Ekonomi Malaysia Di Mata Anwar dan IMF Tak akan pernah baik Kecuali Anwar Perdana Menteri. (updated)

>> Sunday, February 28, 2010


Pmbohongan Ekonomi Malaysia Retak dan Bakal Berkecai:  Anwar hanya mengungkapkan Bisikan Syaitan IMF sebagai muslihat yang teramat busuk dan meloyakan. Realitinya Pertumbuhan ekonomi Negara adalah positif.

Jika anda bukan Pakar ekonomi anda tidak boleh berbahas dengan DSAI kerana dia ditarbiyah oleh IMF mengenai ekonomi Malaysia dan ekonomi negara-negara ASEAN dan Asia. lengkap dengan stastistik yang amat mengelirukan.

Malangnya "tukang tarbiyah ekonomi" DSAI ini adalah "tukang tarbiyah ekonomi ajaran sesat" yang sekian lama telah menyesatkan ekonomi Asia sendiri dengan manipulasi data yang direkayasa untuk menyebelahi kehendak dan kemahuannya bagi menarik atau menghalau pelaburan. atau meminta bantuan IMFnya. Pelabur utama dunia tidak menenerima ketetapan statistik IMF kerana mereka tidak mempercayainya. Yang Percaya statistik IMF ialah Anwar dan kuncu-kuncunya di Malaysia. Itupun percaya untuk menggunakannya sebagai mengaburi mata rakyat BUKAN mempercayainya sebagai statistik yang signifikan dan valid dan legitimate.

Anda pasti ingat IMF. IMF ialah institusi yang telah cuba menjahanamkan ekonomi Malaysia pada tahun 1997-1998. Sebekum itu IMF telah mendesak DSAI sebagai Menteri kewangan masa itu supaya menaikkan kadar bunga sehingga mencecah 15%. Muslihatnya ialah membuatkan institusi peminjam/kewangan bakal bankrup atau menanggung kerugian yang tinggi apakala nilai matawang negara dijatuhkan dengan mendadak oleh penyangak matawang dan spekulator  buas dan ganas yang di ketuai oleh George Soros. Matlamatnya ialah supaya Malaysia meminjam dan meminta bantuan dari IMF.

Syukulah kita kepada Allah SWT kerana telah memberi petunjuk kepada Perdana Menteri kita masa itu Tun Dr. Mahathir Muhamad yang tidak tunduk kepada tekanan IMF dan dapat menundukkan George Soros setelah nilai matawang Ringgit Malaysia di Peg RM3.80 Vs USD1.00.

 
(Gambar) Anwar, Paul Wolfowitz dan George Soros. Anwar dilihat sebagai alat British Untuk Menjajah Semula Negara Malaysia [di sini]

Bayangkan seorang "tahi judi" yang tauke judi tahu akan kalah dalam perjudian dan dipinjamkan duit ratusan jutaan ringgit untuk dia berjudi oleh tauke judi. Tauke judi itulah IMF. Apakah akan jadi kepada si tahi judi..?

IMFlah yang menjadi sandaran Anwar dalam melihat Ekonomi Malaysia. Oleh itu Jangan terperangkap dengan TARBIAH SESAT IMF. Semua statistik perbandingan pertumbuhan ekonomi VS Ekonomi Malaysia adalah JANGKAAN (ramalan) menurut perkiraan IMF. Semuanya unrealistik ataupun bukan pada keadaan sebenar. DISITULAH BELANG ANWAR CUBA MENYESATKAN minda rakyat Malaysia. Ikutilah kata-kata hipokrit Anwar dan tanya pemikiran waras anda setelah membaca petikan yang dikatakan DSAI, hero pujaan hati DAP, dan 50 MP pendokong gay , lesbian, homoseksual dan sodomi dari Auatralia  ini:-
"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi (Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina, malahan juga Vietnam.)."Walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," Anwar bin Ibrahim. Paparan penuh muslihat di sini

Petikan di atas ada penyataan yang penuh dengan muslihat kotor. Semuanya di dasarkan kepada jangkaan dan unjuran yang disembunyikan dari pengetahuan pembaca. Apa unjurannya yang anda nampak? Dijangkakan unjurannya ialah L..b..ng SAIFUL?

Saudara, Pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5% adalah pertumbuhan yang realistik. Dari segi ekonomi, pertumbuhan ekonomi BUKANlah sebagai penentu TAHAP KESEJAHTERAAN RAKYAT. Pertumbuhan ekonomi adalah tahap kompotitifnya kepesatan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara yang menjadi daya penarik kepada pelaburan asing untuk masuk melabur.

 
Tian Chua, Ketua Penerangan PKR merapatkan diri dengan George Soros. Soros menyimpan dendam dengan Tun Mahathir yang "humiliate" Soros setelah dia mengatakan Peg Sistem Tun Kuno tetapi berjaya mengaggalkan niat busuknya menyangak Ringgit Malaysia dan ekonomi Malaysia. Kenapa Musuh Negara menjadi Sahabat mereka?

