Banjir Besar Melanda Kota Belud lagi
>> Sunday, January 17, 2010
Kawasan Padi antara Taun Gusi menujuk Kawasan Kg Sangkir sudah ditenggelami air.
Keadaan Banjir menghala ke Jalan Pintas Bypass Kota Belud Kudat sudah ditenggelami air. Sawah di Kg. Lebak Moyoh juga sudah ditenggelami air. Dari Jackkie Lsmi
Tanaman Padi di Kg. Taun Gusi sudah di tenggelami air. Pastinya kemusnahan dan kerugian yang besar kepada para petani. Dari Tiara Sibil-KB)
Air Sungai Wokok, cabang Sungai Wario, semaikin melimpahi tebing. (Dari Tiara Sibil-KB)
Gambar Banjir di Kota Belud December, 2003 (Dari Th Haji Said Andong-KB)
Sebentar tadi kita kita jam 11.30 Malam (16 Januari, 2010) saya menalipon sahabat saya yang terkandas di Kota Belud bagi mengetahui perkembangan banjir di Kota Belud. Mula-mula saya bertanya mengenai keadaan hujan. Menurut beliau hujan teru menerus turun dan keadaan banjir semakin naik. Pukul 1250 a.m sekali lagi saya menyusuli keadaan Banjir dan hujan di Kota Belud. nampaknya hujan teru turun berterusan.
Penduduk-penduduk yang terlibat mengalami bencana banjir ini mula dipindahkan ke Pusat Pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Kota Belud. Mereka terdiri ,terutamanya, dari penduduk Kg Sembirai dan Kg. Menungui. Lebak Moyuh yang teruk dilanda banjir kali ini.
Puncha pendapatan penduduk khasnya perusahaan tanaman padi, bermula dari kampung Sembirai, Wakap, Labuan, Tempasuk 1 hingga ke kawasan Kg. Batu Enam yang melibatkan kg Linau, Kg. Taun Gusi, Kg. Jawi-jawi, Sangkir , Kg. Kesapang dan kawasan sekitar kini ditenggelami air. Pastinya kemusnahannya bukanlah sedikit.
Perusahaan ternakan juga sering menerima kerugian apabila banjir melanda Kota Belud. Dahulu sebelum banjir besar 1970an melanda Kota Belud, Padang Ragut Pintasan dipenuhi binatang ternakan. Selepas itu Padang Ragut ini sudah sepi dengan ternakan sehinggalah kini.
Banjir yang sedang melanda Kota Belud ini disifatkan yang terburuk. Penduduk Kg. Timbang yang terlibat dengan banjir besar ini melahirkan kebimbangan yang besar. Mereka tidak pernah mengalami banjir sebesar ini sebelum ini. Sekolah Rendah Kg Timbang sudah di masuki air. Paras air juga mula menghampiri laluan jambatan kenderaan Kg. Timbang dengan Timbang Manggaris.
Sudah pasti Kampung Sarang Dudar dan Mandawang amat sukar dihungungi melalui jalan darat pada saat ini. bagaimanakah nasib mereka? Ada siapa yang dapat memberi lapuran?
Dilaporkan bahawa pasukan bomba dan penyelamat sudah mula menjalan operasi membantu mangsa-mangsa banjir ini.dan gerakan menyelamat.
Oleh kerana keadaan banjir semakin naik dan hujan tetap juga turun berterus-terusan. Langkah berjaga-jaga dengan persediaan lojistik, keperluan kesihatan dan usaha menyediakan bantuan makanan dan pakaian perlu segera digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pada masa inilah Persatuan dan pertubuhan sukarela khasnya Bulan Sabit Merah, Pengakap, Red Cross dan seumpamanya harus bersedia keluar membantu mangsa yang terlibat.

3 comments:
Kasian pduduk kb awal thun2010...nampaknya KB smakin memrlukan pakar perancang bandar yg baik agar dimasa hadapan..kita dpt mengelakkan bencana alam in..:)
waa...kg sy pun kena banjir juga kaa...adusss
Saya rasa simpati kepada penduduk kampung di daerah Kota Belud kerana berhadapan denga banjir yang teruk tambahan pula semua hasil pertanian mereka ditengelami air. Memang perlu ada orang yang pakar dalam bidang Geologi untuk menbantu membangunkan daerah ni. Kerana sistem pengairan / perpatitan yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan banjir. Saya harap wakil rakyat bahagian KB dapat fikirkan sesuatu agar bencana ini dapat dikurangkan dan dapat menyuarakan kepada kerajaan untuk mendapatkan bantuan dalam membangunkan daerah ini.
Post a Comment