Sabah Fix Depost: Statistik PRU 12 dan PRU 13- Apa Ertinya Bagi KB.

>> Monday, February 8, 2010

Statistik Keputusan PRU12 dan 11 di Sabah menggamit pertanyaan-Apa khabar PRU 13? (klik gambar untuk meligat image yang lebih jelas)

Sabah sebagai fix-deposit Barisan Nasional pada dua piihanraya berturut-turut, PRU11 dan PRU 12 memang sukar disangkal. Kenyataan statistik membenarkan fakta itu. Secara keseluruhan, tren pengundi masih menyebelahi Barisan Nasional yang terdiri dari UMNO, PBS, UPKO, PBRS, Gerakan, MCA, MIC, dan PPP. Bagaimanapun SAPP bertindak keluar dari BN selepas PRU 12.

"Semua tahu, duniapun tahu, tanpa Sabah, tanpa Sarawak, kerajaan Persekutuan jatuh...jangan main-main bukan sahaja kerajaan akan kalah ..sayapun akan kalah" demikian sebahagian dari amaran yang pernah diungkapkan oleh Datuk Ghapur Salleh, MP kalabakan, Tawau ketika berucap di parliment, setelah kerajaan kehilangan 2/3 majoriti dan parliment Malayisa sudah tidak lagi dikuasai kerajaan secara dominan.

Trend pengundi di Sabah tidak banyak berubah dalam dua pilihanraya yang lalu, PRU12 dan PRU 11. BN Sabah masih menguasai kerusi MP dan ADUN. Jika diperhatikan graf bar dan kenyataan statistik di atas, pergerakan bar masih menunjukkan tren atau aliran yang hampir sama. Pada keseluruhannya majoriti BN meningkat dari 162,259 pengundi ke 170,125, meningkat sebanyak 7,866 pengundi. Apa yang "alarming" ialah peningkatan jumlah yang turun mengundi bertambah sebanyak 110,228 pengundi pada PRU12 berbanding PRU 11 tetapi sokongan kepada BN hanya menunjukkan pertambahan sebanyak 7,866. Ini bermakna propotion sokongan terhadap BN pada PRU 11 tidak dapat dikekalkan pada PRU12 walaupun jumlah kerusi yang dimenangi tidak berubah jauh. Sabah hanya kehilangan kerusi 1 DUN dan 1 DR kepada DAP. 2 kerusi DR dan 2 DUN dari SAPP yang kemudiannya meninggalkan BN tanpa melalui pilihanraya.

PRU 12 menyaksikan ikatan kesepakatan DAP, PKR da PAS amat kukuh. Pakatan yang "silent" masa itu gagal dibaca BN yang leka beranggapan bahawa "tidak mungkin kesepakatan parti yang berbeza ideologi" dapat bersatu dengan teguh dalam PRU". Kesepakatan itupun sebenarnya bukan satu "kekuatan baru" PR yang hakiki tetapi ianya dapat merealisaikan keputusan baru hasil dari "kelemahan baru" dalam BN. BN, masa itu, yang bergelumang dengan "kelemahan yang silent". Tidak keterlaluan dikatakan bahawa dalam PRU 12, berlaku pertembungan "kekuatan yang silent" VS "kelemahan yang silent" yang telah menyebabkan BN kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen Malaysia dan 5 Negeri telah jatuh ke tangan pembangkang walaupun satu telah berjaya ditawan semula yakni Negeri Perak Darul Redzwan.

Kini Pakatan Rakyat bercelaru. Survival untuk sampai ke PRU 13 tiba-tiba malap. Sesama pemimpin pakatan "berperang kecil". DAP semakin menunjukkan sikap "DAP is the boss in Pakatan". PAS pula sudah mula beralih menjalikan hubungan baik dengan UMNO. Manakala De Facto Leader PR menghadapi Sodomi II. Tuduhan diktator, chauvinist, bersikap komunis dan berat sebelelah sudah menjadi lumrah di anatar pemimpin Pakatan Rakyat.

PRU Sarawak yang semakin hampir. Pakatan Rakyat benar-benar berada dalam keadaan yang tidak bersedia menghadapinya. Semangat juang PR dulu sudah luntur dn bertukar menjadi seolah-olah seperti mempercayai dan menerima hakikat bahawa " its unwise to fight a losing battle".

Sabah sebagai fix deposit semakin kelihatan akan dapat mengekalkan rekodnya. Isu percakaran dalam politik BN Sabah sudah dapat di atasi. Kem-kem yang dianggap berperang dingin dalam UMNO telah reda. Dt. Salleh Tun Said, mantan Ketua Menteri Sabah, yang pernah dinafikan kawasan tradisinya, KB, telah kembali dengan menerajui Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua UMNO Bahagian KB dan dilantik pula ke Jawatan yang bertaraf Menteri. Keadaan ini telah memadamkan tanggapan bahawa kem ini mampu dipancing PR untuk menkucar-kacirkan UMNO Sabah.