Jadi kalau IMF mengatakan bahawa DIJANGKA EKONOMI MALAYSIA BUSUK anda tahulah niat dan muslihatnya. Pelabur akan menghindari Malaysia dan ekonomi negara akan terbantut dan rakyat Malaysia akan berontak maka PERDANA MENTERI, DS NAJIB TUN RAZAK akan disanggah rakyat dan ANWAR IBRAHIM DENGAN TARBIYAH IMF JADI PERDANA MENTERI.  Akhirnya ekonomi Malaysia akan diletak dihujung jari IMF dan cita-citanya bersama DSAI pada tahun 1997-1998 dapat direalisasaikan.

Gara-gara politik DSAI sejak pra PRU 12 hinggalah ke hari ini, banyak dilihat sebagai faktor yang menghalang dan mengurangkan pelabur untuk ke malaysia kerana takut ketidak stabilan politik Nrgara ini. DSAI adalah "main contibutor" terhadap ketidak stabilan ini kerana NIAT nya melemahkan kerajaan. Bukankan ini pengkhianatan?

Apakah kita mahu ekonomi dan politik kita dijajah?

SL sayang negara ini. Kita tidak ada negara lain. Malaysialah negara kita.

Ya Allah Ya Rabbi..selamatkan Malaysia dari para pemuslihat professional yang memperbodohkan rakyat sambil menyimpan niatnya yang buruk. Tumpaskanlah mereka yang bersekongkol dengan fahaman syaitan dan iblis yang menjadi seteru sekelian manusia dan anak cucu Adam. Amin. .
DARI: Senjaliza

Read more...

Sabah Fix Depost: Statistik PRU 12 dan PRU 13- Apa Ertinya Bagi KB.

>> Monday, February 8, 2010

Statistik Keputusan PRU12 dan 11 di Sabah menggamit pertanyaan-Apa khabar PRU 13? (klik gambar untuk meligat image yang lebih jelas)

Sabah sebagai fix-deposit Barisan Nasional pada dua piihanraya berturut-turut, PRU11 dan PRU 12 memang sukar disangkal. Kenyataan statistik membenarkan fakta itu. Secara keseluruhan, tren pengundi masih menyebelahi Barisan Nasional yang terdiri dari UMNO, PBS, UPKO, PBRS, Gerakan, MCA, MIC, dan PPP. Bagaimanapun SAPP bertindak keluar dari BN selepas PRU 12.

"Semua tahu, duniapun tahu, tanpa Sabah, tanpa Sarawak, kerajaan Persekutuan jatuh...jangan main-main bukan sahaja kerajaan akan kalah ..sayapun akan kalah" demikian sebahagian dari amaran yang pernah diungkapkan oleh Datuk Ghapur Salleh, MP kalabakan, Tawau ketika berucap di parliment, setelah kerajaan kehilangan 2/3 majoriti dan parliment Malayisa sudah tidak lagi dikuasai kerajaan secara dominan.

Trend pengundi di Sabah tidak banyak berubah dalam dua pilihanraya yang lalu, PRU12 dan PRU 11. BN Sabah masih menguasai kerusi MP dan ADUN. Jika diperhatikan graf bar dan kenyataan statistik di atas, pergerakan bar masih menunjukkan tren atau aliran yang hampir sama. Pada keseluruhannya majoriti BN meningkat dari 162,259 pengundi ke 170,125, meningkat sebanyak 7,866 pengundi. Apa yang "alarming" ialah peningkatan jumlah yang turun mengundi bertambah sebanyak 110,228 pengundi pada PRU12 berbanding PRU 11 tetapi sokongan kepada BN hanya menunjukkan pertambahan sebanyak 7,866. Ini bermakna propotion sokongan terhadap BN pada PRU 11 tidak dapat dikekalkan pada PRU12 walaupun jumlah kerusi yang dimenangi tidak berubah jauh. Sabah hanya kehilangan kerusi 1 DUN dan 1 DR kepada DAP. 2 kerusi DR dan 2 DUN dari SAPP yang kemudiannya meninggalkan BN tanpa melalui pilihanraya.

PRU 12 menyaksikan ikatan kesepakatan DAP, PKR da PAS amat kukuh. Pakatan yang "silent" masa itu gagal dibaca BN yang leka beranggapan bahawa "tidak mungkin kesepakatan parti yang berbeza ideologi" dapat bersatu dengan teguh dalam PRU". Kesepakatan itupun sebenarnya bukan satu "kekuatan baru" PR yang hakiki tetapi ianya dapat merealisaikan keputusan baru hasil dari "kelemahan baru" dalam BN. BN, masa itu, yang bergelumang dengan "kelemahan yang silent". Tidak keterlaluan dikatakan bahawa dalam PRU 12, berlaku pertembungan "kekuatan yang silent" VS "kelemahan yang silent" yang telah menyebabkan BN kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen Malaysia dan 5 Negeri telah jatuh ke tangan pembangkang walaupun satu telah berjaya ditawan semula yakni Negeri Perak Darul Redzwan.

Kini Pakatan Rakyat bercelaru. Survival untuk sampai ke PRU 13 tiba-tiba malap. Sesama pemimpin pakatan "berperang kecil". DAP semakin menunjukkan sikap "DAP is the boss in Pakatan". PAS pula sudah mula beralih menjalikan hubungan baik dengan UMNO. Manakala De Facto Leader PR menghadapi Sodomi II. Tuduhan diktator, chauvinist, bersikap komunis dan berat sebelelah sudah menjadi lumrah di anatar pemimpin Pakatan Rakyat.

PRU Sarawak yang semakin hampir. Pakatan Rakyat benar-benar berada dalam keadaan yang tidak bersedia menghadapinya. Semangat juang PR dulu sudah luntur dn bertukar menjadi seolah-olah seperti mempercayai dan menerima hakikat bahawa " its unwise to fight a losing battle".

Sabah sebagai fix deposit semakin kelihatan akan dapat mengekalkan rekodnya. Isu percakaran dalam politik BN Sabah sudah dapat di atasi. Kem-kem yang dianggap berperang dingin dalam UMNO telah reda. Dt. Salleh Tun Said, mantan Ketua Menteri Sabah, yang pernah dinafikan kawasan tradisinya, KB, telah kembali dengan menerajui Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua UMNO Bahagian KB dan dilantik pula ke Jawatan yang bertaraf Menteri. Keadaan ini telah memadamkan tanggapan bahawa kem ini mampu dipancing PR untuk menkucar-kacirkan UMNO Sabah.

Bagi KB, apapun percaturan politik yang cuba diuar-uarkan di KB, bayangannya sudah semakin jelas. Akhirnya, BN KB yang ditunjangi UMNO juga yang akan bakal menjadi rujukan pucuk pimpinan dalam menentukan calon-calon yang bakal dipertaruhkan di kawasan kelahiran "anak sulung" UMNO di Sabah itu. Aturlah langkah dan strategi politik anda dan siapa jua yang mempunyai agenda politik masing-masing, namun kenyataannya dalam politik BN, calob "bidan terjun" amat jarang berlaku terutama bila keadaan semasa dan statistik menyatakan bahawa taraf Sabah sebagi fix deposit semakin sukar untuk diganggu gugat.

Read more...

Perintah Jauhi Sifat Mazmumah

Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (al-Hujurat: 12)

FINDER

MENGENAI BLOG INI

Blog ini bukanlag blog upahan atau pengugut bagi mengharap wang perlindungan. Jauh sekali untuk meminta habuan. Blog ini tidak ditaja oleh pihak yang ingin popular di pandangan orang lain dengan puji dan sanjungan. Tidak juga ingin diguna atau diperguna untuk publisi murahan untuk mempromosi mereka yang teringin untuk jadi pemimpin. Apapun yang dipaparkan dalam blog ini adalah menjurus kepada "kemerdekaan dan kebebasan media" yang beretika dan berbudi pekerti.
Related Posts with Thumbnails

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB

CADANGAN RAKAN BLOGGERR KB
(Klik logo ini untuk mengetahui cadangan).. Senarai mereka yang setuju: 1. Depu-Depu 2. Seliu-liu, 3. Sabahkita, 4. Sekali Ketuk 5. Solymone 6.Apa Yang Tersirat. 7. Puteri Senja 8. Abang Man 9. Di ambang sore, 10, Blog abd. Gawis..11. Watasikadi 12. Abd Naddin 13. Senjaliza

CADANGAN STRUKTUR ORGANISASI RAKAN BLOGGER KB (protem)

Yang DiPertua: Solymone
Timbalan YDP: Sekali Ketuk
Setiausaha: Seliu-liu
Tim Setiausaha: Apa Yang Tersirat
Bendahari: Depu-Depu
Tim Bendahari: Puteri Senja
Biro Sosial dan Politik: Konspirasi Politik Melayu
Biro Ekonomi dan Antarabangsa: Sabahkita
Biro Belia dan Beliawanis: Watasikadi
Biro Riadah dan Pendidikan: Di Ambang Sore
Biro Ehwal Semasa: Abd. Naddin
Ahli-ahli: Abang Man, Blog Abd gawis, Senjaliza

NOTA:
Penyusunan semula struktur organisasi ini akan diperolehi setelah pertemuan dan musawarah di kalangan ahli-ahli. Ahli-ahli yang belum menyenaraikan persetujuan mereka juga dipohon untuk hadir bagi memperkukuhkan struktur ini pada satu tarikh dan tempat yang akan diumumkan kelak.
"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana , maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.” (surah Ar-Ra’ad, ayat 11)

Search This Blog

PUISI

Luah Pandasan ngogo Labuan
Gelungan tenara mo atai aseh
aturan Ilahi masa Parang Pandasan
mah kami ai kendoon kasih

Kami moo diri memiah keluman baau
ngeromon reso ngembanan denakan enkampung
luah kampung niogo a tekito belud nibaau
Iko jomo pesinggah bedakwah ko bedagang

Baya ni susah reta
dong pekiran dokon abu
baya ni matai mensari
dong kiti ngeliit umbuh

Dunjara dunjara
belapik duun booh
jerah no kau jerah
niah kau booi senooh

Luah ta Denakan Azrone Sarabatin.

Jum. Kopi Yg. Perlu Disediakan

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP