Kudat, renung-renungkanlah bangunan dalam gambar ini dan beberapa deretan  gerai peniaga yang membina banguan mereka sendiri di Jalan Ranau-Tamparuli di Pekan Nabalu. Berapa ratus ribu duit rakyat diguna untuk membina bangunan-bangunan di Pekan Nabu seperti gambar di atas? Berapa $$$$ pula pungutan dan kutipan cukai kepala dan cukai pintu MDKB untuk membina Gerai-gerai Para Marahean di Jalan Pintas KB-Kudat? Siapa authoriti/boss Majlis Daerah semasa Bangunan Di Pekan Nabalu itu dibina? Apakah dia dikenakan surchage kerana melaksanakan projek tanpa penyelidikan dan terabai serta membazir wang rakyat?

Peranan dan tanggungjawab kadang-kadang perlu dilaksanakan menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan. Jika peraturan dan undang undang kecil @ Kerdil terpaksa diketepikan demi kepenting manusia, manusia harus mengenepikkannya. After all, peraturan dan undang-undang kecil @ Kerdil itu adalah ciptaan manusia untuk kesejahteraan manusia juga.

-abang man.

Read more...

Renungan Hari ini

Salam Mesra dan salam damai rakan-rakan blogger dan pengunjung laman  web blog ini sekalian. Berikut ini adalah "qoute" bekas Perdana Menteri India yang agung dalam zamannya dan masih disebut-sebut sehingga kini, Mahatma Ghandi. Yang baik jadikan tauladan, yang tidak baik jadikan sempadan. Wasalam.

1. I cannot teach you violence, as I do not myself believe in it. I can only teach you not to bow your heads before any one even at the cost of your life.

2. Always aim at complete harmony of thought and word and deed. Always aim at purifying your thoughts and everything will be well.

3. Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony.

4. Honest differences are often a healthy sign of progress.

5. It is unwise to be too sure of one's own wisdom. It is healthy to be reminded that the strongest might weaken and the wisest might err

-MAHATMA GHANDI.

Read more...

Pulang Kampung, Balik Kampung.

>> Saturday, November 28, 2009


Bayangkan makanan yang kelihatan menarik ini akan menjadi tumpuan ramai Jika disediakan tempat yang "convinient' dan mesra rakyat. (gambar: mainborneo.com)

Baru beberapa jam tadi saya sampai di rumah. Saya balik kampung menemui sanak saudara bersama suami dan anak-anak. Pakcik Sabahkita tidak balik. Katanya dia ada kelas. Dulu saya tertanya-tanya juga kenapa dia sering mengasing diri dari sahabat-sahabatnya. Rupanya di sibuk dengan "anak-anak" di kelas. Seperti biasa saya dan keluarga akan singgah di pasar Kota Belud beli kuih mueh. Biasalah kueh penjaram, kueh jala, kueh cincin yang menjadi kebanggaan. Saya tidak terlepas juga membeli ikan "liking" berlada Selepas itu kami berpusing balik mengikuti jalan pintas kota Belud-Kudat. Syukulah ada jalan ini, jika tidak alamat terhambatlah perjalanan kerana pekan KB masa itu sesak dengan kenderaan.

Perjalanan melintasi Jalan Pintas KB-Kudat ini amat lulus namun saya sering mengingatkan suami saya agar memandu dengan cermat. Maklumlah, kadang-kadang terlalu banyak ternakan lembu yang masih berkeliaran di jalanraya. Kadang-kadang lembu-lembu ini jugalah yang mengajar para pemandu supaya berhati-hati melintasi jalan ini. Kata kawan saya "polis traffik empat kaki mengawasi pemanduan anda".


Handicraft ini juga akan terpamir dan pastinya akan menjadi tarikan pelanggan. Bukan sekadar pada Tamu Besar Sahaja. (gambar: mainborneo.com)

Saya lihat banyak gerai-gerai sepanjang jalan yang menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman. Saya teringat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Di sepanjang jalan kami sering bertemu penjual buah-buah dan makanan tradisi seperti lemang, pelbagai juadah dan keropok ubi. Saya terfikir jika sekiranya jalan KB-Kudat ini seperti di sana, tentu sekali ramai peniaga akan memperagakan jualan dan menawarkan pelbagai jualan. Barangkali juga kerajaan perlu memikirkan mengadakan "rest area" yang friendly kepada peniaga tempatan dengan menyediakan tandas awam dan surau dan kawasan rehat yang selamat kepada pemandu yang keletihan. Tempat ini memang sesuai. Para peniaga yang beserakan di sepanjang jalan itu dapat juga disatukan dengan tersusun. Peniaga-peniaga di sepanjang jalan Kg. Gayang Jalan Sulaman-Tuaran selepas Poletiknik Kota Kinabalu lebih ramai dikunjungi pelanggan kerana mereka tertumpu pada satu kawasan dan berhampiran Pusat Bandar dan pekan-pekan..

Di Kota Marudu, tempat menjual "Kacang Kudat" juga tertumpu pada satu kawasan. Tentunya menjadi sumber pendapatan yang baik untuk rakyat. Saya rasa Kota Belud juga mampu mewujudkan suasana perniagaan seperi mereka jika diberikan peluang, sokongan dan dorongan. Inipun jika benar "Rakyat Didahulukan".

Read more...

BILA BABY MULA MAIN POLITIK..

>> Friday, November 27, 2009

Read more...

HIBURAN ANDA. SAYA CUTI. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..

>> Wednesday, November 25, 2009

Read more...

RENUNGAN HARI INI.


Gambar Hiasan: Pantai Rampayan Kota Belud, Pemandangan dari Udara. Pantai ini adalah Pantai yang terpanjang di Sabah; Barangkali yang terpanjang di Malaysia.

"....Jika riak-riak yang kecil di tasik alam cyber menenggelamkan kapalmu, menghambat pelayaranmu dan membuatmu terdampar di Pantai Maya, maka benarlah bahawa di pelayaran ini, kapalmu terlalu  kecil dan sempit. Jika engkau seorang pengembara yang jati "jatuh ke laut cyber, engkau akan menjadi pulau dan jika terus terdampar di tepian pantai maya, engkau akan menjadi tanjung......."

Dari Baei

Read more...

Gambar Prospektif: Di mana keindahan itu pergi?


Indah sungguh gambar ini. Kemana dan di mana semua keindahan ini?.

Gambar ini adalah sebuah prospektif. Penampilan gambaran ini indah. Seolah-olah seperti 1Borneo. Tapi ke mana perginya Universiti Malaysia Sabah UMS dan Bangunan Pusat Pentadbiran Pesekutuan? Apa pula nama tasik atau sungai di hadapan bangunan ini? Mungkinkah ianya Laut Cina Selatan yang menjadi tenang?

Mungkinkah juga bangunan ini lain dari 1Borneo kerana kelihatan seperti Gunung Kinabalu menjadi latar belakangnya. Ke mana pula hilangnya Bangunan Innoprise dan Dewan Undangan Negeri?

Mungkinkah ini perancangan bangunan mega yang baru bersebelahan Menara Tun Mustapha  dan Wisma Innoprise dan sungai yang kelihatan itu ialah Sungai Inanam yang di rentangi Jambatan Yayasan Sabah?.. Siapa yang tahu di mana tapak Cadangan Bangunan ini? Apa nama Bangunan ini?

Benarlah peribahasa "Tiada gambar seindah lukisan"

Dari Baei.

Read more...

Kedatangan "Senyum Kambing" yang tidak diundang

>> Monday, November 23, 2009

Pagi tadi saya berbual dengan seorang sahabat yang memang pro dalam dunia penulisan. Dia menulis agak "ganas" juga tetapi tulisannya selalu dipertahankan dengan fakta dan logika yang dapat diterima akal yang waras. Ganas tetapi berhemah, beretika dan bermaruah. Tidak menghina individu dan mengenepikan soal remeh-temeh dalam kehidupan seharian seperti "menjaga kesilapan orang" lalu menggunakan kesilapan yang sedikit itu untuk "membunuh" seluruh kehidupannya.

Saya mengikuti segenap paparan blogger KB. Dari kecil sehingga yang besar sehinggalah ke komennya yang sekecil-kecilpun. Saya selalu memperincikan bagaimana matang dan tidak matangnya paparan mereka. Kebanyakannya masih agresif seperti "penyerang dalam pasukan bola".

Dalam dunia cyber yang tiada sempadan, semuapun kita tulis dan boleh tulis tetapi dalam "dunia  yang nyata, kita berhukum dan beradat". Kita tidaklah memiliki hak yang hakiki  dan mutlak untuk mengaibkan mana-mana individu kerana kita terikat dengan HUKUM. "Dunia cyber tiada hari kiamatnya dan bakal tiada tiupan sangkakalanya. Manakala dunia kita, ada kiamatnya dan pasti tiupan sangkakal akan membelah bumi kita". Dunia cyber tidak ada rukunnya yang lima, dunia kita memerintahkan kita menunaikan rukun yang lima itu dan yang kelima jika kita berkemampuan. Ingatan saya pada diri saya dan sudara-saudara dan anak-anak buah, jika anda memasuki dunia cyber jangan lupakan "syahdah kita" kerana dunia cyber itu dunia "atheist".

Senyum Kambing telah memasuki Dunia Cyber Daerah kita dengan senyumnya yang bersalutkan "kebencian". Penuh dengan muslihat di sebalik senyumannya.  Dia umpama Dzajjal. Bagi mendepaninya, Kita perlu ada "kekebalan" agar tidak terheret ke jurang kehinaan sehingga kita meniru kehidupan Dzajjal dan menganut pula fahaman seperti yang dibawanya.

Saya berdoa agar kita semua selamat dan kembali berpegang kepada hukum yang digariskanNya. jangalah lupa syahada kita bila kita memasuki dunia cyber. Jangan sekali-kali kita meninggalkan syahadah apabila kita membuka kekunci dan mula memasuki alam cyber. Kita jangan mengutuk kerana kita merasa terlindung di sebalik tabir dunia cyber. Seolah-olah kita mengenepikan syahadah kita dan menolak dan menidakkan kenyataan bahawa "SESUNGGUHNYA ALLAH SWT MELIHAT SESUATU SAMADA YANG NYATA ATAU TERSEMBUNYI".

Pada ketika ini, mungkin sesetengah paparan kita terbawa-bawa oleh desakan emosi kerana kelemahan kita sendiri. Jika kita terus berusaha meningkatkan kualiti tulisan kita, lambat laun kita akan matang dan laman-laman web blog kita akan menjadi laman yang  ditumbuhi bunga-bunga kasih sayang yang amat berguna kepada masyarakat kita dan menjadi  pujian dunia luar.

Saya masih sedih kerana paparan kita masih di tahap yang rendah dan menjadi "lelucuon" bloger-bloger luar yang juga melihat dan mengintai kita dalam dunia cyber. Kadang saya rasa terkilan dengan tanggapan mereka tetapi sebagai manusia yang menghormati  "kebebasan dan hak", kelemahan kita blogger KB tetap saya pertahankan dari serangan mereka.

Dengan doa semoga kita terus berfikir dan mudah-mudahan blogger kita akan cukup mantap dan matang. jangan juga lupa bahawa kta semua berkongsi kelemahan dan kekurangan sebagai blogger KB. Natizahnya, "rosak susu sebelanga kerana nila setitik" namun kita harus berusaha memperbaiki kelemahan. Dengan niat ikhlas kita semua, insyahallah kita akan terus diberi kekuatan berfikir dan ilham yang bernas.


Kepada Senyum Kambing, "Pulanglah ke dunia yang kamu sukai". Jangan lupa beli langsat, Kueh Jala dan pinjaram yang enak dari Daerah saya. Sesungguhnya saya lebih rela kamu tidak berkunjung  lagi ke daerah saya dari mengotori minda-minda bloger-bloger KB dan laman mereka yang masih di tahap untuk belajar terbang menjadi "rajawali yang menguasai angkasa".

Paparan Berkaitan
 
Dari Saudara Naddin Haji Sahidin
Orang-orangan, penjaja kebencian, si dalomangkob dan bloggers kita

Read more...

Renungan Hari ini: Bangga dan bangga-banggakan

Saya terbaca paparan seorang sahabat lama yang kini seorang Ahli Yang berhormat bagi Kawasan Membakut; Datuk Arifin Arif. Dia memang seorang pecinta/aktivist bahasa dan penggiat seni yang sangat gemar membaca dan menulis Sayugia diingatkan "Bangga" dan "bangga-banggakan" adalah dua perkataan yang berbeza maksudnya . Berikut adalah paparannya:-

Arifin Arif Ada dua perkara jangan terlalu dibangga2kan, pertama apa yang ada dalam saku, kedua apa yang ada di dalam suku.

Read more...

Istilah Pembagunan dan Pertumbuhan. Apakah Kerajaan Perlu Berjimat?

Beberapa salah tanggapan biasa berlaku tentang beberapa istilah yang biasa kita dengar. Antaranya ialah istilah "Pembangunan", "Pertumbuhan" dan "Perbelanjaan Kerajaan". Istilah-istilah ini tidak "exchangeable" antara satu dengan yang lain tetapi mempunyai pertalian.

"Pembangunan" dikhaskan secara umum kepada keadaaan bilamana berlaku pertambahan ke atas "pendapatan perkapita" yang disertai oleh perubahan positif terhadap perubahan fisikal misalnya bangunan dan infrastruktur awam. Perubahan positif terhadap perkapita hanyalah disebut sebagai "pertumbuhan" atau disebut pertumbuhan ekonomi, Oleh itu sekiranya pendapatan rakyat bertambah tetapi tidak disertai perubahan fisikal secara positif, ianya hanya disebut "pertumbuhan" atau "kemajuan" BUKAN "pembangunan".

Perlukah kerajaan berjimat untuk mecapai pertumbuhan, pembangunan dan pertambahan pendapatan perkapita?. kila lihat formula konvensional berikut:-

GNP=C+I+G+(X-M) Di mana GNP ialah pendapatan Negara, C ialah Konsumpsi/pengunaan, I ialah pelaburan, G ialah Perbelanjaan Kerajaan, X ialah Ekspot dan M ialah Impot. Untuk mendapatkan Pendapatan Perkapita pula GNP dibahagi dengan Jumlah Penduduk mengikut census. (Pendapatan Perkapita=GNP/Jumlah Penduduk). Ringkasnya jika G turun maka jumlah GNP juga akan turun. Ini memberi kesan negatif terhadap Pendapatan Rakyat (atau pendapatan perkapita). Jadi jika kerajaan menaikkan Perbelajaan maka akan berlaku pertambahan kepada pendapatan perkapita. Kenapa pula kita sebagai rakyat harus risau jika kerajaan berbelanja ke atas projek-projek besar seperti jalanraya atau taliair?. Masihkah kita menyebut bahawa berlaku "pembanguan" jika penduduk menjadi kaya raya dengan wang ringgit tetapi tidak berlaku apa-apa perubahan fisikal?

Jika kerajaan berjimat cermat dan mengurangkan G=perbelanjaan, sekaligus akan menyebabkan GNP menurun dengan demikian pendapatan perkapita akan menurun atau menyusut. vis a vis. Oleh itu, benarkah kerajaan perlu berjimat cermat dengan menurunkan perbelanjaan kerajaan sebagai jalan membela nasib rakyat? Apakah Kerajaan perlu berjimat? - Selamat berfikir.

Read more...

KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan BELUD bermakna BUKIT.

>> Saturday, November 21, 2009



Mahukah kita kembali seperti ini?
KOTA bermakna KUBU PERTAHANAN, dan BELUD bermakna BUKIT. Makanya, Kota Belud diertikan sebagai KUBU PERTAHANAN DI ATAS BUKIT.Menurut cerita dari mulut ke mulut, bahawa pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan bukit itu, dikenali sebagai Kota Belud.
BACA SELANJUTNYA

Paparan ini dipetik dari laman web Pejabat Daerah Kota Belud. (Last updated : Friday, April 07, 2006 16:33:57). Manakala jumlah pelawat lama web PDKB ini ialah 10,787 semasa saya mengunjuginya. Cukup ramai.

Sayang seribu kali sayang Laman Web Pejabat Daerah ini telah terlalu lama tidak dikemaskini. Jika ianya sebuah rumah tentu ianya disebut usang Penghuninya pun sudah "tua", gambar-gambar lama, yang sudah lama meninggalkan Kota Belud dan bertukar ke Jabatan lain.

Pihak berwajib di situ rasanya tidak jahil ICT dan tidak juga jahil ltentang perli pentingnya laman web bagi mempopularkan Kota Belud di mata dunia cyber. Apakah PERUNTUKAN TAMBAHAN  diperlukan untuk mengaktifkan semula laman web itu? Atau Pejabat Daerah BIKAN sebagai pengendali lama web ini.

Kota Belud menyimpan terlalu ramai pengendali laman web blog yang canggih dan meriah.. PERCUMA pula kebanyakanya. Termasuk laman Blog ini. Para pemimpin Kota Belud juga memiliki laman blog yang warna warni dan terkini dan kemaskini.

Amat beruntunglah Kota Belud jika Pejabat Daerah Kota Belud sendiri dapat turut serta dalam kemajuan dan perkembangan ICT seperti perkembangan laman web blog anak-anak Kota Belud atau kini dikenali "Blogger KB". Jangan pula sampai seperti kata orang puteh "are we total ignorance or we simply don't care about it?" Apa sudah jadi dengan konsep electronik government a.k.a e-kerajaan?

Read more...

KATA-KATA HIKMAT HARI INI

>> Friday, November 20, 2009

“……if your team members do not work together effectively, that is, if they are not adequately organised, if they do not communicate with one another (and with you, their leader), and if they unwilling to cooperate with one another and you, they will not succeed. If your team members use appropriate “laddership” it mean a fast trip to the top of the ladder; If they use inappropriate ”laddership”, it will mean an even faster trip to the bottom”.

Donald G. Krause . pg. 07 -1997-The Way Of The Leader. Also writter of The Art of War for Executives.

Terjemahannya lebih kurang:-

".....Sekiranya ahli-ahli dalam pasukan anda tidak berfungsi dengan efektif, iaitu mereka tidak tersusun dengan rapi, jika mereka tidak berkomunikasi antara satu dengan yang lain (dengan anda, pemimpin mereka), dan mereka tidak bersedia bekerjasama antara satu dengan lain dan dengan anda, mereka tidak akan mengecapi kejayaan. Sekiranya ahli-ahli pasukan anda menggunakan "tangga kepimpinan" yang sebaiknya, ini bermakna mereka akan pantas sampai di puncaknya. Jika mereka menggunakan "tangga kepimpinan" yang tidak sewajarnya, itu bermakna mereka akan jatuh ke bawahnya dengan lebih pantas"
Donald G. Krause . MukaSurat. 07 -1997-buku "The Way Of The Leader". Dia juga sebagai penulis buku " The Art of War for Executives".

Read more...

KOTA BELUD: MENGIMBAS KEMBALI SEBELUM MERDEKA...

>> Thursday, November 19, 2009


Peta Kota Belud Di Zaman Lampau, kira kira 200 tahun yang lalu..

Berikut ini adalah catatan Penjajah British mengenai Masyarakat Kota Belud terutama mengenai "wanita Kota Belud" di zaman silam kira-kira 181 tahun yang lalu. Peristiwa ini berlaku di Kawasan Kg. Kiau, Kota Belud. Bayangkan, bertapa Kemerdekaan itu satu rahmat. Perubahan dan pembangunan yang kita kecapi selama ini semestinya kita pelihara. Kita amat wajib besyukur kerana dapat menikmati kemakmuran ini. 

Masihkah kita melihat kemerdekaan ini sebagai halangan untuk kita membangun dan maju? Bacalah catatan ini dan renung-renungkanlah.

In April, 1828, we were advised to take wire and cloth; beads were quite at a discount. Having obtained the cloths at easy rates, their services being paid for in it, they in the following July cared for little else, all being eager to obtain trousers, previously a bark chawat being their only cover. The Bajus ask such high prices for all cloths, that it places them almost beyond the reach of the aborigines.

A little trait of the women shows them an improvable people. I have noticed how dirty they were. On the last occasion we stayed fifteen days in their houses, and they were very attentive to all our movements; they observed us bathing every day and using our brushes and comb. We have brought some looking-glasses, and we promised one to a young girl if she would go and wash her face: having done so she received her present. The looking-glasses showed them what dirty faces they had, and its effect was so apparent: all the girls began washing and those who were not fortunate enough to have one given were eager to exchange looking glass for fowls. They begged us to bring them cloth, looking glasses, com and needles. 


Dari
SV.-Observations on the North-West Coast of Borneo. By Spencer St. John Eqs, FRGS, HBM Consul General for Borneo-Read March 10, 1862. Journal of the Royal Geographical Society of London, Vol. 32. (1862), pp. 217-234.

SUMBANGAN

Read more...

TUBAU DAN LIANGKITAN



Tubau telah mengalami proses permodenan dengan corak yang lebih moden namun ciri-ciri keasliannya masih terpelihara

Liangkitan: Konsep moden dalam kain Liangkitan masih mengekalkan corak asli.

Tubau atau lebih dikenali dengan Kain Dastar adalah hasil kerja tangan asli suku Kaum Iranun yang diwarisi dari nenek moyang sejak turun temurun. Sehingga kini perusahaan membuat tentunan Kain Dastar ini masih diteruskan oleh Suku Kaum Iranun di Daerah Kota Belud.

Selain Tubau, terdapat juga hasil kesenian kerja tangan asli orang Iranun yang dipanggil "Liangkitan". Biasanya, liangkitan berlatarbelakangkan kain tenunan berwarna hitam dan dihias dengan tenunan benang yang unik merintangi secara membujur dari atas ke bawah. Kain sehelai ini biasanya digunakan sebagai "wrap-skirt" yang semakin popular dikenakan semasa perayaan kebesaran Negeri. Di Zaman moden kini, liangkitan banyak menggunakan kain baldu bagi menggantikan kain dasar atau asas Liangkitan sebagai menyesuaikannya dengan kegunaan moden.

Tidak ramai di antara kita dan generasi kita yang mengetahui bahawa benang, pada zaman dahulu kala, yang merupakan material asli Tubau dan Liangkitan iaitu adalah berasal dari "sabut" atau "serat" daun nenas yang dijadikan benang dan diwarnakan dengan kunyit bagi kuning dan"tursih" (cecair hitam yang dicampur dengan tembakau bagi pemakan sireh tegar) bagi warna hitam dan merah dengan menggunakan kulit bakau atau kayu cendana. Bagimanapun, penggunaan bahan-bahan tersebut semakin pupus setelah bahan-bahan moden mudah diperolehi setelah pengenalan "English yarn" seperti yang disebutkan di bawah ini.

PAKAIAN: Tradisional-Tubau dan Liangkitan-Petikan dari "Publication"

The Bajau are much occupied in preparing salt for the inland tribes. This article is manufactured by burning the wood of the Nipa palm: the residue is then thrown into water, when the ashes are separated from the saline mattcr ; the water is then boiled, and a coarse bitter salt is the result. I t is not disagreeable, after a little use ; and I prefer it to the coarse salt of Siam, in the state that the latter is usually sold. Very little salt is imported even at the capital, except for the purpose of curing fish. The only other manufacture that is worth noticing is that of cloth from native cotton. The most esteemed cloths are those of the Lanuns. The cloth is generally black, with a few white lines running through it, forming a sort of check : it is strong, more durable than any other I have seen, and fetches a high price, varjing from 5 to 10 dols. for a piece sufficient for a single drebs. They are, however, deteriorating, since the introduction of cheap English yarn, which is superseding the carefully-spun native. Dari: Journal of the Royal Geographical Society of London, Vol. 32. (1862), pp. 217-234.


“..... The women, especially from Kota Belud, make beautiful embroidered panels sewn into their long black wrap-skirt. Traditional headgear worn by almost every indigenous group known as kain dastar is one of their specialty. The Binadan (from Kudat) is well known for their kain pis, a richly embroidered one-meter piece of two-facing cloth”.

Kebanyakan pakaian tradisional yang dipakai oleh penduduk asli Sabah hari ini adalah penyesuaian moden yang dibuat dari pakaian asal. Pakaian-pakain ini kebanyakannya berwarna gelap atau hitam dan lazimnya dihiasi dengan sulaman dan hiasan tepi yang banyak. Satu ciri pakaian tradisi masyarakat asli yang sangat ketara ialah penggunaan tanjak yang dibuat daripada sekeping kain dastar berukuran tiga kaki persegi yang ditenun oleh suku kaum Iranun di Kota Belud. Apabila ia dilipat dan diikat, kain hiasan kepala atau siga ini dipakai oleh kebanyakan kaum asli Sabah. Dipetik dari: BUKU: WARISAN SABAH, Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah. Muzium Sabah, Kota Kinabalu 1992

Sumbangan: Baei

Read more...

Pinaranggi: Fakta Kewujudan Perdagangan Tukar Barang antara suku kaum di Kota Belud.


Pinaranggi (Dalam Bahasa Tobilung) dan Gador dalam bahasa Iranun adalah bekas yang bebentuk seperti cembul tetapi agak tinggi berbanding cembul. Pinaranggi yang asli diperbuat dari tembaga yang agak tebal dan berukiran sekata atau disebut "ancient workmanship".

Lakaran sejarah tidak menulis fakta yang luas mengenai sosio ekonomi masyarakat asal pribumi Negeri Sabah. Di mana-manapun pelusuk daerah, tidaklah mudah kita mencari bahan rujukan mengenai sosio ekonomi masyarakat pribumi kita di zaman silam.

Daerah Kota Belud yang dihuni oleh pelbagai suku kaum juga tidak banyak menyimpan khazanah tulisan sejarah untuk menjadi rujukan generasi kini dan akan datang.

Penjajah British tidak juga banyak menulis fakta "yang tersedia untuk kita tatapi" mengenai sosio-economi zaman lampau khasnya zaman sebelum dan zaman pra penjajahan untuk menjadi tatapan generasi kita di zaman moden ini. Bagi Kota Belud, dokumen ini sahaja "yang sesuai yang  dapat saya temui":-

North- West Coast of Borneo.
............There is but little trade carried on ; the only articles of export are tobacco, rice, 3 little wax cattle and horses, or rather ponies. The imports consist of cloths, iron, cheap earthenware, gongs, and occasionally a valuable jar. These jars, of ancient workmanship, fetch high prices, varying from 5l.to 500l.-Journal of the Royal Geographical Society of London, Vol. 32. (1862),

Saya tidak dapat menyimpulkan bahawa Jar atau Pinaranggi atau Gador itu berasal dari luar negara mana. Tetapi mengikut catatan dalam journal ini, ianya adalah barangan impot. Saya masih ingat bahawa semasa kecil saya, arwah ayah saya dan keluarga saya banyak menyimpan Gador ini. Bukan sahaja ianya sebagai barang perhiasan mewah, tetapi ianya digunakan sebagai tempat menyimpan barang seperti beras, barangan tembakau dan sireh pinang. Persoalan yang masih memerlukan kupasan ialah dari mana asal Jar, Pianranggi atau Gador ini yang banyak dimiliki suku kaum Iranun.

Fakta yang dapat dijejaki kini ialah suku kaum Tugaya di Selatan Filipina masih menjalankan aktiviti  membuat barangan seperti Cembul, gadur, kulintangan dan pelbagai lagi dari bahan tembaga. Masih memiliki kemahiran yang dipusakai dari nenek moyang mereka sejak turun temurun. Ianya menjadi sumber ekonomi mereka yang terpelihara. Mereka masih memiliki kepakaran membuat cembul tembaga, Kulintang berukiran corak "ancient" seperti gambar di atas sehingga ke hari ini.

Gambar Pinaranggi yang terdapat dalam blog ini adalah koleksi Persatuan Tobilung Sabah.-TOBISA. Ianya adalah koleksi dari nenek moyang mereka. Adalah dipercayai bahawa koleksi ini diperolehi dari hasil  usaha kerja pertanian yakni bertanam padi dan jaung. Ianya adalah harga padi yang mereka usahakan.

Saya teringat arwah ayah saya yang memilik rumah padi yang dipanggil yang menempatkan "ukab-ukab", tempat mengisi padi. Saya tahu keluarga saya juga keluarga "Kuda Berhias" bukannya petani. Bukan penanam padi. Oleh itu dari mana kah asalnya padi itu? Apa yang pernah orang tua kami ceritakan ialah padi ini adalah  sebahagian hasil tuaian "saudara" mereka dari suku kaum "idaan" atau Dusun khasnya Tobilung dari Sarang, Dudar, Mandawang dan Langkon.

Pinaranggi, atau Gador ini adalah "evidence" bahawa "barter trade" atau perdangan pertukaran barang adalah menjadi amalan antara siku kaum Tobilung khasnya, "Idaan" amnya dengan suku kaum Iranun. Melalui barter trade inilah hubungan persaudaraan antara Iranun dengan suku kaum Dusun Tobilung terjalin sehingga ramai suku kaum Tobilung mahir berbahasa Iranun dan orang Iranun pula mahir berbahasa Dusun Tobilung.

Nota:
Terimakasih teristimewa kepada saudara SABAHKITA  kerana memberi pandangan dan berusaha mengedit paparan ini.-Oleh Baei

Read more...

SALLEH SAID KERUAK. ITU BOLEH, INI LAGI BOLEH-"RUMPUN USBO PARTI UMNO"

>> Wednesday, November 18, 2009


Kalo yang itu boleh....

..Yang ini lagi boleh.


Kisah 1.
YANG ITU BOLEH...........Dan saya mencabar YB Siva, sila letak jawatan beliau sebagai Naib Presiden dalam tempoh 24 jam dan mari kita bertanding satu lawan satu. Mari kita berikan hak demokrasi dan bersuara kepada ahli akar umbi PKR membuat keputusan samada mempertahan dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim menjadi dasar PKR ataupun tidak. Jika saya tertewas, maka saya bersedia pada bila-bila masa untuk meninggalkan PKR, kerana parti yang tidak mahu mempertahan, membela dan memperjuangkan Islam dan hak Muslim bukanlah parti yang saya mahu bersekutu dengannya.............

Kisah 1 ini menggambarkan perselisihan antara Naib Presiden PKR, Sivarasa dengan Zulkifli Noridn  MP Bandar Baru Kulim yang juga YB PKR. Akhirnya mereka berdamai demi kelangsungan PKR dan Pakatan Rakyat.

Kisah 2

YANG INI LAGI BOLEH,,,,,Kisah 2 ialah mengenai SSK yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah. Sebelumnya, dalam PRU12, SSK dinafikan dari bercalon semula sebagai MP Kota Belud atau DUN N.8 Usukan, Kota Belud, Sabah. Dia tidak juga dilantik Senator. Cuma diberikan jawatan sebagai Pengerusi Kraftangan Malaysia. Orang KB kata, kalo Pengerusi Kraftangan Malaysia dia cuma jaga kraftangan. Business "Parang Kota Belud" masih juga tetap laku seperti dulu. "Kuih Jala Kota Belud" tetap juga sebesar Sarimpak. Kota Belud mahu pemimpin rakyat yang BOLEH macam SSK. Macam TSP. Mereka mampu jadi menteri penuh. Jadi Ketua Menteri pun layak. Mereka baru ada ummph!

SSK dan TSP mampu menyatupadukan semula kekuatan BN Sabah. Kerana itu YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sudah mula yakin dengan mereka ini. Dulu DSMA memang kena "cucuk. konon kumpulan USBO anti Musa. Tapi Musa sudah mengenal antara "batu dengan permata". Musa sudah  jadi "Jauhari yang mengenal manikam". SSK, TSP dan Amir Kahar itu adalah "Manikam" yang menerajui rumpun besar dalam Negeri Sabah yang menjadi akar tunjang kekuatan UMNO. Sesuailah kalau dijadikan slogan "Rumpun USBO Parti UMNO".

USBO diam. USBO senyap. Tetapi USBO mempunyai kekuatan dalaman yang hanya menunggu untuk "dipetik lalu lampunya menyala" menerangi rumpun bangsa yang besar bersama rakyat Sabah yang terdiri dari berbilang kaum.

Bila SSK bertemu DSMA sekaligus telah menghapuskan cerita lalu yang digembar gembur oleh pihak yang berangan-angan mau "melapis". Ada juga pihak yang cuba "meminjam pisau SSK dan TSP" untuk menikam mereka berdua" kembali.

Kalau yang itu boleh yang ini lagi boleh.

Politik "is a game of possible". Hidup Rumpun USBO.
Oleh: abangman

Read more...

Victoria Beckham Minta Nasihat Fesyen Daripada David

>> Tuesday, November 17, 2009


VICTORIA Beckham suka mendapatkan nasihat suaminya berhubung koleksi fesyennya -Foto AFP
VICTORIA Beckham meminta nasihat untuk koleksi fesyennya daripada suami, David. David juga sukakan gaun yang direka oleh isterinya itu. Menurut sebuah majalah luar negara, penyanyi yang bertukar karier menjadi pereka fesyen itu memang popolar di kalangan pelanggan celebriti seperti Elle Macpherson, Dannii Minogue dan Heidi Klum. Pakaian yang direka oleh Victoria menjadi pilihan mereka.

“Saya menunjukkan pakaian rekaan saya kepada David. Beliau menyokong minat saya itu dan mendapatinya seksi,” jelas bekas ahli kumpulan Spice Girls itu

. Seterunya baca di sini

Mak oii.. Baik dia minta nasihat pakar Sarimpak dari Kota Belud. Kota Belud boleh. Kita, pakar fesyen ada CT Farhana. David Beckham itu pandai main bola jee. Fesyen dia apa tau?.. mak teruk oii. Nak tarik hati bini. Bini pula nak tarik hati laki. Tau tau Beckham terlepas jee lima rantai dari rumah dan main bola di pandang South America...di Brazil pula tuu.

Read more...

Lantik Anwar Penasihat Ekonomi Akan Jadikan Selangor Muflis


Raja Muda Perak Tuanku Raja Nazrin Shah bersama-sama bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad melawat pameran gambar-gambar bekas Perdana Menteri itu selepas majlis Siri Syarahan Tokoh-tokoh Terkemuka Asia-Eropah - 'Asia and the 21st Century' di sini, hari ini.-Foto BERNAMA.


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.

“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi.

“Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya dalam nada sinis selepas menyampaikan ceramah dalam Siri Syarahan Tokoh Terkemuka Institut Asia Eropah di Hotel Nikko.

Dr Mahathir berkata, pemilihan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi adalah satu perkara yang 'menakjubkan' kerana bekas Menteri Kewangan itu telah menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh menjunam ketika krisis ekonomi melanda negara ini pada tahun 1998.

Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa Anwar dilantik sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan negeri Selangor berkuatkuasa serta-merta. Menurut Khalid, pelantikan tersebut dibuat atas kapasiti Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, kewangan dan pentadbiran kerajaan.

Read more...

Shafie nafi pelaksanaan projek BELB tidak telus


Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
 
Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan tuduhan bahawa pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak tidak telus.Beliau menjelaskan proses pelaksanaan projek BELB di kedua-dua negeri berkenaan, termasuk tawaran kontrak kepada syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek itu dibuat mengikut semua prosedur sedia ada.

“Saya sudah perjelaskan di Parlimen bahawa tuduhan pihak tertentu yang tidak bertangungjawab ini hanya cuba untuk memesongkan fakta dan pemikiran rakyat.” Kita tahu bahawa kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan dikeluarkan sejak tahun 2008 lagi. “Daripada kelulusan itu, kita cuma menokok tambah dari segi penambahan syarikat yang terbabit (melaksanakan projek). Kalau dahulu hanya empat syarikat terbabit, sekarang ini sembilan syarikat.

“Kita nak pastikan syarikat yang terbabit ini tidak membolot semua kerja di peringkat negeri Sabah: dia juga buat jalan, dia juga buat (bekalan) air, dia juga buat kelapa sawit, pelancongan dan berbagai-bagai lagi,” kata- nya kepada pemberita selepas menghadiri program bersama rakyat di sini kelmarin.Shafie berkata demikian sebagai mengulas tuduhan pihak tertentu kononnya berlaku ketidak telusan dalam urusan pelaksanaan projek BELB di Sabah dan Sarawak termasuk dakwaan kononnya kontrak cuma diberi- kan kepada kroni-kroni tertentu.

Menurutnya langkah me- nambah bilangan syarikat yang ditawarkan kontrak projek BELB di Sabah dan Sarawak adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk memastikan pelaksanaannya mencapai sasaran iaitu dapat dinikmati rakyat seperti yang digariskan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

“Yang dikatakan ada penyelewengan, itu tidak benar. Yang memutuskan ialah Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, kementerian saya, membabitkan ramai pihak yang tidak melibatkan saya pun,” katanya.

Shafie berkata beliau tidak menolak kemungkinan tuduhan tidak berasas yang dilontarkan kepadanya dibuat oleh pihak yang tidak mendapat kontrak atau ada motif politik untuk menjatuhkan sesiapa.
 

Read more...

Datuk Seri Yang Mengamuk.

>> Monday, November 16, 2009


Awas! Dato Seri mula mengamuk. 
Gambar: Malaysiakini

Gagasan Serangan habis-habisan baru DSAI terhadap Najib tidak lebih dari gagasan “Kitar Semula”. Semua orang tahu "nawaitu" dan muslihatnya. Sesuailah dengan Tema Konyensyen pakatan Rakyat di Selangor “menggilap Harapan Rakyat”. Agaknya harapan Rakyat yang diperjuangkan DSAI selama ini melalui PKR dan Pakatan Rakyat sudah berkarat dan perlu digilap dan dikitar semula.

Sejak dahulu kita sudah “kenyang” dengan serangan DSAI. Dalam Era Pak Lah, DS Najib sudah menjadi sasaran serangan DSAI. Semua gagal dan Najib tetap juga menjadi PM. Kini Najib BENAR-BENAR jadi Perdana Menteri, apakah dia lemah kini atau kurang berupaya masa lalu dalam era Pak Lah?. Jika dilihat dalam jangka masa pendik pencapaian Najib dalam wacana politik negara, ternyata dia akan menjejaki kejayaan ayahnya yang menyelesaikan masalah politik Malaysia yang berantakan masa itu. Siapa pula yang berantakan masakini?

Semasa penamaan calon di Batang Ai, Sarawak, kita gamam melihat klip video anak kecil yang melaungkan “Al...tan...tuya dan re..for...masi”!!. Kadang terlalu memuakkan. Gerakan 916 dengan “$ no limit” (tetapi dibisikkan no material reward dalam media) yang hanya retorik, tidak akan terpadam sebagai catatan sejarah pembohongan politik yang maha besar dalam sejarah politik Malaysia.

Cukuplah Dato Seri!. Serangan terbaharu ini hanya akan bakal memuakkan rakyat dan menambah kebencian rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Berjuanglah atas dasar-dasar “perjuangan politik yang tulin”. Rasanya semakin DS Seri Najib diserang peribadinya, semakin kuat rakyat Malaysia bersimpati dengannya. Najib sudah menurunkan kendati kapalnya. Dia juga pejuang. Dia tidak lembik.

YAB. Nik Azizi Nik Mat, Menteri Besar Kelantan sendiri pernah menyatakan bahawa serangan peribadi dalam merebut kuasa politik bukan “cara Islam”. Arus deras politik pula melanda PKR kini sehingga ramai pejuang telah beralih ke bahtera BN. DSAI pula terpaksa campur tangan di Selangor yang Bahtera PR nya telah bocor dan dikhuati akan tenggelam bak “Titanic Selangor”.

Cukuplah Dato Seri. Cukuplah. rentilah serangan peribadi itu Dato Seri ini!. Ia hanya kelihatan sebagai aksi rakus kuasa. Berilah keutamaan kepada program pembangunan insan Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan perpaduan. Kita sudah muak dengan serangan peribadi. Jika suara kita tidak didengar, kita juga bisa “teriak” dan kita semua “bisa” menghukum. Menyerang peribadi itu satu gagasan yang hodoh. Orang lainpun nak berpolitik juga.


Read more...

RATU SARIMPAK: Anggun dari Manohara.



Ratu Sarimpak Kota Belud. Lebih anggun, lebih sopan. 
(Gambar: ehsan blogger SABAHKITA)

Budaya masyarakat Kota Belud memang mampu dijadikan "Model Perpaduan" bagi Negara Malaysia. Kota yang sinonim dengan gelaran "The Cowboy Town of The East" ini dihuni oleh masyarakat Malaysia yang dari pelbagai kaum. Kaum Pribumi Dusun, Bajau Iranun, Ubian, Suluk, Banjar, Tobilung, Kagayan, Binadan, sekadar menyebut sebilangannya. Masyarakat Cina dan India di kawasan ini juga bukan sedikit. Namun mereka menjalin hubungan yang amat intim dan mesra dengan masyarakat tempatan. Kahwin campur merupakan satu fenomina yang biasa berlaku di kawasan ini. Warna warni masyarakat Kota Belud pasti mengkagumkan anda jika anda berkunjung ke Daerah ini, terutama semasa Perayaan Tamu Besar Kota Belud.

Ratu Sarimpak. Ya Ratu Sarimpak. Ianya selalu juga disebut Ratu Serimpak sebagai mengikuti "loghat" salah suku kaum terbesar di Daerah ini iaitu Suku Kaum Bajau. Ratu sarimpak mengambil sempena pakaian tradisi yang terjunjung di kepala pemakainya iaitu "Sarimpak". Tidak lengkap Sarimpak jika tida dihiasi dengan pakaian tradisi yang dikongsi bersama suku kaum Bajau dan Iranun. Kini pakaian itu dikongsi pula oleh semua rumpun pribumi di Kota Belud ketika musim perayaan.

Lihatlah ratu Sarimpak ini. Ianya sudah pasti "more beautiful" dari Manohara. Ratu ini boleh menjadi sebagai "duta perpaduan" rakyat Malaysia di persada antarabangsa. Namun Manohara hanya berupaya meniupkan sentiment kebencian antara rakyat Negara kita dengan rakyat Negara tetangga.

Go.. go!! Kota Belud. Kuda Berhias a.k.a Kuda Bajau a.k.a KB, satu lagi yang menjadi kebangga kita, masyarakat Kota Belud, masyarakat The Cowboy Town of The East..

Read more...

Manohara: Perempuan yang mengugut Istana Kelantan-Meracuni hubungan Malaysia-Indonesia.


 Manohara: Dia juga dikatakan sbagai keturunan Bangsawan oleh ahli keluarganya di Indonesia. Indonesia sebenarnya menolak kebenaran yang dibawa Mano dan Ibunya. Membela anjing- barangkali kebebasan ini yang dia cari?


Kita sudah dimomok-momok dengan isu Manohara Ordila Pinot, anak keturunan Perancis dengan J Daisy Fajarina Pinot. Masih ada di kalangan keluarga Daisy yang menganggap Manohara keturunan Bangsawan dari Indonesia. Anih ya. Barangkali jika dia punya putera dengan Putera Kelantan barangkail itu anak iu bakal berdarah Sultan dan keturunan bangsawan. Manakala Mano sendiri....susah nak cakap...!!!



Pada ketika keadaan Sultan Kelantan terlantar gering di Singapura, peluang escape diperguna Manohara dan Ibunya dengan bantuan NGO Merah putih. Apa kewajarannya? Kenapa tiada yang sanggup membela Manohara dalam kesnya samada di Indonesia atau Malaysia?

Read more...

"BERAHI POLITIK" DI COWBOY TOWN OF THE EAST, KB.

>> Sunday, November 15, 2009


 Pemimpin Politik di Kota Belud, The Cowboy Town of The East". Nak ikut berahi politik di sini, semua mereka ini "nak" diganti oleh "Nahh! akulah. Siapa lagi kalo bukan aku?"

Pelbagai keunikan sering terjadi dalam politik. "Lain padang lain belalang". Di Cowboy Town of The East, bila saja bercakap politik, kedai kopi adalah lapangan yang paling ramai peminat. Asap rokok bagai kan asap serombong kapal dan pelayan kena cekap dan memberi keutamaan pada kumpulan, bak penglipurlara pengkhususan dalam bidang politik, yang menjadi pelanggan. Maklumlah, mereka datang "bawa angin", "ada ummph" dan ramai "peminat"-Peminat yang belum tentu penyokong.. Lambat dan kurang baik sedikit layanan, maka beredarlah mereka "in-bulk". Hilanglah pelanggan yang ramai dan berpotensi untuk tidak kembali. Jadi, pelayan dan pemilik kedai kopi kenalah "mesra pelanggan" seperti kumpulan ini.

Bila tajuk politik agak panas maka ramai lagi yang akan turut serta berbondong-bondong menjadi pelanggan atau mengambil peluang minum percuma. Kadang-kadang nasib baik dapat "tapau" sekotak rokok atau sebungkus mee goreng. Halal tetap halal. Ketuanya memang pemurah dan mudah senyum. Cuma kadang awas! nanti air liurnya terpercik ke minuman anda. Kadang-kadang cuba meraba poketnya kalau-kalau dompetnya terjatuh atau tertinggal dalam kerita.

Tajuk cerita...POLITIK. Harakian, maka dibukalah cerita. Bermula dari pemimpin Kota Belud yang ada. Biasanya kebaikan mereka dicampur-tolak akhirnya tinggal sedikit dan tidak cukup memuaskan untuk rakyat Kota Belud. Kadang dinilai good but NOT good enough. Kadang dipuji sedikit tetapi dicondemn banyak.Maklumlah padang terbuka; jangan kelihatan terlalu "bias" nanti tak dapat populariti maka rugilah pula membayar taukee atau mamak atau denakan-pagari.

Teringat saya "kisah benar yang saya lalui" bertahun lalu sebelum PRU11. Seorang nelayan bukan nelayan, petani bukan petani, pengusaha bukan pun pengusaha. Entah apa sebenar dilakukannya untuk kehidupan Katanya "Kalau YB itu dicalon juga, kalah kita. Dia itu bapanya saja yang berpengaruh. Nasib baik jasa bapanya kalo tidak dia sudah lama jatuh. Sekarang bapanya sudah tiada nahh susah kita. Dia tidak boleh menang"- begitulah cerita hamba Allah itu. Lalu saya bertanya. "Jadi siapa yang layak?". Dia cepat menjawab dengan yakin. "Nahh! akulah. Siapa lagi kalo bukan aku?". Sebenarnya saya sendiri tidak tahu nama orang itu sehingga kini. Hampir terjatuh fail di bawah ketiak saya bila mendengar jawabannya. Saya sungguh tidak menduga jawabannya sebegitu rupa. Apapun itu adalah haknya. Saya membawanya ke kantin dan menjamunya. Matanya bersinar-sinar bagaikan puas dapat melahirkan "berahi" politiknya. Namun saya tetap juga bercerita mengenai makanan dan minuman kami. Dia seakan menunggu jawaban yang tak termampu saya berikan.