Bagi KB, apapun percaturan politik yang cuba diuar-uarkan di KB, bayangannya sudah semakin jelas. Akhirnya, BN KB yang ditunjangi UMNO juga yang akan bakal menjadi rujukan pucuk pimpinan dalam menentukan calon-calon yang bakal dipertaruhkan di kawasan kelahiran "anak sulung" UMNO di Sabah itu. Aturlah langkah dan strategi politik anda dan siapa jua yang mempunyai agenda politik masing-masing, namun kenyataannya dalam politik BN, calob "bidan terjun" amat jarang berlaku terutama bila keadaan semasa dan statistik menyatakan bahawa taraf Sabah sebagi fix deposit semakin sukar untuk diganggu gugat.

6 comments:

YANG GAMBI February 8, 2010 at 11:17 PM  

Salam KB, tahniah dengan rakyat Sabah yang berterusan mengekalkan majoriti sokongan kepada BN....

SOLYMONE February 9, 2010 at 2:26 AM  

Saudara Kuda berhias@Sabah Kita,
Salam dan teruskan berjuang dalam penulisan.

Saya amat setuju dengan analisis sdra yang berpandukan Statistik keputusan PRU yang lalu, terutama sekali PRU12.

Saperti sdra, saya juga telah membuat kajian terhadap keputusan PRU12; terutama sekali di beberapa kawasan di Pantai Barat dan juga di daerah Ranau.

Saya juga setuju dengan kerisauan sdra mengenai bilangan mereka yang tidak turun menggundi yang bertambah sebanyak 110,228 ? Disamping petanda bahawa ada nya kekurangan sokongan kepada penggundi BN ( kalau dibandingkan rekod PRU11 dan PRU12).

Saperti yang sdra jelaskan punca nya mungkin hasil dari "kelemahan baru" dalam BN. Disamping “ berlaku nya pertembungan "kekuatan yang silent" VS "kelemahan yang silent" yang telah menyebabkan BN kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen Malaysia dan 5 Negeri telah jatuh ke tangan pembangkang walaupun satu telah berjaya ditawan semula yakni Negeri Perak Darul Redzwan”.

Now, Sdra terasa pula bahawa BN akan dapat mengekalkan kekuatan mereka pada PRU13 nanti disebabkan masaalah dalaman yang di hadapi oleh Parti-Parti dan pemimpin-pemimpin dalam komponen Pakatan Rakyat akhir-akhir ini.

Saterusnya, sdra juga merasakan bahawa kekuatan itu lagi bertambah mantap bilamana Kem-Kem yang dianggap berperang dingin dalam UMNO pada suatu ketika telah reda.
Sebagai contoh Dt. Salleh Tun Said, mantan Ketua Menteri Sabah, yang pernah dinafikan kawasan tradisi nya, KB, telah kembali dengan menerajui Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua UMNO Bahagian KB dan dilantik pula ke Jawatan yang bertaraf Menteri.

Justru itu, keadaan ini telah memadamkan tanggapan bahawa Kem ini mampu dipancing PR untuk menkucar-kacirkan UMNO Sabah.

Namun pandangan saya ada berbeza sedikit dengan hypothesis yang Sdra jelaskan disini. Bagi saya keputusan PRU13 nanti banyak bergantung kepada cita rasa penggundi baru dan penyokong yang berpaling tadah. Sama ada mereka akan pro kepada BN atau pun disebaliknya.

Saya difahamkan bahawa bilangan penggundi baru (terutama sekali dari generasi baru) ini sangat menggalakkan.
Dengan itu, saya rasa kita tidak lagi dapat bergantung semata-mata kepada populariti parti itu sendiri.

Pada hakikat nya, masaalah dalaman Pakatan Rakyat tidak lah boleh di ambil sebagai faktor utama penyebab kekalahan.
Kerana dalam kontek ini, BN sendiri juga berhadapan dengan “problems yang silent’. Saperti kes Herald, kalimah “Allah”, rampas kuasa, "Anwar court case”, "Kes Rasuah yang tidak selesai (tidak telus)" dan sebagai nya.

Pasti nya para “sympathizers” terhadap isu ini akan memendam rasa dan selalu nya ia nya berakhir dengan ‘side effect syndrome”.

Hal yang serius saperti ini, kalau tidak dapat di bendung dengan hati-hati ia nya akan menjadi “cancer” atau ‘silent protest’ terhadap BN.

Rumusan saya ada lah; untuk menang dalam PRU13 dengan cemerlang, kedua-dua pehak (BN dan Pembangkang) harus bijak untuk menawan hati penggundi-penggundi baru (lebih kurang sebanyak 35%) tersebut untuk berpehak kepada mereka, masing-masing.

Setakat ini nampak nya, minat golongan ini lebih condong kepada Pembangkang

However, time can tells. Thanks

Kuda Berhias February 9, 2010 at 11:05 PM  

Terima kasih Sdr.Yang Gambi dan Sdr Solymone.

Sebenarnya gelombang kebangkitan penentangan terhadap PR masakini dipelopori oleh kebangkitan belia bermula dari PRK Bagan Pinang dan memuncak selepas beberapa siri Konvensyen PR yang dianggap mengenepikan ideologi parti-parti dalam PR.

Saya lihat golongan belia lebih dinamik dan berpandangan jauh. Mereka lebih condong kepada kerajaan yang dapat merealisasikan misi perubahan dan pembangunan yang sesuai dengan citarasa mereka.

