Harga Padi Turun RM200. per Tan!
>> Monday, January 11, 2010
Pengusaha tanaman padi akan terpaksa menghadapi kerugian apabila harga padi diturunkan dari RM950 ke RM750 per Tan bermula 11 Januari, 2009. Demikian dimaklumkan oleh Bahagian Kawalan Padi, Kemanterian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.[ikuti di sini] .
Penurunan ini BUKAN lah disebabkan oleh "keadaan pasaran" atau tekanan pasaran mengikut istilah ekonomi. Tetapi ianya adalah faktor "government intervention" atau camputangan kerajaan. Pertambahan kepada permintaan terhadap beras semakin hari semakin bertambah dan keperluan beras dunia semakin meningkat dari masa ke semasa. Oleh itu adalah sukar memahami rasional penurunan harga padi ini. Apakah petani di Sabah akan terlibat, memandangkan inilah yang dicanangkan oleh Sabah Commercial Rice Miller Association (Padikom)?
Ketika berlaku tekanan inflasi di mana hampir semua komoditi mengalami kenaikan harga, padi yang menjadi sumber pendapatan petani yang memerlukan pembelaan pula duturunkan sebanyak RM200 per Tan. Satu penurunan yang besar yang tentunya akan melukai hati para petani di seluruh negara.
Kita menyedari bahawa pendapatan petani dari hasil bertanam padi tidaklah sebanyak mana. "Cultural significant" dan menjadi "kebiasaan" adalah antara faktor yang memberi semangat untuk aktiviti pertanian bertanam padi ini untuk terus bernafas. Berita penurunan harga padi yang disiarkan melalui media ini tentu sekali satu lagi berita sedih kepada petani khasnya pengusaha tanaman padi. Keadaan ini ini juga sudah pasti akan memberika kesan terhadap pengusaha peralatan jentera dan pengilang padi.
Berita ini sudah pasti membuatkan kita perlu memikirkan samada Pusat Pemperosesan Benih Padi yang berharga RM27 Juta di Timbang Manggaris Kota Belud dan Projek Pengairan dan Saliran di Kg. Kawang-Kawang-Kg Kaguraan yang bernilai RM71.5 Juta akan membawa apa-apa makna kepada petani, khasnya penanam padi..
Penurunan Peratus Tahap kecukupan sendiri Negeri Sabah dalam hasil beras ke 20% dari 35% sebelum tahun 2009 akan lebih menjauhkan Sasaran Negeri untuk mengeluarkan 60% hasil beras tempatan selaras dengan Dasar Pertanian Negeri yang berakhir tahun 2010 ini.
Apakah perusahaan tanaman padi di Sabah akan malap dan terabai lagi?
RELATED.
RM200 Drop in Padi Rice Set To Hit Farmers

2 comments:
Kebanyakkan petani tidak bersetuju apa bila kerajaan menurunkan harga padi dari RM950 ke RM750 per tan bermula 11 Januari, 2009. Tambahan penurunan ini BUKAN lah disebabkan oleh "keadaan pasaran" atau tekanan pasaran mengikut istilah ekonomi. Tetapi ianya adalah faktor "government intervention" atau camputangan kerajaan. Sedangkan pertambahan kepada permintaan terhadap beras semakin hari semakin bertambah dan keperluan beras dunia semakin meningkat dari masa ke semasa. Tekanan inflasi berlaku kerana hampir semua harga komoditi mengalami kenaikkan harga tetapi padi yang menjadi sumber pendapatan utama petani yang memerlukan pembelaan pula diturunkan.Untuk pengatahuan kepada pihak-pihak tertentu pendapatan petani hasi dari padi tidaklah sebanyak mana. Sedangkan penggunaan peralatan jentera dan pengilang padi memerlukan kos yang tinggi. Saya amat berharap agar pihak-pihak tertentu dapat pertimbangkan dan mengkaji semula harga pasaran padi dan ada persetujuan untuk meringankan bebanan kepada para petani.
Penurusan harga padi kepada hanya RM200/tan sudah pasti mengundang rasa kurang yakin para petani terhadap perusahaan beras. Persoalannya disini, bagaimana nak capai 'self sufficiency' dalam negeri dalam 2010 ini sekiranya harga padi setan terus malas dan kurang memberangsangkan? Senario yang biasa terjadi ni....seolah-olah menunjukkan bahawa langkah drastik dan berjaga-jaga tentang isu beras yang tidak cukup ketika krisis makanan dunia melanda baru-baru ini. Selepas itu, bila keadaan reda dan tiada lagi diwar-warkan tentang isu krisis makanan dunia maka...senyap jugalah pihak-pihak tertentu dalam memastikan kecukupan makanan ni dan harga juga tidak dikawal. Jadi berbaliklah negara kepada beras import berbanding beras tempatan kerana harga beras import lebih murah berbanding yang terhasil dalam negara. So...apa gunanya kita wartakan banyak kawasan di Sabah ni sebagai jelapang padi kalau penurunan harga padi tidak dikawal. Cadangan agar harga padi ni....dikawal dan dipantau dari masa ke semasa oleh pihak kerajaan dan jabatan terlibat supaya isu beras yang cukup di negeri ini dapat dipastikan selain elakkan krisis makanan tidak berulang lagi...
Post a Comment