Berahi politik di Cowboy Town of the East hampir-hampir sama walau tidak serupa dengan kisah saya bertahun lalu. Zaman moden dan dunia ICT yang berlegar ligat menjadikan informasi begerak pantas. Bloggers KB banyak mempromosi beberapa individu. Hanya 'degree" berahi yang membezakan mereka dengan orang yang berkata "Nahh! akulah. Siapa lagi kalo bukan aku?" ialah mereka ini ada agen promosi. Macam jual barang. Laku atau tak laku ,"belakang cerita"

Realitinya, at the end of the day, Bagi calon-calon BN, Pengerusi BN KB, Datuk Salleh Tun Said, akan dirujuk. Pengeusi BN Sabah akan dirujuk. Pemimpin tempatan seperti TSP, DARD, HMHJ, JA dan ATL akan dirujuk. Agensi yang bertaraf ISO dan sewaktu dengannya akan melapur. (Awas!!kalo terlalu bantai mereka ini, nama anda mungkin akan terpadam dalam senarai).

Saya khuatir, mereka yang cuba menonjolkan diri ini terpaksa menelan air liur berahi politiknya atau jika terpaksa hanya akan bertanding sebagai "Bebas" atau nasib baik dapat menumpang di bantera pembangkang. Apapun, Tabik semangat anda. Siapa yang berani merampas hak demokrasi anda?.Kalau ada perigi di ladang, bolih saya menumpang mandi, kalau ada rezki yang panjang, boleh tuan belanja lagi. Salam.- Nukilan- ABANG MAN.

Read more...

SARIMPAK

>> Friday, November 13, 2009


Gambar ini saya ambil dari posting dalam Facebook atas ehsannya. Saya amat tertarik dengan gambar ini. Cantik dan unik.


Peragaan pakaian tradisional seperti ini amat menarik dan unik sekali. Pastinya ia menjadi kebanggaan masyarakat Kota Belud yang tradisi dari rumpun USBO dan  bangsa pribumi Kota Belud. Budaya dan warisan ini sememangnya akan dikongsi bersama semua generasi baru dari pelbagai lapisan masyarakat. Ianya satu seni, indah dan perlu dicintai semua.

Itulah pakaian Sarimpak yang sudah sebati dengan budaya suku kaum Iranun dan suku kaum Bajau. Kota Belud Namun kini pakain tradisi ini digemari keunikannya oleh senahagian besar generasi kita.

Uniknya, pakaian tradisi ini hanya dipopularkan di Kota Belud dan berasal dari Kota Belud secara lahiriah. Jika ianya dapat kita lihat di Ibu kota Negeri Sabah, pastinya ia berasal dari Kota Belud. Syabas! Kota Belud.

Read more...

BERGONCANGKAH KAPAL PKR?


Gambar Hiasan dari Senjaliza.

KADANG-KADANG pelik betul dunia politik di Malaysia, bila timbul sesuatu masalah dalaman sesebuah parti politik terutamanya pihak pembangkang, cepat betul keluar kenyataan pemimpin tertinggi parti yang mengatakan masalah itu telah berjaya diselesaika.

Tatkala tengah panas dengan pelbagai kenyataan dari banyak pihak, keluarlah kenyataan-kenyataan klise seperti 'sesuatu yang unik dalam parti ialah kita berjaya selesaikan perselisihan faham dikalangan ahli secara baik, semua pihak berhak kemukakan pandangan dalam parti'.   Selanjutnya..KLIK DI SINI

Read more...

Lafaz bai'ah Dalam PAS Menurut SUA, Mustafa Ali


Menurut Mustafa Ali, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat.". rujuk di sini

SUMBER
Malaysiakini .
http://malaysiakini.com/news/117352

Read more...

"WAKIL RAKYAT" KOTA BELUD.

>> Thursday, November 12, 2009



Dari Kiri: Datuk Abdul Rahman Haji Dahlan, Datuk Musbah Haji Jamli ADUN, Datuk Japlin Akim, dan Datuk Albert Timbun Ladadan.

Di bahu mereka terpikul amanah rakyat Kota Belud. Apakah amanah itu telah diletakkan mereka ke mercu kejayaan? Apakah pencapaian mereka membanggakan rakyat Kota Belud khasnya? Apakah mereka mampu menjadi teknokrat Negeri Sabah?. Cukup teluskah perjuangan mereka?

"So each Barisan Nasional leader is an agent of change and reform with positive values, modesty, compassion and understanding, putting the people first and prioritising performance by upgrading knowledge, skills and efficiency to discharge their duties as grassroot leaders," - Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, semasa Merasmikan Kongress PBS ke 21 di Sabah.

Dalam sejarah perjuangan politik Kota Belud, sejak penggal 2004-2009, keagungan dan mercu tanda politik Kota Belud tidak pernah sampai ke penanda aras atau tahap "normal" seperti kebiasaanya. Kota Belud kini hanya memiliki tiga Pembantu Menteri dalam Kabinet Negeri dan seorang Ahli Parlimen.

Meskipun kesemua Kerusi DUN dan Parlimen dikuasai Barisan Nasional; meskipun Kota Belud adalah bumi tumpahnya darah UMNO buat kali pertama di Sabah; meskipun Kota Belud menjadi "rumah" kepada rumpun besar Negeri Sabah dan "home" kepada pribumi yang majoriti besar di Sabah; meskipun Kota Belud adalah "tapak politik" kepada pejuang kemerdekaan dan Bapa Kemerdekaan, Tun Mustapha Datu Harun, dan Tun Said; meskipun Kota Belud ada tuan rumah kepada "mercu tanda Wira Nusantara, Tun Mahathir Muhamad, namun penanda aras politik sebelum ini, kini jauh dari tercapai.

Sejak zaman USNO, BERJAYA PBS dan awal BN (1994-2004), Kota Belud terus mempunyai pemimpin yang bertaraf Menteri Penuh. Ketua Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Kerja Raya, Menteri Pertanian dan Perikanan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Menteri belia dan Sukan, dan TYT, semua pernah menjadi penanda aras politik Kota Belud.

Apakah pemimpin Kota Belud tidak mempunyai kualiti seperti yang dikatakan di atas oleh Perdana Menteri, DS Najib? Apakah kerana pemimpin kita di Kota Belud tidak cukup "merit" untuk memegang portpolio Menteri Penuh? atau apakah kerana tampuk pemerintahan Negeri mengenepikan peluang Kota Belud untuk mendapat Menteri Penuh kali ini? Apakah orang Kota Belud sendiri telah mengenepikan pemimpin mereka yang mempunyai "merit" yang setanding dengan merit-merit pemimpin di Negeri sabah dan Peringkat kebangsaan?, Apakah semangat "aku", kalau "kau tidak boleh aku baru boleh" subur di bumi Kota Belud?

Tidak hairanlah jika ketika ini ramai "aspirants" politik yang sedang giat memperkenalkan diri untuk mengambil bahagian dalam kancah pergolakan politik Kota Belud. Tidak kurang yang berani mempamirkan diri dan menonjolkan diri secara "deliberate" konon sebagai bakal calon pengganti kepimpinan yang sedia ada. Terdpat juga agen-agen yang diperguna bagi mempromosi diri sambil memperlekeh pencapaian pemimpin yang sudah dan sedia ada.

Gambaran ini menunjukkan bahawa mereka mula merasa bahang "kehilangan" kuasa bagi Kota Belud dan masyarakatnya. Persoalannya, mampukan mereka mencapai tahap penanda aras yang ada? Atau mereka sekadar menggenggam "impian ghairah" menggapai glamour hidup sebagai politikus?. Jika mereka bercakap mengenai pembangunan,, apakah mereka akan berjaya mengatasi pembangunan dan perubahan yang terbawa oleh pemimpin sebelum mereka? Atau mereka kan menjadi "pemimpin penanti" yang menanti dan mengharap akan program pembangunan dan perancangan kerajaan mengambil fasa bagai menanti buah yang akan bakal jatuh?