Sukar dinafikan bahawa perti yang berantakan dan tak lekang dengan kemelut akan dapat merealisikan impian belia hari ini samada pengundi baru atau pengundi belia yg sedia berdaftar.

Rampas kuasa adalah istilah Pembangkang. Masalahnya sudah diselesaikan di mahkamah dengan kemenangan kepada majoriti yg menjadi teras demokrasi. TS Dr Zambry telah memenangi kes itu dengan 5-0 keputusan hakim. Ini sudah memadahi untuk memadam istilah "Rampas Kuasa" itu sendiri.

Saya masih belum yakin bahawa PR akan survive sehingga PRU 13. Oleh itu membandingkannya dengan kekuatan komponen BN di Sabah masih samar.

Saya setuju dengan pandang Solymone bahawa masa akan menentukannya kerana setakat ini pertembungan politik di Sabah terlalu sunyi. Siapa tahu kekuatan "silent protest" dalam kesyunian ini.

Great comment Solymone. Thank You.

Gema Belia,  February 9, 2010 at 11:14 PM  

Kata Mereka yang meninggalkan PKR:-

"Kami dapati perjuangan PKR tidak membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak tanduk kepemimpinan parti diselubungi oleh agenda persendirian.

"Selepas pilihan raya 2008, rakyat mempunyai harapan besar terhadap PKR. Bagaimanapun pemimpin PKR gagal memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya bertelingkah sesama sendiri,"

"Kebelakangan ini juga, kita dengar saranan daripada kepemimpinan PKR seperti Menteri Besar Selangor dan Ketua Penerangannya supaya ahli PKR yang tidak sehaluan dengan kepemimpinan parti, keluar parti.

"Jalan demokrasi di dalam PKR sudah tidak wujud lagi, hanya diktator yang menjadi amalan,"

Mana mungkin belia hari ini akan mempercayai PKR lagi. Tanpa PKR Pakatan Rakyat akan musnah di pertengahan jalan sebelum PRU13. Renung-renungkanlah wahai belia yang bijak bistari.

mrakunman February 9, 2010 at 11:47 PM  

Sala Kuda Berhias,
PR sudah kehilangan sokongannya seperti pada PRU12. DSAI sebagai De Facto Leder PR semasa PRU 12 BUKAN lagi DSAI dulu. DSAI kini sudah kehilangan taringnya

PAS sendiri lebih bersikap menjauhkan diri dari kemelut PKR dan Kemelut DAP. PAS dan penyokongnya faham "ideologi PAS" yang semakin dinafikan DAP dan PKR.Apalah PAS tanpa ideologi ini.

Perundingan PAS dan BN khasnya UMNO lebih meyakinkan darpada PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR, Ini pengamatan saya.

Golongan belia yang dinamis pasti lebih bijak menganalis keadaan ini.

Salam.

SABAHKITA February 10, 2010 at 12:26 AM  

Salam Kuda Berhias dan team,

Saya terpanggil membuat komen kerana Tuan Solymone ada menyebut nama saya. Terima kasih Sdr. Solymone.

Komen Sdr Solymone memang ada asasnya untuk diperincikan sebagai orang yang sentiasa peka dalam soal dan pergolakan politik.

Saya lihat di Negeri yg diperintah Pakatan Rakyat sendiri, sokongan terhadap PR telah goyah. Di selangor sahaja sudah berlaku beberapa siri Tsunami politik. Bermula dengan pembubaran PKR Ijok, diikuti kehilangan posisi Ketua Cabang/Bahagian oleh MB Selangor sendiri di Kuala Selangor dan perang kecil dalam kepimpinan PR misalnya pertentangan Khalid Samad (PAS) dengan Zulkifli Nordin plus Dr. Hassan Ali (PAS) VS Ronney Liew (DAP) dan Speaker DUN Selangor.

Keadaan ini ditambah dengan perletakan jawatan Bendahari Agung PKR dan penyertaan seramai 100 ahli PKR menyertai UMNO. Terkini YB Zulkifli Noordin (MP-PKR) Bandar Baru Kulim menuduh bahawa DAP adalah "Duri Dalam Daging " Pakatan Rakyat.

Di Sabah pemimpin PKR sudah mula merungut kerana PKR "is NOT doing anything for the parti and for the people. So What do they aspect?". Ini pertanyaan pemimpin {PKR sendiri.

Fakta di atas tidak sama sekali menyebelahi PR atau PKR sendiri.

Persoalannya, adakah belia dan pengundi yang berpendidikan masih tetap menyokong pembangkang for the sake of membangkang?

Saya rasa dinamisma pengundi professional dan belia berpendidikan tidak memerlukan induktrinasi politik. Mereka tahu siapa yang mereka sokong atau undi. Saya berkeyakinan bahawa golongan professional dan belia berpendidikan ini adalah "jauhai yang mengenal manikam".

Verdic mereka hanya dapat diketahui pada ketika Pembangunan Nasional dan Kekuatan teras-teras pengurusan negara dapat meyakinkan mereka.

Post a Comment

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP