Thursday, October 8, 2009

BENARKAH CERITA DUYUNG DITEMUI MATI DI PULAU BALAMBANGAN?



Dalam pelayaran dalam ke dunia cyber, saya menemui paparan mengenai duyung yang ditemui mati di Pulau Balambangan , Kudat Sabah. Khabarnya duyung ini konon mati akibat ribut yang melanda Filipina dan perairan berhampiran sehingga ke Perairan Sabah. Klip Video ini menerangan semua khabar itu.

Apakah ini satu paparan  dan kisah benar? Sesiapa yang mengetahui kisah ini mohon khabarkan...sila maklumkan...

Wednesday, October 7, 2009

Parang Kota Belud


Hasil Kerjatangan yang popular di Kota Belud, Parang Kota Belud.

Terangganu dan Kelantan terkenal dengan Batiknya, Melaka dengan cencalunya. Kota Belud tidak ketinggalan dengan parangnya. Pelbagai bentuk seni ukiran terdapat pada sarung dan hulu parang. semuanya hasil kerja tangan atau "hand made". Ianya menjadi bahan perniagaan di Pekan Kota Belud secara terbuka.

Bagi mereka yang baru berkunjung ke Kota Belud barangkali akan merasa hairan atau gerun melihat orang-orang yang sudah agak lanjut usianya menjadikan parang sebagai perhiasan yang terikat di pinggang mereka seperi menggantikan tali pinggang. Beberapa kakitangan pejabat polis daerah yang baru ditempatkan di Kota Belud, pada mulanya mempersoalkan kebiasaan sebilangan masyarakat membawa "senjata tajam" ini di merata pekan. Namun setelah mengenali budaya dan adat resam penduduk di Kota Belud, maka tidaklah ia menjadi keganjilan. Malah terkadang terdapat sebilangan penduduk yang memakai "perhiasan pinggang" ini, parang Kota Belud,  kendatipun mereka berkunjung ke Pejabat Kerajaan ataupun Balai Polis.

Agak unik pula ialah mereka tidak membawa "perhiasan pinggang" ini bila mereka berkunjung ke Ibu Kota, Kota Kinabalu atau pekan-pekan besar yang lain. Agaknya kerana perhiasan pinggang ini milik asli atau budaya penduduk Kota Belud bila berada di Kota Belud sahaja. Atau barangkali orang Kota Belud hormat akan budaya orang lain. Sebagai genarasi baru, saya kurang arif mengenai perkara ini secara detail, namun saya sudah biasa melihatnya di Kota Belud.

Tuesday, October 6, 2009

Meaningless to return to BN: Jeffrey


Published on: Wednesday, September 30, 2009
Kota Belud: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Vice President Datuk Dr Jeffrey Kitingan  (Picture) said it would be meaningless for him to return to the Barisan Nasional (BN) coalition. He claimed the BN had strayed from its original struggle, as its leaders are no longer protecting the rights of the people, especially in Sabah.

"Among them is the 20-Point Agreement, which the leaders from Sabah all this while have never raised, apart from demanding for higher position and projects for their own interest," he claimed.Speaking to reporters after launching seven branches of PKR for the Tempasuk polling area at Kampung Wokok, Tempasuk near here, recently, Jeffrey also claimed that he had been approached by several Umno leaders who told him they want a change and offered themselves to struggle for these changes.

He said change in this context included convincing the people that Malaysia is not celebrating its 52nd anniversary because Sabah, Sarawak, Singapore and Malaya formed Malaysia on Sept 16, 1963, which is only 46 years ago.He said Sept 16 is only celebrated as the official Head of State's Birthday and that the Government should correct the matter instead of continuing to deny it.

"Recently, I was invited by the Selangor Government to attend the Malaysia Day celebration representing Sabah and to deliver a speech. I found no states in Malaysia, including Sabah and Sarawak, are officially celebrating September 16 as Malaysia Day," he said.

Daily Express 30 Oct.

Dalam Berita yang lain dilapurkan bahawa:-
Pairin nafi pelawa adiknya kembali semua ke PBS : 5th October, 2009


KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan (gambar) menafikan bahawa beliau akan mempelawa adiknya Datuk Dr Jeffrey Kitingan, naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), supaya kembali semula ke PBS.“Dia kini bersama parti politik lain dan bukan dengan Barisan Nasional (BN). Adalah jelas di mana dia mahu berada.“Oleh itu, saya fikir tidak ada sesiapa boleh memujuk sesiapa pun untuk menyertai mana-mana parti yang mereka tidak mahu sertai,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri PBS di sini kelmarin.

“Jadi, bagi kami, ini tidak lagi menjadi isu spekulasi kerana kami semua tahu di mana dia (Jeffrey) berada sekarang dan di mana dia mahu berada,” katanya ketika ditanya pendirian PBS dalam hal itu. Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata jika Jeffrey ingin kembali semula ke PBS, dia perlu mengemukakan permohonan dan perlu melalui saringan sama seperti semua pemohon baru.

SELAMAT DATANG KE KOTA BELUD.


Sebahagian dari keunikan Daerakh Kota Belud. (Gambar Oleh: Mainborneo.com)

  1. Dalam Malaysia, Kota Belud memang unik. Ia terkenal sebagai "The Cowboy Town of The East" kerana kudanya yang indah dan berhias. Sebut saja Kuda Bajau pasti orang akan mengaitkannya dengan Kota Belud.
  2. Masyarakat Kota Belud terdiri dari berbilang bangsa. Bajau, KadazanDusun, Iranun, Cina, Ubian,  Binadan, Banjar dan sebaginya.
  3. Rata-rata penduduk Kota Belud mampu bertutur bahasa tempatan seperti Bajau, Kadazandusun dan Iranun walaupun dari suku kaum yang berlainan termasuklah Kaum Tionghua. Anda jangan hairan kalu orang Cina Kota Belud fasih bertutur Bajau, Iranun atau KadazanDusun. Ini kerana masyarakat Kota Belud benar benar "blended" sebagai rakyat Malaysia. Jika anda mahu melihat perpaduan, muhibbah dan harmoni, rasanya di Malaysia Kota Beludlah yang sestinya menjadi "MODEL" kepada 1Malaysia
  4. (Bersambung).