PRU13 kian hampir, politik Kota Belud pasti akan menjadi hangat. Berapa orangkah di antara aspirants politik ini memiliki "guts" untuk merintis jalan meraka sendiri? Berapa ramai di antara pemimpin Kota Belud kini yang mampu bertahan? Bilakah kita di Kota Belud akan memiliki sekurang-kurangnya satu "TEKNOKRAT", kalau bukan seperti Najib dari Pekan, sekurang-kurangnya sebaris dengan pemimpin-pemimpin di belakang Najib?

Read more...

Sabah Mengorak Langkah Sebagai Pengeluar Makanan

KOTA KINABALU, 11 Nov (Bernama) -- Selepas Datuk Yahya Hussin menjawat tugas sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, antara perubahan yang telah beliau lakukan ialah menubuhkan sebuah 'pasar mini' di ruang pejabat kementerian tersebut.

Bagi mereka yang mempunyai urusan di pejabat menteri di Wisma Pertanian di sini, mereka sudah pasti tidak akan terlepas pandang pelbagai barangan industri tani dalam bungkusan yang menarik dipamer di bahagian kiri dan kanan pintu masuk. Bila diajukan pertanyaan sama ada barangan serta produk tani ini adalah sebahagian daripada 'hiasan', menteri tersebut ketawa besar sebelum menerangkan ia sebenarnya adalah untuk memberitahu umum tentang kesungguhan kerajaan negeri menjadikan sektor pertanian sebagai bidang penjana ekonomi.

Menurut Yahya, mesej yang mahu beliau sampaikan ialah hakikatnya Sabah sudah sampai ke tahap di mana sektor pertanian di negeri ini sudah mampu melangkah ke era komersil. "Kami (Kerajaan) mahu pelabur tempatan dan asing tahu bahawa Sabah serius dalam pengeluaran produk tani yang mempunyai nilai tambah", kata beliau.

POTENSI BESAR DALAM PERTANIAN


Selepas menerajui kementerian tersebut 20 bulan lepas, Yahya telah mengorak langkah ke arah membangunkan potensi besar yang wujud dalam sektor pertanian Sabah. Menurut Yahya, walaupun kerajaan memang komited terhadap program pembangunan, perhatian serta fokus yang spesifik juga diberikan untuk meningkatkan pengeluaran makanan.

Di bawah dasar ini, pengeluaran padi diberi keutamaan kerana 70 peratus daripada keperluan beras Sabah masih diimport dari luar negara. "Kita tidak boleh membiarkan situasi terlalu bergantung ini berterusan, terutamanya beras. Apa akan berlaku jika sesuatu terjadi kepada negara pengeksport beras utama seperti Thailand dan Vietnam.

"Oleh itu, atas sebab-sebab yang strategik adalah penting bagi Sabah menerokai penanaman padi secara komersil dan berskala besar", kata beliau sambil menambah Sabah masih lagi agak ketinggalan dari segi infrastruktur moden seperti sistem saliran dan pengairan.

KAWASAN BARU PENANAMAN PADI

Menurut Yahya, selain daripada usaha untuk membuka kawasan baru bagi penanaman padi kerajaan juga akan menambahbaik keperluan infrastruktur bagi kawasan tanaman padi yang sedia ada berkeluasan 35,500 hektar di negeri ini.

Hanya 10,400 hektar daripada kawasan ini yang mampu mengeluarkan 5.0-10.0 tan metrik bagi setiap hektar kerana mempunyai sistem saliran dan pengairan yang baik. Yang selebihnya kurang produktif kerana mempunyai masalah saliran dan pengairan. Kementerian juga telah memulakan perancangan merancakkan lagi pengeluaran beras seperti menggalakkan petani menanam padi dari jenis benih yang mempunyai daya pengeluaran tinggi. "Jabatan Pertanian telah menyediakan 19 jenis padi pengeluaran tinggi yang sesuai dengan keadaan tempatan", kata beliau sambil memberi contoh benih padi jenis IR73, MR84, MR159, TQR1, IR72 dan TQR2.

SUBSIDI MEMBAJAK

"Kerajaan juga telah menambah subsidi bajak dari RM100 ke RM200 setiap ekar dan subsidi itu tidak lagi tertakluk hanya untuk lima ekar seperti yang diamalkan dulu," kata beliau. Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM) yang diperkenal dalam Rancangan Malaysia Ke-9 juga turut menyokong dasar menambah pengeluaran makanan. Menurut Yahya, TPKM di Tawau (satu daripada lima dalam usaha program tersebut) sudah siap dan usaha sedang dilakukan untuk mengambil peserta yang mahu berkhidmat sebagai petani kontrak.

Dalam konsep TPKM, semua aktiviti pertanian akan dipusatkan dan setiap peserta akan diberi sebidang tanah untuk diusahakan secara kontrak. Mengenai bidang penternakan, dengan penguatkuasaan Enakmen Perlindungan Alam Sekitar (Kawalan Pencemaran Penternakan Babi) 2008 Februari tahun ini, semua ladang ternak babi di Sabah diberi tempoh sehingga 2011 untuk mempunyai lesen operasi.

"Enakmen tersebut adalah untuk memastikan ladang babi tidak menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar dan mana-mana kawasan ternakan haram babi akan ditutup," kata beliau. Bagi sektor tenusu, Yahya berharap kenaikan harga susu segar dari RM1.50 ke RM2.50 seliter mulai Julai 2008 akan menjadikan industri tenusu lebih kompetitif.

TIDAK LAGI PRAKTIKAL

Yahya juga berkata pendekatan 'perancangan dari atas ke bawah' dalam pelaksanaan projek pembangunan tidak lagi sesuai pada masa kini. "Saya mahu semua pegawai kementerian mendekati dan mengenali apa yang rakyat perlu dan mahukan. Input ini akan digunakan dalam perancangan program pembangunan untuk memastikan pelaksanaan menepati keperluan rakyat.

"Saya juga mahu semua jabatan dan agensi di bawah kementerian lebih fokus kepada keperluan (pembangunan) kumpulan sasar termasuk mengenalpasti program yang kritikal bagi rakyat", kata beliau. Menurut Yahya, sebelum ini terdapat sikap perancang dasar yang menganggap diri mereka lebih tahu tentang apa yang umum perlukan dan mereka melaksanakan projek tanpa mengambil kira apa keperluan rakyat yang sebenarnya.

"Kerajaan sekarang mahu memastikan segala program pembangunan bukan sahaja sampai kepada rakyat tetapi apa yang lebih penting program tersebut benar-benar diperlukan oleh rakyat di kawasan tersebut," kata beliau. Yahya juga berharap agar Sabah menempa nama dalam industri pengeluaran makanan antarabangsa walaupun ia terpaksa mempromosikan satu atau dua produk pengeluaran berasas makanan.

"Saya menyeru semua pihak utama dalam sektor pertanian supaya mencari jalan bagaimana Sabah boleh mencapai objektif ini. Sabah mempunyai produk tani yang unik seperti limau bali keluaran Tenom dan halia dari Tambunan", tambah Yahya.

-- BERNAMA

Read more...

Isu Baiah PAS: Saya tidak gentar baiah suami

KUALA LUMPUR: Sumpah taat setia atau baiah jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti adalah rahsia dalaman parti itu, kata Prof Madya Dr Zaitun Abu Bakar - isteri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Saya tak pernah menghadiri majlis itu, kerana ia adalah rahsia dalaman parti. Saya tidak tahu apakah ungkapan yang dibaca, tapi suami saya memberitahu mereka perlu mengangkat tangan dan melafazkan baiah itu,” katanya.

Selanjutnya....

Read more...

Tahniah


SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
 
 En. Almudin Kaedah, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS)

 BUAT SAUDARA ALMUDDIN KAEDAH
di atas kemenangannya dalam pertandingan merebut  jawatan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) sempena Kongress PBS ke 21 yang berlansung pada 7-9 November, 2009 di Kota Kinabalu, Sabah.

SELAMAT BERJUANG DAN MAJU JAYA.

Read more...

Jangan kedekut memberi ilmu


Al Quran Ul Karim

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Huraian:
1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah S.W.T telah berfirman: "... nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." (Al Mujaadalah [58];
2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan;
3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Read more...

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP